Monday, January 23, 2012

kakitangan ahli dap da..dri blog flyingkick


Cerita tentang bekas kakitangan NFC yang melarikan fail-fail penting dalam bentuk salinan 'lembut' pernah dijelaskan sebelum ini oleh banyak blog termasuklah blog ini sendiri. Bekas kakitangan yang dipecat kerana menyonglap duit syarikat sebanyak RM2.7 juta itu bukan sahaja marah kerana kegiatannya mengaut keuntungan dengan cara mudah iaitu RM100,000 sebulan menerusi komisyen yang diterimanya dari pasaraya yang mengambil daging NFC, malahan yang paling besar masalahnya ialah bekas Pengurus Pemasaran tersebut adalah ahli DAP.

PERKASA dalam kenyataan terbaru, meminta agar polis menyiasat bekas kakitangan NFC itu yang telah menyalurkan segala maklumat kepada PKR.

Berdasarkan laporan sebelum ini, bekas Pengurus Pemasaran tesebut bersama beberapa orang rakan subahatnya di dalam syarikat berkenan telah bertindak telah dikenakan tindakan CBT. Bagaimanapun cerita selanjutnya tidak pula diketahui.

Namun, berdasarkan senario semasa, amat jelas apa yang ada di tangan dan didedahkan oleh Rafizi Ramli, Zuraidah Kamaruddin dan Saifuddin Nasution sebenarnya berpunca dari ahli DAP yang telah menyonglap duit NFC. Bekas Pengurus Pemasaran berkenaan dalam usaha untuk melepaskan diri, menyibukkan NFC dan pihak berkuasa untuk menangani segala krisis yang diciptanya.

Menyedari ahlinya terlibat secara langsung, DAP memberikan bantuan kepada Rafizi, Zuraidah dan Saifuddin Nasution. Ia seperti kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati apabila bekas peguam yang menjadi suspek utama pembunuhan berkenaan adalah ahli DAP.

Bahaya atau tidak ahli DAP, boleh dillihat daripada modus operandi mereka untuk menyusup masuk ke dalam mana-mana syarikat Bumiputera, kemudian cari fasal untuk berasa sakit hati dan membalas dendam, sebelum melarikan dokumen-dokumen penting yang dilihat boleh menyebabkan syarikat Bumiputera berkenaan muflis dan seterusnya tidak lagi terlibat dalam industri yang berkenaan.

Itu jugalah yang berlaku dalam industri buku. Menyedari syarikat-syarikat Bumiputera tidak menguasai percetakan dan firma-firma pra-cetak, syarikat-syarikat penerbitan milik ahli-ahli DAP mengambil kesempatan mengenakan caj yang tinggi terhadap penerbit-penerbit Bumiputera. Ini menyebabkan harga buku yang dikeluarkan oleh syarikat Bumiputera jauh lebih tinggi berbanding penerbit ahli-ahli DAP.

Apabila kerajaan membuka ruang kepada penerbit-penerbit Bumiputera yang tidak mampu bersaing di pasaran terbuka untuk membekalkan buku kepada perpustakaan awam dan sekolah di seluruh negara, penerbit-penerbit ahli DAP itu akan memekak dan mereka akan mempertikaikan sebut harga syarikat Bumiputera berbanding sebutharga syarikat mereka.

Dibantu oleh penjawat di jabatan kerajaan yang berkaitan yang menerima upah atau komisyen, akhirnya penerbit-penerbit Bumiputera dipinggirkan dan segala ruang diberikan kepada penerbit ahli DAP.

Maka disebabkan itulah, kebanyakan sekolah lebih banyak menggunakan buku-buku dari syarikat-syarikat ahli DAP berbanding syarikat Bumiputera. Syarikat penerbitan Bumiputera sedang menghadapi bahaya kepupusan akibat permainan politik yang turut didalangi oleh kakitangan awam sendiri.

Itulah yang sedang berlaku kepada NFC. NFC jelas merupakan ancaman besar kepada kartel-kartel daging yang merupakan sebahagian besarnya adalah penyokong dan pendokong DAP!!!

Bahaya tak bahaya jikalau kakitangan anda seorang ahli DAP, boleh dilihat daripada apa yang berlaku kepada NFC dan industri buku negara!!!

No comments:

Post a Comment