Friday, April 8, 2011

Reaksi Nik

Video seks: Reaksi Nik Aziz telah diduga

KEDEGILAN Nik Aziz Nik Mat tidak mahu mempercayai skandal video seks yang dikatakan pemimpin besar sebuah parti pembangkang sebenarnya telah boleh diduga.

Paling melucukan apabila beliau memberi pandangan berdasarkan penceritaan orang kuat parti pembangkang itu sendiri. Mengapa membuat keputusan hanya berdasarkan laporan orang lain.

Kepalsuan yang dikatakan oleh Nik Aziz ialah lensa kamera tidak memfokus kepada pelaku. Untuk pengetahuan Tok Guru gambar video itu diambil oleh kamera statik (tidak bergerak) dan fokus yang tetap.

Ia bukan sebuah lakonan yang kameranya sentiasa mencari sasaran tertentu.

Tok Guru tidak arif dalam bidang pengambaran video jadi tidak usahlah memandai untuk mempertikai sesuatu.

Nik Aziz jangan 'berbohong' muka pelaku itu tidak nampak langsung. Nik Aziz sendiri pun tidak menonton video itu dengan mata kepala sendiri jadi bagaimana mahu mempertikai sesuatu yang tidak dilihat.

Tok Guru hanya merujuk kepada gambaran dan kata-kata orang. Jika Tok Guru mahu kepastian sila tonton sendiri video seks itu.

Benarlah kata-kata bekas Mufti Perlis dalam kes berlainan: "Bayangkan jika ia berlaku di pihak parti lawan, ratusan dalil akan dibaca. Namun (apabila) kena kepada 'orang kita' sejuta alasan diberi."

Sepatutnya Nik Aziz belajar dengan bekas Mufti Perlis ini. Katakan yang benar walau pun pahit. Jangan cuba berselindung di sebalik rumput sehelai!

Jika Nik Aziz ingin mencari kebenaran sokonglah penubuhan suruhanjaya siasatan diraja. Tidak usahlah berdolak-dalik menegakkan kebatilan.

NASIR MOHAMAD

Alor Setar

No comments:

Post a Comment