Friday, March 2, 2012

manifesto tahun 90 belum tunai lagi

Pas Kelantan belum tunai janji manifesto 1990

DATUK WAN ABDUL GHANI WAN YUSOFF
Kota Bharu, Kelantan.

DALAM perhimpunan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini mendesak Kerajaan Pas Kelantan menunaikan 22 janji kepada rakyat yang masih belum dilaksanakan sejak 1990.

Ini adalah suatu tuntutan yang tepat selepas lebih 21 tahun Pas menerajui negeri ini dan Pas terus memukul gendang kosong. Kita bukan sahaja menyokong tuntutan itu tetapi mahu rakyat sedar bahawa Pas tidak boleh terus bersandiwara.

Sudah jelas Pas sebuah kerajaan tidak berupaya memerintah yang menyaksikan sebilangan besar pemimpinnya beku dalam alam khayalan ideologi. Pentadbirannya dipengaruhi oleh orang yang mengambil kesempatan untuk mendapat status dan penghormatan tetapi tidak mempunyai peranan untuk merealisasikan segala janji yang ditabur sejak 1990.

Mereka memperalatkan ideologi Islam kononnya ia adalah bagi kelangsungan hidup orang Melayu dan Islam. Ia sebuah kerajaan yang tidak dapat memberi kemajuan kepada rakyat yang menyaksikan kemudahan infrastruktur dan prasarana diabaikan.

No comments:

Post a Comment