Monday, March 26, 2012

masa pas berkuasa bagi tanah pada kroni

MB dakwa Pas beri wakil rakyat tanah ketika perintah Terengganu

26 Mac 2012

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu hari ini mendedahkan PAS pernah mengagihkan kawasan tanah yang luas kepada wakil rakyatnya ketika negeri ini diperintah oleh parti pembangkang pada 1999 hingga 2004.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata PAS memberikan tanah pertanian kepada wakil rakyatnya yang ketika itu ada sehingga 50 hektar.

"Salah seorang yang menerima ialah wakil rakyat PAS ketika itu dari kawasan Dun (Dewan Undangan Negeri) Ladang.

"Bukan seekar dia dapat, malah dia boleh buka kebun limau di Durian Mentangau, Dungun. Inilah sikap PAS yang mudah lupa dengan sikap rakusnya ketika memerintah negeri ini dulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan e-Book kepada pelajar darjah empat di enam buah sekolah dalam Dewan Undangan Negeri Manir dekat sini.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa sebahagian besar wakil rakyat BN negeri ini diberi tanah dua hektar seorang dan mengandaikan pemberian tanah itu sebagai habuan yang mungkin nama mereka tidak disenaraikan untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Ahmad berkata beliau tidak faham dengan sikap PAS yang jelas sentiasa dengki dan suka memburuk-burukkan Umno/Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri ini sekarang.

Beliau berkata, kerajaan negeri sekarang mengamalkan dasar membenar setiap rakyat Terengganu berumur 18 tahun ke atas tidak kira siapa mereka termasuk wakil rakyat memohon tanah.

"Mereka boleh diberi satu pilihan saja sama ada memohon untuk mendapatkan lot tanah pertanian ataupun untuk tapak kediaman," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment