Beranikah Anwar sahut cabaran?
SAYA menyokong penuh cabaran bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin baru-baru ini agar Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sumpah mubahalah untuk membersihkan dirinya berhubung satu rakaman video seks.
Soalan saya, beranikah Anwar melakukannya? Sehingga hari ini, beliau masih enggan melakukan sumpah laknat bersangkutan dengan tuduhan kes liwat dengan seorang pembantunya, sedangkan orang yang dikatakan diliwatnya berani berbuat demikian.
Terkini trio ‘Datuk T’ pula berani melakukan sumpah laknat di hadapan Baitullah demi menegakkan kebenaran tuduhan mereka.
Isteri dan anak Anwar sendiri enggan melakukan sumpah laknat. Kita tidak tahu kenapa! Mungkin mereka takut diri mereka dimakan sumpah.
Kita berharap Anwar berani menyambut cabaran ini. Kata orang, berani kerana benar dan takut kerana salah.
AHMAD NASIR MOHAMAD
Alor Setar, Kedah
No comments:
Post a Comment