Tuesday, January 17, 2012

putar belit pkr atas bantuan 1m

PKR MULA TABUR FITNAH TENTANG RM500 BR1M!!!


Kalau dah perangai jahat, apa-apa pun yang dilakukan memang bertujuan jahat.

Itulah yang dilakukan oleh orang-orang PKR. Menyedari inilah masanya untuk menabur fitnah dan membuat hasutan, orang PKR sudah mula bergerak secara mikro dan memberitahu kelompok masyarakat bahawa Kerajaan Najib adalah pembohong dengan program BR1M.

Antara yang paling aktif menjalankan kegiatan hasutan ini ialah kelompok wanita aktivis PKR yang terlibat dalam program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dibangunkan oleh UMNO sendiri.

Malah lebih tepat lagi, setiap kali perkumpulan wanita-wanita yang menggunakan kemudahan AIM dibuat, ia seolah-olah bertukar menjadi medan untuk PKR menabur hasutan dan fitnah menggunakan wanita-wanita berkenaan.

ADUN Kuah, Dato' Ir Nawawi Ahmad bersama kelompok pertama penerima BR1M di Langkawi.

Menariknya, mereka jugalah yang paling banyak membuat salinan fotostat borang BR1M dan mengedarkan borang permohonan tersebut di kalangan dan kelompok mereka. Biarpun sebahagian besar daripada mereka tidak layak untuk memperolehi RM500 daripada BR1M yang mensyaratkan pendapatan isi rumah adalah kurang RM3000, aktivis PKR menjadikan syarat tersebut sebagai modal untuk memutarbelit kenyataan.

Fasa pertama pemberian BR1M telah dimulakan. Seramai lebih 2 juta pemohon telah memperolehi RM500 sebagaimana yang dijanjikan. Permohonan dari seluruh Semenanjung adalah lebih 4 juta orang.

Dengan pemikiran orang Pakatan bahawa semua duit adalah duit rakyat walaupun tidak seorang pun daripada mereka yang berani MEMECAH MASUK KE BANK NEGARA dan mengambil semua duit di Bank Negara atas alasan tersebut, maka tidak hairanlah sebarang program yang melibatkan duit, merekalah yang menjadi juara pesertanya.

Memandangkan mereka tidak layak untuk memperolehi RM500 dari BR1M kerana melanggar syarat utama iaitu pendapatan isi rumah kurang dari RM3000, ketidaklayakan tersebut telah dijadikan bukti kononnya kerajaan Najib Abdul Razak sedang melakukan penipuan besar-besaran. Duit yang disalurkan pula hanyalah untuk orang UMNO semata-mata, walaupun merekalah jerung yang paling besar menyonglap peruntukan bagi program untuk golongan yang memerlukan bantuan seperti AIM.

Serangan terhadap Shahrizat Jalil sedikit sebanyak telah merencatkan pergerakan Wanita UMNO. Apatah lagi, kebanyakan ahli Wanita UMNO yang mempunyai kesedaran mengutamakan golongan susah, tidak berada dalam AIM, makin mudahlah aktivis-aktivis PKR yang berada di bawah kendalian Zuraidah Kamaruddin itu menjalankan jarum hasutan mereka.

Golongan yang sama jugalah yang memekak apabila mereka tidak layak untuk mendapatkan bantuan TEKUN yang digerakkan oleh UMNO untuk membantu usahawan kecil. Dan mereka jugalah yang sangat marah apabila untuk mendapatkan bantuan TEKUN, mereka perlu menjadi ahli UMNO atau mana-mana parti komponen Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment