Saturday, April 2, 2011

Orang Asing Merampas

Penduduk resah peniaga asing kuasai pasar malam

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

AMPANG: Kehadiran penjaja warga asing di sekitar tapak pasar malam di Pandan Jaya, di sini, setiap Selasa dan Sabtu mengundang keresahan di kalangan penduduk di kawasan berkenaan.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 32, mendakwa kehadiran penjaja warga asing itu mengundang perasaan kurang senang di kalangan penduduk sekitar.


“Kehadiran mereka sedikit sebanyak memberi kesan buruk terhadap keuntungan penjaja tempatan selain berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan pemantauan untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya di sini, semalam.

Kakitangan awam itu berharap PBT menjalankan pemantauan berterusan supaya masalah itu diselesaikan secara menyeluruh.


Sementara itu, jurucakap Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ketika dihubungi berkata, pihaknya ada membuat operasi membabitkan penjaja yang tidak mempunyai lesen terutama di kalangan warga asing.


“Kami menerima beberapa aduan orang ramai berhubung masalah itu dan MPAJ akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan terbabit sebelum sebarang tindakan diambil.

“MPAJ juga sering mengadakan operasi bersepadu dengan agensi lain di tempat yang didapati menjadi tumpuan penjaja haram dan berjanji tindakan tegas akan diambil,” katanya.


Beliau berharap orang ramai menyalurkan maklumat berhubung masalah itu supaya diselesaikan secara menyeluruh demi kepentingan semua pihak.

No comments:

Post a Comment