Thursday, April 14, 2011

Suara Anak Felda

Kaji dahulu risiko

KAYZACK
Felda Jengka 7

FELDA yang dahulunya adalah sebuah agensi kerajaan bermatlamat untuk mengeluarkan masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu daripada kemiskinan telah pun mencapai kejayaannya. Hari ini, Felda bukan lagi sebuah agensi yang fokus kepada matlamat teras, tetapi telah melangkau jauh ke bidang perniagaan yang mempunyai banyak keuntungan dan tinggi risikonya.

Sebagai generasi baru Felda yang sentiasa mengikuti perkembangannya, saya berpendapat bahawa idea penyenaraian syarikat gula Malayan Sugar milik Felda Global Venture Holdings ke Bursa Malaysia adalah satu langkah yang baik, namun perlu penelitian yang sedalamnya.

Ini kerana apabila syarikat ini diletakkan ke Bursa Malaysia, maka sesiapa sahaja berhak membeli saham syarikat ini yang akan dikeluar sedikit masa nanti.

Apa yang saya lihat ialah kesannya terhadap equiti kami masyarakat Felda yang tiada langsung keistimewaan dalam perniagaan ini. Siapa yang mendapat faedah daripada penyenaraian ini nanti? Atau apakah Felda Global Venture Holdings mahukan 51 peratus atau lebih saham ini mesti dimiliki oleh warga Felda, kakitangan Felda, koperasi-koperasi milik warga Felda atau entiti-entiti lain yang disahkan milik warga Felda.

Majoriti jumlah nilai pemegang saham di dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) ini ialah kakitangan Felda dan bukannya peneroka. Ini jelas merujuk kepada usaha untuk melihat warga Felda meningkat taraf pegangan di dalam sesuatu syarikat masih terkebelakang.

Rata-rata masyarakat peneroka dan bijak pandai warga Felda hari ini melihat isu ini bukan isu kecil kerana lahirnya Felda dan juga syarikat-syarikat di bawahnya adalah daripada titik peluh peneroka. Teras ini pihak Felda jangan lupa.

Kami generasi baru Felda sentiasa mengintai peluang-peluang yang boleh direbut dan dikongsi bersama.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment