KESAL...Hamizun (kanan) bersama sebahagian pembeli rumah terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM, semalam.
Ia berikutan seorang lelaki bergelar haji yang mendakwa Pegawai Khas Menteri Besar yang menguruskan urusan jual beli kediaman itu menghilangkan diri tanpa dapat dikesan, sekali gus menyebabkan kerugian wang tunai pembeli terbabit. Pembeli, Azlan Lam, 38, berkata mereka membuat laporan kepada SPRM selepas kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap masalah terbabit.
“Kami juga sudah membuat lebih 45 laporan polis mengenai lelaki bergelar haji itu. Ia tidak termasuk laporan yang dibuat pembeli tidak hadir hari ini (semalam).
“Pada mulanya, kami sangat mempercayainya kerana dia mendakwa Pegawai Khas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Sudah tentu dia orang kuat kerajaan negeri,” katanya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin serta beberapa wakil pembeli rumah pangsapuri kos rendah berkenaan. Azlan berkata, dia bersama pembeli lain sudah beberapa kali bertemu wakil Menteri Besar di pejabatnya di Shah Alam, Selangor, selepas penyerahan pangsapuri itu ditunda beberapa kali oleh haji terbabit. Seorang lagi pembeli, Azam Sakimon, 40, berkata dia berharap masalah terbabit diselesaikan segera.
“Saya tidak tahu lagi bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini dan mendapatkan rumah yang dijanjikan kepada kami sejak 2009.
“Kami bersetuju membayar RM2,100 kepada haji terbabit kerana dia mempunyai kunci rumah yang dikatakan sebagai kuota politik, selain membawa kami melihat rumah itu sebagai bukti,” katanya.
No comments:
Post a Comment