Sunday, January 22, 2012

china town mmg cina punya town

Kekal imej Chinatown
HIDAYAH HAIROM
January 19, 2012
china-town
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengekal dan memulihara kawasan perniagaan Jalan Petaling agar kekal dengan imej Chinatown sebagai satu tarikan utama serta produk pelancongan di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, peniaga berkenaan juga perlu mengambil inisiatif dalam usaha menonjolkan lagi kawasan yang turut menjadi tarikan di negara lain itu.

Menurutnya, usaha tersebut bukan sekadar menaik taraf kawasan, tetapi perlu seiring dengan suasananya di mana kini pekerja warga asing dilihat memonopoli setiap gerai.

“Jalan Petaling menempatkan kira-kira 300 gerai, ia menjadi tumpuan ramai berikutan keunikannya yang dipelopori masyarakat Tionghoa.

“Selain menjaga kebersihan, peniaga adalah disaran agar tidak mengambil pekerja asing seperti warganegara Nepal, Indonesia dan Bangladesh bagi mengekalkan karakter Chinatown itu sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan mesra ke kawasan itu Isnin lalu.

Pada tinjauan sempena sambutan Tahun Baru Cina itu, Ahmad Fuad mengambil kesempatan beramah mesra dengan peniaga serta pengunjung.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh berhubung kebimbangan peniaga mengenai pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) di kawasan itu.

Beliau berkata, perkara tersebut perlu dilihat dari sudut positif, termasuk mampu menjana pulangan lumayan untuk mereka berikutan peningkatan pengunjung ke situ apabila projek siap.

“DBKL bagaimanapun tidak berhasrat menambah bilangan lot kedai yang beroperasi di situ apabila projek siap mengambil kira jumlah peniaga yang sudah lama bertapak dan mengelakkan persaingan yang kurang baik,” katanya.

Pihak DBKL dalam pada itu turut mengharapkan kerjasama penduduk dan peniaga di Jalan Petaling dalam isu memberi laluan kepada projek MRT di bawah tanah di situ dan dalam masa sama mengekalkan ciri-ciri warisan dan struktur yang ada.

Dalam perkembangan lain, DBKL memasang 11,000 tanglung di sekitar Kuala Lumpur termasuk 460 di Jalan Petaling.

No comments:

Post a Comment