62 pegawai Kastam ditahan
17 pegawai termasuk seorang yang berpangkat pengarah masih ditahan reman dan selebihnya dibebaskan atas jaminan.
Terdapat pegawai yang mempunyai jam tangan emas, jongkong emas, kenderaan mewah serta wang tunai yang banyak.
Seorang pegawai kanan berpangkat pengarah pula didapati memiliki wang tunai RM65,000 berselerakan dalam rumah dan masing-masing RM2.1 juta dan RM500,000 dalam dua akaun berasingan
SPRM turut menemui berkotak-kotak bunga api dan mercun serta rokok kretek di rumah pengarah terbabit.
Terdapat pegawai mengaku dia menerima RM100 untuk setiap borang pengisytiharan duti K1 yang diproses sejak tempoh lima bulan yang lalu
SPRM turut menemui wang simpanan RM850,000 dalam sebuah akaun serta Amanah Saham Bumiputera bernilai RM200,000.
Selain pegawai yang menerima RM10,000 setiap bulan, ada pegawai yang memakai kenderaan mewah Toyota Estima walaupun gaji mereka tidak tinggi.
Turut dijumpai menemui lima ketul jongkong emas bernilai RM50,000, jam tangan mewah yang dibuat daripada emas, dua pucuk pistol tiruan dan 241 butir peluru
Operasi dilakukan di lima pelabuhan utama iaitu di Pelabuhan Klang, Kuantan, Pulau Pinang, Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang. Tangkapan paling banyak berlaku di Pelabuhan Klang.
No comments:
Post a Comment