Sunday, January 22, 2012

janggut kena rentap

Serban direntap....

Bisik-Bisik Mingguan

BAGAIKAN tidak boleh diterima dek akal. Pas tidak lagi diberi kepercayaan untuk jawatan Exco di negeri Selangor . Pemimpin-pemimpin utama Pas terkedu dan tidak tahu bagaimana hendak respons.

Lebih menghairankan Pas tidak berani menyanggah PKR selain DAP, yang merupakan parti paling berpengaruh di Selangor. Belum pernah dalam sejarah, Pas dihina sedemikian rupa. Imej parti itu yang berlabel Islam itu makin jatuh di bawah teraju Presidennya, Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat.

Ia umpama membiarkan serban dan janggut mereka direntap begitu sahaja oleh PKR di khalayak ramai. Hadi dan Nik Aziz sekadar mampu tersengeh. Seperti salah satu babak yang biasa terdapat dalam Maharaja Lawak terbitan Astro, - tetap tersengeh dan adakalanya ketawa walaupun dipukul, dicerca serta diperbodohkan .

Apabila direnungkan mendalam, memang wajar Pas dilayan begitu oleh PKR dan DAP. Parti itu tidak lagi menjaga kepentingan Islam, jadi untuk apa diberikan portfolio Islam. Pas sendiri yang meletakkan nilai yang rendah pada parti itu. Strategi mengikut percaturan PKR dan DAP , akhirnya merugikan. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran.

Sebenarnya, Awang berpendapat lebih baik Menteri Besar, Khalid Ibrahim mengetuai sendiri portfolio hal ehwal Islam. Awang tidak nampak calon lain dalam Pas di Selangor yang mempunyai keberanian mempertahankan kepentingan Islam melainkan Dr. Hasan Ali. Beliau sahaja yang mampu menghadapi tekanan dan asakan parti tertentu dalam pakatan pembangkang yang sentiasa cuba melemahkan pengaruh Islam.

Untuk apa meletakkan pemimpin Pas pada jawatan berkenaan jika mereka hanya tunduk seperti pemimpin-pemimpin Pas Selangor yang lain. Apa pun perkembangan terbaru ini menggembirakan beberapa pihak antaranya DAP yang boleh tersenyum puas.

No comments:

Post a Comment