Friday, March 23, 2012

padang pun pr mau hantam oo

Padang SS9A/1 bakal hilang?


PAPAN iklan yang dipasang di tepi sebuah padang di SS9A/1 Sungai Way, Petaling Jaya yang akan dibangunkan dengan projek PJ Plaza Sentral.


PETALING JAYA 21 Mac - Tidak lama lagi, satu-satunya padang awam yang ada di SS9A/1 di Sungai Way mungkin tidak akan dapat digunakan lagi oleh penduduk-penduduk di situ, terutama anak-anak muda untuk bermain bola sepak.
Ini kerana padang itu bakal menjadi tapak kepada sebuah projek komersial.
Maka, terpaksalah anak-anak muda itu mencari padang lain atau bermain futsal yang sewa gelanggangnya diketahui mahal. Atau mereka boleh melepak sahaja kerana tempat mereka beriadah telah dirampas!
Warga tua yang sering berjogging di padang itu juga terpaksalah berlari di tepi jalan atau di atas treadmill sahaja.
Di atas padang itu kelak akan didirikan PJ Plaza Sentral seperti yang tertera pada papan iklan projek yang telah didirikan di tepi padang itu.
Mengikut maklumat pada papan tanda itu, bangunan lima tingkat yang didirikan itu adalah untuk lot kedai, medan selera, bazar dan terdapat juga panggung wayang.
Walaupun ilustrasi artis menunjukkan padang tidak akan disentuh kerana bangunan itu akan hanya dibina di bahagian tepinya, tetapi apakah jaminan anak-anak muda dan warga tua akan terus dibenar menggunakan padang itu seperti sekarang?

No comments:

Post a Comment