Friday, March 9, 2012

rugi salah orang

PKPS rugi RM90.3 juta
RUWAIDA MD ZAIN
8 Mac 2012
selangor
SHAH ALAM – Sesi pende­nga­ran awam Jawatankuasa Pi­li­han Khas Mengenai Keupa­yaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) semalam mendedahkan kerugian anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), PKPS Agro Industries Sdn Bhd (PAISB) berjumlah RM90.3 juta.

Jumlah tersebut adalah pin­ja­man mudah daripada Ke­menterian Kewangan bagi me­laksanakan Projek Pempro­sesan Salad dan Jus Buah-buahan Tropika (RM30.1 juta), Projek Baja Organik (RM10 juta) dan Projek Mengekstrak Bahan Aktif daripada Herba Tempatan menggunakan Tek­nologi Nano (RM50.2 juta).

Jawatankuasa Selcat juga diberitahu Kementerian Ke­wangan mengenakan tempoh selama 10 hingga 15 tahun ke atas PAISB bagi melangsaikan jumlah pinjaman.

Pengerusi Selcat, Datuk Teng Chang Khim menyifatkan kegagalan juga terjadi apabila PKPS mula menceburi bidang lain dan tidak mem­berikan fokus kepada perniagaan sehingga terpaksa menanggung kerugian besar selain kelemahan pengurusan dalam bidang berkaitan.

“Mungkin Kementerian Kewangan perlu melihat semula geran sedemikian (pinjaman) di mana nampaknya begitu mudah diluluskan tetapi jaminan untuk memperoleh kembali pinjaman tersebut nampaknya sukar.

“Kerajaan Persekutuan dan­ Kerajaan Negeri perlu bekerjasama memastikan wang rakyat ini sama ada daripada Kerajaan Persekutuan ataupun Kerajaan Negeri itu dapat digunakan sebaiknya bagi mengurangkan ketirisan,” katanya.

Melalui pendedahan Jabatan Audit Negeri Selangor juga, beberapa penemuan diperoleh termasuk beberapa peralatan dan mesin jentera yang dimiliki PAISB bernilai RM41.1 juta turut terbiar dan tidak digunakan.

Manakala Projek Salad dan Jus Buah-buahan kendalian syarikat Premium Sanitised Products Sdn Bhd mengalami kerugian RM9.23 juta sehingga terpaksa menghentikan operasi pada Februari 2010 selepas dua tahun beroperasi.

Sementara itu, produk nano di bawah syarikat Premium Bioherbs Sdn Bhd sehingga kini belum dikeluarkan dan tidak menembusi pasaran tempatan walaupun projek itu sejak April 2007.

Bekas Pengurus Besar PAISB, Md Zahary Malek ketika memberitahu Selcat berkata, dalam menangani masalah berkenaan, beberapa aset termasuk hartanah dan peralatan jentera lain terpaksa dijual termasuk melupuskan pegangan syarikat bagi menampung bayaran hutang.

Hadir sama sebagai saksi, Pengurus Besar PKPS, Ali Ah­mad dan Timbalan Pengurus Besar, Aqmal Azam Ahmad bagaimanapun Zahary merupakan saksi yang banyak memberikan keterangan memandangkan Ali mula memegang jawatan tersebut pada 2010.

No comments:

Post a Comment