Monday, April 18, 2011

Pas Berkorban dan terkorban

Pas berkorban demi syurga DAP

FAUZI ABU BAKAR
Guar Chempedak, Kedah

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri Sarawak mendapati pembangkang telah berjaya meningkatkan sokongan kaum Cina pada DAP.

Kekalahan Pas adalah disebabkan ia bertanding di kawasan yang kurang pengundi Cina. Jika ia bertanding di kawasan yang ramai kaum Cina, pastinya Pas akan memenangi kelima-lima kerusi yang dipertandingkan. Namun Pas berjaya mengekalkan rekod tanpa kerusi.

Untuk mendapat kerusi yang banyak pada pilihan raya akan datang, Pas perlu bertanding di kawasan yang ramai pengundi Cina dan perlu bersaing untuk mendapatkan kerusi tersebut daripada DAP, sanggupkah mereka?

Mereka hanya berani dengan sesama Melayu sahaja. Dengan kaum lain mereka menikus. Pas ibarat membakar diri dan prinsipnya sendiri untuk menerangi seteru agamanya.

Pakatan pembangkang telah berjaya dalam misi mereka iaitu memecah belahkan Melayu dan menyatukan kaum Cina.

Hasrat mereka untuk melihat kaum Cina menjadi tuan di bumi ini pasti akan terlaksana.

Jihad mereka telah berjaya dan sumbangan derma jihad ahli-ahli mereka telah membuahkan hasil dan amatlah tidak sia-sia.

Jihad dan pengorbanan Pas serta ahli-ahlinya telah menghasilkan syurga kepada rakan mereka daripada DAP.

Syurga adalah balasan di atas kehancuran bangsa sendiri kerana apalah sangat bangsa pada mereka.

UMNO perlu berjuang dengan lebih gigih untuk menyatukan orang Melayu kerana orang Melayu sebenarnya tiada parti lain selain UMNO.

Janganlah terlalu mengharapkan kerjasama dengan Pas kerana ia hanya membuang masa. Biarlah mereka dengan ego dan fantasi mereka.

Jadilah Melayu yang bermaruah. Biar menang dengan bermaruah daripada menang bagai lembu yang dicucuk hidungnya.
TAJUK-TAJUK BERITA L

No comments:

Post a Comment