Sunday, January 15, 2012

melayu malas buang sampah

Makan, sampah tak tahu buang

NORIDAYU KAMAROZAMAN
UiTM

SAYA malu menjadi seorang Melayu kerana semasa saya di pusat beli-belah IKEA tempoh hari saya melihat ramai orang yang sama kaum dengan saya membeli-belah di situ. Terdapat satu kiosk dibuka menjual makanan dan minuman.

Apa yang membuatkan saya kesal adalah semasa makan di sana, saya dapati kaum lain boleh makan dan membuang sampah mereka sendiri tetapi ia tidak berlaku kepada kaum saya sendiri iaitu Melayu.

Walaupun ada antara mereka yang datang membeli-belah bersama keluarga yang ramai, tiada satu pun dari mereka yang membuang sampah selepas makan.

Pada pandangan saya, jika sampah yang kecil pun malas dibuang bagaimana Malaysia boleh maju.

Jika orang Melayu mahu berjaya hingga ke mata dunia sikap seperti itu harus diubah.

No comments:

Post a Comment