Tuesday, January 17, 2012

bagus la menteri duduk ruamah murah

Rumah murah TKM jadi isu
Wartawan Sinar Harian
January 16, 2012
Dr-Novandri-Hasan-Basri
GEORGETOWN – Seorang blogger tempatan di sini, mempertikaikan aset yang dimiliki Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman.

Pengendali Blog Media Intelek Melayu (MIM), Dr Novandri Hasan Basri berkata, beliau hairan bagaimana pemimpin kerajaan seperti Mansor boleh mempunyai sebuah rumah kos rendah bernilai RM25,000

“Apakah kelayakan beliau untuk memiliki rumah flat itu, bukankah flat kos rendah hanya untuk golongan miskin sahaja,” katanya.

Dalam masa yang sama, Novandri turut mengatakan tidak logik Mansor mempunyai rumah berkenaan sedangkan beliau mampu membeli Toyota Camry berharga RM140,000 dan memiliki saham di Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819.

Dalam laman blognya yang dilayari hampir 3,000 pengguna laman sosial Facebook, Novandri turut mempertikaikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang turut mempunyai saham ASB cabang Permodalan Nasional Berhad.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Exco Kerajaan Negeri membuat pengisytiharan harta melalui satu sidang media.

Pengisytiharan itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG.

Dalam laporan itu menyebut Guan Eng pula memiliki simpanan tetap RM298,785 dan saham amanah RM25,989. Beliau juga memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000.

Selain itu, beliau memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, tindakan Guan Eng bersama dengan barisan Exco Majlis Mesyuarat Kerajaan mengisytiharkan harta mereka adalah langkah untuk mengelirukan rakyat.

Menurutnya, ia adalah satu pengeliruan yang dianggap bijak, kerana exco-ecxo Kerajaan Negeri hanya mengisytiharkan harta atas nama mereka sahaja.

“Sebaliknya pemimpin-pemimpin berkenaan tidak mengisytiharkan harta syarikat yang mana mereka menjadi pengarah dan pengerusi,” katanya.

No comments:

Post a Comment