Monday, April 25, 2011

Suara Keadilan

Bertindak tegas terhadap Suara Keadilan

KUALA LUMPUR 24 April - Kerajaan perlu bertindak tegas menghalang buletin Suara Keadilan iaitu lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada terus dijual secara terbuka memandangkan penerbitannya adalah tidak sah.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, ia sebagai pengajaran kepada PKR bahawa negara memiliki undang-undang yang perlu dipatuhi dan dihormati.

"Memang bukan sesuatu yang menghairankan bagi PKR bertindak membelakangi undang-undang negara termasuk dalam isu pengedaran Suara Keadilan kerana itulah yang diajar oleh pemimpin mereka.

"Agak malang jika kerajaan pula takut untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada penerbitan buletin Suara Keadilan yang dikesan dijual secara terbuka di beberapa kawasan termasuk di Shah Alam, Selangor sedangkan permit penerbitannya tidak lagi diperbaharui oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkuat kuasa 1 Julai 2010.

Tindakan itu diambil selepas Panel Penilaian Permohonan Permit Penerbitan dan Lesen Mesin Cetak KDN (Panel 13) tidak berpuas hati dengan penjelasan penerbit Suara Keadilan mengenai teguran KDN berhubung beberapa isu.

Dalam perkembangan sama, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Hamizun Khairuddin berkata, tindakan tegas itu juga bagi menyampaikan mesej yang jelas bahawa kebebasan bersuara tidak bermakna pihak tertentu boleh melanggar undang-undang sewenang-wenangnya.

Dalam isu buletin Suara Keadilan, kata Hamizun, kerajaan tidak boleh mengharapkan PKR untuk menghormati undang-undang kerana parti itu pada kebanyakan masa gagal berbuat demikian.

"PKR sendiri dilahirkan daripada (politik) jalanan dan mengetepikan undang-undang. Justeru adalah mustahil untuk mereka mengikuti undang-undang sebaliknya kerajaan yang perlu bertegas terhadap mereka," kata beliau.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment