Tuesday, April 26, 2011

Idea Hitler

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG selaku rakyat Malaysia amat kesal jika benar seperti dilaporkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikatakan cuba menggambarkan seolah-olah negara ini mengamalkan idea Hitler, yakni seseorang itu lebih unggul daripada yang lain kerana warna kulit.

Amatlah tidak wajar jika benar kenyataan tersebut dituturkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang kerana adalah tidak bijak mengaitkan amalan di negara kita dengan idea Hitler. Ia tidak masuk akal apabila mengaitkan apa juga kemajuan di negara kita dengan idea tokoh tersebut.

Selaku pemimpin negeri, Guan Eng sewajarnya mengelak daripada membuat kenyataan yang boleh dikaitkan atau ditafsirkan berbaur hasutan dan perkauman.

Di negara yang berbilang kaum dan agama ini, peluang untuk bergerak maju terbuka dan kerana itulah beliau sendiri memperoleh ruang menerajui kepimpinan sebuah negeri.

Rakyat Malaysia yang cemerlang di bumi sendiri sebenarnya tidak menjurus kepada sesuatu kaum. Ia lebih tertakluk kepada keupayaan seseorang dalam membina kejayaan. Lihatlah rekod kecemerlangan rakyat negara kita; semuanya tidak berteraskan warna kulit.

Awang yakin Guan Eng sedar hakikat itu tetapi berkemungkinan mahu mengalih tumpuan kepada masalah dalam partinya dan masalah di Pulau Pinang.

Awang – Nampak muslihat.

No comments:

Post a Comment