Sunday, March 25, 2012

pr halang pas

Kerajaan Islam: DAP-PKR didakwa halang Pas

PULAU PINANG 23 Mac - DAP disifatkan sebagai kurang ajar apabila secara terbuka mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergabung bagi menghalang hasrat Pas membentuk kerajaan Islam di negeri ini.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, meskipun pihaknya tidak menyokong perjuangan Pas yang terpesong daripada kehendak Islam, niat dan ikhtiar ke arah pembentukan negara Islam tidak boleh dihalang oleh sesiapa pun.

Sehubungan itu, beliau menyeru penyokong Pas khususnya di Pulau Pinang mengambil tindakan tegas supaya kesucian Islam tidak dipermain-mainkan oleh mana-mana pihak.

"Pemuda UMNO ingin melihat apakah pendirian Pas Pulau Pinang terhadap isu ini dan berharap keikhlasan pemimpin-pemimpinnya dalam mempertahankan kesucian Islam daripada terus diperkotak-katikkan oleh rakan sekutu mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar kelmarin mengenai kenyataan Ketua PKR Cabang Bukit Bendera, Jason Ong yang mahu PKR dan DAP bergabung supaya Pas sukar untuk membentuk kerajaan Islam di negeri ini.

Penggabungan itu juga akan mengatasi permasalahan dalam pembahagian kerusi di antara ketiga-tiga parti berkenaan.

No comments:

Post a Comment