Friday, January 20, 2012

parti islam hilang portfolio ugama

Apabila Pas hilang portfolio agama di Selangor

Kelolaan LUKMAN ISMAIL
lukman@utusan.com.my

UMNO sekali lagi menjadi kambing hitam apabila ia disalahkan selepas Pas kehilangan portfolio hal ehwal agama Islam di Selangor yang kini di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Parti itu mendakwa portfolio berkenaan perlu dipengerusikan sendiri oleh Menteri Besar bagi mengelak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjadi bahan mainan UMNO.

Sehubungan itu Selangor Daily (www.selangordaily.com) menganggap kenyataan pemimpin Pas Selangor itu sebagai melucukan kerana ia jelas satu usaha untuk membunuh keraguan ahli Pas mengenai nasib wakil parti itu dalam kerajaan negeri.

Katanya, strategi itu sudah lama disedari oleh kebanyakan rakyat yang mahu berfikir tetapi lucunya ia sekali lagi digunakan untuk menyelamatkan keraguan di kalangan ahli Pas sendiri.

"Sentimen anti-UMNO sekali lagi digunakan untuk menutup kesalahan mereka, dengan mengaitkan kebencian terhadap UMNO agar kebencian itu menebal dan mengakibatkan mereka yang berkenaan tidak dapat berfikir dengan waras.

"Anwar meliwat salah UMNO! Anwar sedap bersama China Doll salah UMNO! Mat Sabu agungkan komunis salah UMNO! Hasan Ali kena pecat daripada keanggotaan parti, salah UMNO! " katanya.

Sementara itu, Azrinizam Ibrahim (anginperubahan.blogspot.com) menganggap Pas menerima tamparan yang memalukan apabila portfolio hal ehwal agama Islam yang sebelum ini dipengerusikan oleh wakil parti itu kini diambil oleh PKR.

Katanya, kenyataan Pas bahawa ia bersifat sementara dan akan diserahkan semula kepada parti berkenaan apabila tiba masa yang sesuai menunjukkan Pas sebenarnya tidak merestui pertukaran portfolio itu ke tangan Khalid.

"Di Kedah, Pas tunduk dengan tekanan daripada seorang ADUN DAP. Di Pulau Pinang, Pas dijanjikan untuk jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam. Exco tidak dilantik, jawatan yang dijanji pun tidak diberi kerana mahu diberikan juga pada ADUN PKR.

"Berulang lagi di Selangor bila peranan ADUN Pas diketepikan begitu sahaja. Senanglah selepas ini Teresa Kok, Elizabeth Wong, Ronnie Liu dan Xavier Jayakumar, empat serangkai ini menguasai Khalid Ibrahim dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri," katanya.

Tambah beliau, keadaan ini menunjukkan Pas sudah semakin tidak relevan dan adalah lebih baik jika semua ahli Pas menyertai PKR.

Blog House PK (parpukari.blogspot.com) berkata, di mana maruah Pas yang selama ini mendabik dada memperjuangkan Islam tetapi wakil mereka tidak diiktiraf oleh kerajaan pakatan pembangkang?

"Ia adalah petanda yang nyata, jelas lagi terang bahawa sesungguhnya Pas tidak berkredibiliti dan berintegriti untuk memperjuangkan Islam!

"Dan Pakatan Rakyatlah yang membuktikan pendapat ini. Satu penghinaan bertaraf pariah, yang harus ditelan oleh seluruh ahli Pas!," katanya.

Katanya, mungkin ramai berpendapat Khalid boleh mendapatkan pandangan ilmuwan dalam mentadbir hal ehwal agama Islam tetapi kuasa veto masih terletak di tangan beliau selaku Menteri Besar.

"Khalid dikenali sebagai kuda tunggangan DAP, yang apabila ditoreh salur darahnya, hanya roket yang keluar dari pembuluh darah! Apakah Khalid mampu menegakkan yang Haq dan melupuskan yang bathil?" katanya.

Blog The Unspinners (theunspinners.blogspot.com) pula berkata, nasib yang serupa sebenarnya berlaku di Pulau Pinang apabila ketika Salleh Man dari Pas bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, beliau telah dijanjikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Bagaimanapun, selepas sahaja Salleh memenangi pilihan raya tersebut, semua janji itu hanya tinggal janji dan Pas tidak lagi diyakini untuk memegang portfolio agama Islam.

Katanya, apa yang berlaku di Pulau Pinang nyata berulang lagi di Selangor apabila wakil Pas tidak lagi diberikan peranan menerajui portfolio tersebut, selepas Dr. Hasan dilucutkan jawatannya itu akibat pemecatan beliau sebagai ahli Pas.

No comments:

Post a Comment