Wednesday, April 20, 2011

Tak Mau Menteri

Apa perlu wakil dalam kerajaan negeri?

Oleh DR. NOVANDRI HASAN BASRI

PENOLAKAN sebahagian besar kaum Cina Sarawak ke atas parti SUPP dan menyokong DAP telah menyebabkan kaum tersebut bertambah kurang wakil dalam Kerajaan Negeri Sarawak.

Sebelum ini, SUPP mempunyai dua menteri dan empat menteri muda dalam pentadbiran negeri tetapi kini tidak lagi.

Dengan menyokong DAP dan menyingkir wakil kaum Cina dalam kerajaan negeri sedia ada, apakah ini bermakna kaum Cina tidak mahu lagi Timbalan Ketua Menteri (TKM) Sarawak daripada kaum mereka?

Apakah kaum itu tidak mahu suara dan kemahuan mereka didengar di dalam kerajaan baru Sarawak? Apakah wakil rakyat DAP dapat membantu mereka selain daripada kesenangan dan kemudahan yang telah mereka kecapi selama ini di bawah pentadbiran BN Sarawak?

Dan jawapan kepada soalan terakhir itu ialah tidak mungkin!

Pendirian majoriti kaum Cina di kawasan bandar sungguh menarik untuk dibincangkan sama seperti kaum-kaum lain di negara ini. Tetapi dalam masa yang sama, kita perlu juga faham bahawa segala kemudahan dan infrastruktur telah dicurahkan ke kawasan-kawasan bandar. Maka, apa perlu lagi mereka mempunyai wakil rakyat yang duduk di dalam kerajaan negeri?

Kerana tanpa wakil di dalam kerajaan negeri pun, fokus bajet negeri masih tertumpu di kawasan bandar. Kawasan-kawasan tersebut akan tetap dimajukan serta infrastrukturnya diperhebatkan. Secara tidak langsung, kelangsungan ekonomi penduduk di kawasan bandar akan terus terjamin seperti sedia kala.

Tatkala itu, tidak mengapa untuk mereka memilih wakil rakyat di luar kerajaan negeri yang berkemungkinan tidak berfungsi untuk menambahbaik ekonomi mereka. Cukuplah sekadar wakil DUN yang akan membangkang atau memantau keputusan kerajaan negeri di Dewan DUN kelak! Maka, apa perlunya wakil di dalam kerajaan negeri?

Ironinya, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng melenting terhadap kenyataan Awang Selamat di dalam Mingguan Malaysia. Di antara kenyataan Awang Selamat ialah Kabinet Sarawak mesti reflektif kepada keputusan dan sikap pengundi dan kerajaan negeri sewajarnya memberi lebih penghargaan kepada golongan yang menyokong Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan BN.

Kenapakah Guan Eng melenting dan mahu menggunakan isu ini untuk menyerang Utusan Malaysia dan Taib Mahmud? Padahal, beliau sendiri telah mengguna pakai konsep tersebut di Pulau Pinang!

Kaum Melayu adalah kaum majoriti di Pulau Pinang tetapi apakah ia diterjemahkan dalam komposisi kabinet kerajaan beliau? Berapa kerat orang Melayu dalam kerajaan Guan Eng? Apakah ia reflektif kepada peratusan Melayu yang terbanyak di negeri tersebut? Sudah tentu tidak!

Malah, Guan Eng sendiri didakwa lebih memberi penghargaan kepada golongan yang menyokong beliau dan DAP apabila menyenaraihitamkan kontraktor-kontraktor Melayu yang kononnya bersekongkol dengan kerajaan BN negeri dahulu. Dan di manakah keadilan dan kesamarataan Guan Eng dalam isu merobohkan gerai-gerai di negeri pimpinannya?

Kita menghormati undi rakyat tetapi dalam masa yang sama, undi itu juga menentukan suara kita didengar di dalam kerajaan negeri dan pusat. Kelancaran hubungan di antara kerajaan negeri dan pusat adalah sangat penting untuk memastikan rakyat negeri terus dibela.
TAJUK-TAJU

No comments:

Post a Comment