Monday, March 12, 2012

jual tanah felda

90 peneroka dikesan jual tanah

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanperlis@utusan.com.my

KUALA KRAU 11 Mac - Felda Wilayah Jengka mengenal pasti seramai 90 peneroka telah menjual tanah ladang mereka kepada individu tertentu di negeri ini.

Pengurus Besarnya, Saari Din berkata, statistik itu diperoleh daripada program 'banci generasi baru Felda ' anjuran Majlis Belia Felda Malaysia dengan kerjasama pengurusan Felda.

''Peneroka yang menjual tanah ladang kepada individu tertentu disebabkan pelbagai faktor seperti bertindak keluar rancangan, tanah dilelong bank, tiada wawasan diri dan masalah peribadi seperti mahukan wang segera.

''Ada yang menjual tanah ladang tanpa pengetahuan pengurusan Felda dan kerajaan negeri kerana urusan jual beli dibuat secara rahsia membabitkan peneroka, peguam dan pembeli," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Exco Gabungan JKKK/JKKR Wilayah Jengka di Felda Jengka, hari ini.

No comments:

Post a Comment