Sunday, January 22, 2012

jangan gatal nak kacau rumahtangga orang

Kg Baru: SU Kehormat Mas mahu MB buktikan
NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN
January 21, 2012
kampung baru
SHAH ALAM - "Betulkan dulu rumah tangga dia, jangan nak sibuk mengenai Kampung Baru." Demikianlah tegas Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbir Pertanian Penempatan (Mas), Shamsuri Suradi berkenaan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu cadangan mahu merombak keanggotaan Mas, yang diumumkan beliau Khamis lalu.

Jelas Shamsuri, sebelum Wilayah Persekutuan diwujudkan, pihak berkenaan tidak mahu ambil tindakan seperti sekarang.

"Dulu semasa mereka ada hak, tak mahu ambil tahu, sekarang baru nak sibuk nak buat itu buat ini.

"Saya sebenarnya malas nak komen sebab perkara ini menyentuh Sultan Selangor," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Meniti sejarah Kampung Baru, ia dibuka pada 1899 melalui tanah kurniaan Sultan Selangor.

Menurut kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebelum ini, Kampung Baru terletak di bawah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sekali gus di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat.

"MB Selangor tidak berhak campur tangan dalam pentadbiran Mas kerana Kampung Baru berada di bawah kuasa Kerajaan Pusat," kata Raja Nong Chik.

Mengulas lanjut, Shamsuri berkata, pihaknya akan melihat sejauh mana perkembangan yang dikatakan akan dibuat oleh  MB Selangor untuk membantu penduduk Kampung Baru kerana khuatir ia hanya janji kosong.

"Nak susun ke, nak rombak ke, pada saya biarlah nak buat apa pun, cakap tiada guna, buat saja, buktikan.

"Bantuan yang kata nak bagi tu, perkembanganya lembab. Mungkin sebab nak pilihan raya, sekarang baru nak sibuk-sibuk ambil tahu mengenai Kampung Baru," katanya.

Khalid mengumumkan akan menyusun semula keanggotaan Mas Kampung Baru bagi mewakili semua kumpulan kawasan penempatan berusia lebih 100 tahun itu.

Khalid berkata, keputusan itu dibuat supaya lembaga pengarah Mas baru terdiri daripada semua golongan yang mewakili Kampung Baru, terdiri daripada pelbagai kumpulan supaya boleh bergerak bersama.

Beliau juga meminta Jawatankuasa Kerja Bertindak Kampung Baru (JKBKB) dipanggil untuk bermesyuarat dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment