Friday, April 29, 2011

JPAM


JPAM bantu bina rumah uzur

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my


sebahagian kakitangan JPAM bergambar kenangan ketika Program Khidmat Sosial di Kampung Kelibang, Kerdau, Temerloh, baru-baru ini.

TEMERLOH 28 April - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pahang sentiasa turun padang membantu golongan tidak bernasib baik dengan melaksanakan pelbagai program untuk membantu mereka.

Pengarah JPA Pahang, Che Othman Hussin berkata, antara bantuan yang dihulurkan termasuk membaiki rumah, mengecat dan mengganti atap usang.

Menurut beliau, tujuan khidmat sosial itu bagi meringankan beban golongan tersebut dan mahu memberikan keselesaan kepada mereka.

''Jika ada penduduk terutama golongan susah yang meminta pihak JPAM membantu mereka membaiki atap, rumah dan sebagainya pasti kita akan kerahkan anggota untuk membantu.

''Kita bersedia melaksanakan tanggungjawab sosial supaya penduduk dapat tinggal dalam rumah yang selesa. Kita simpati terhadap penduduk yang rumah mereka uzur dan atap berlubang-lubang. Peralatan untuk membaiki rumah seperti papan, atap, dan sebagainya disediakan tuan rumah atau pihak tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Program Khidmat Sosial di salah sebuah rumah penduduk di Kampung Kelibang, Kerdau, dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Pegawai JPAM Temerloh, Muszaidi Musa.

Che Othman berkata, program seumpama itu dapat mendekatkan lagi masyarakat dengan JPAM.

Selain menerima aduan penduduk, tambah beliau, pihaknya juga berperanan mengenal pasti rumah penduduk yang uzur bagi tujuan tanggungjawab sosial tersebut.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment