Jangan terpedaya politik kotor pembangkang
9 Mac 2012
Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan peneroka dan tidak sesekali meminggirkan mereka.
“Sudah terbukti apabila peneroka hari ini banyak menikmati perubahan taraf hidup.
“Peneroka perlu menangkis dakyah pembangkang yang dilihat mahu memecahbelahkan penduduk di tanah rancangan Felda dengan memainkan isu penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.
“Dakwaan ini seolah-olah merendahkan kredibiliti dan integriti Felda yang berusaha memacu program transformasi sosial menerusi kajian teliti serta kolaborasi dengan agensi kerajaan, persatuan peneroka dan bank antarabangsa,”katanya pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) DUN Luit, di sini.
Ismail berkata, pihak pembangkang kerap memberi pandangan negatif untuk menghasut dan membantutkan usaha kerajaan negeri dan Felda memajukan peneroka.
Menurutnya, tidak berasas dakwaan pihak berkenaan yang Felda akan mengalami defisit RM1.5 bilion jika penyenaraian FGVH dilaksanakan.
“Tidak mungkin Felda sebagai sebuah konglomerat di negara ini mengkhianati organisasi
No comments:
Post a Comment