Saturday, March 3, 2012

tol dah mansuh pr baru berjanji

Pembangkang baru berjanji, Kerajaan Pusat sudah pun mansuhkan


Pengguna Lebuh Raya Persekutuan perlu dipertimbangkan mendapat pengurangan atau pemansuhan tol.


DI dalam Buku Jingga ilham pakatan pembangkang, semua lebuh raya bertol di Malaysia mahu dimansuhkan. Bagus sungguh idea tersebut. Mana ada rakyat Malaysia yang suka dan rela bayar tol.
Tapi kita perlu ingat, bermacam-macam idea yang sedap didengar ini dicanangkan oleh pemimpin PKR, DAP dan Pas semata-mata mahu undi rakyat.
Belum tentu apa yang digembar-gembur ini akan ditunaikan selepas menang pilihan raya. Tengoklah apa yang dijanjikan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor.
Sebelum menang, mereka berjanji akan menamatkan bayaran tol jika berjaya menawan Selangor. Tapi bila sudah menang dan berkuasa, ada sahaja dalih mereka. Alasan utama adalah tanggungjawab itu dikatakan di luar bidang kuasa kerajaan negeri PKR. Mereka campak beban itu kepada Kerajaan Pusat kerana sedar bidang kuasa dan kemampuan mereka kecil.

No comments:

Post a Comment