Wednesday, January 18, 2012

baucer dimanipulasi

Pemberian baucar buku pelajar dimanipulasi IPT, kedai buku?

MEZA
Sungai Buloh, Selangor

PEMBERIAN baucar buku daripada kerajaan untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berjumlah RM200 seorang adalah bagi menampung perbelanjaan dan mengurangkan bebanan sara hidup ibu bapa serta pelajar tersebut.

Hasrat murni kerajaan itu bagaimanapun kini dimanipulasikan oleh pelbagai pihak, baik pihak kedai buku mahupun pihak institusi pengajian tinggi itu sendiri.

Pihak institusi (tenaga pengajar) mahukan pelajar membeli buku bacaan atau rujukan pihak institusi itu sendiri dengan harga sebagai contoh RM80. Baucar yang diberi kerajaan adalah dalam bentuk RM50 sekeping.

Untuk membeli buku berharga RM80 ini, pelajar harus membayar dengan menggunakan dua keping baucer RM50 dengan jumlah RM100. Pihak institusi tidak akan membayar balik baki wang tersebut dan untuk membeli buku lain tentunya jumlah tersebut tidak memadai.

Di sini pelajar kerugian RM20. Pihak institusi atau pensyarah yang berkenaan mengaut keuntungan sebanyak RM20 daripada seorang pelajar. Berapakah jumlah keuntungan diperolehi pihak institusi dan pensyarah dengan jumlah pelajar yang ada?

Di satu pihak lagi, kedai kedai buku menawarkan kepada pelajar wang tunai sebanyak RM100 bagi pertukaran empat keping baucar RM50 tersebut. Perbuatan ini dan pelbagai lagi cara boleh diambil oleh pihak ketiga bagi mengaut keuntungan mudah di atas pemberian kerajaan.

Pihak kementerian berkenaan dan badan-badan bertanggungjawab harus memandang serius perkara ini dan pihak kerajaan boleh mencari alternatif lain dalam pengagihan bantuan kepada pelajar IPT.

Rasanya tidak salah jika terus diberi secara tunai kepada semua pelajar IPT bagi tujuan membeli buku bacaan ata rujukan mereka. Jika mereka tidak menggunakan wang tersebut untuk membeli buku, setidak-tidaknya wang tersebut tidak diambil pihak lain.

Lintah darat ini tidak peduli akan halal haram sesuatu perbuatan. Apa yang lebih penting adalah mengaut keuntungan. Asal saja mereka berkesempatan, mereka melakukannya. Semoga mendapat perhatian pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

No comments:

Post a Comment