Thursday, June 30, 2011

Bantu Yang Terlanjur

MUIP bantu remaja terlanjur

KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 29 Jun – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bersedia memberi perlindungan kepada golongan remaja hamil akibat keterlanjuran supaya kebajikan mereka terbela.

Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, pihaknya akan mencari tempat tinggal dan menanggung semua kos perubatan kepada wanita terbabit dan bayinya.

Menurut beliau, pihaknya sangat prihatin dan rasa bertanggungjawab dengan masalah yang membelenggu golongan wanita atau remaja yang terlanjur.

“Banyak yang kita dengar dan lihat apabila ada kes seumpama ini, remaja atau wanita terbabit tiada hala tuju dan akhirnya memilih membuang bayi mereka.

“Bagi mengelakkan perkara sedemikian berterusan, kami dengan rasa tanggungjawab bersedia memikul dan membantu kaum wanita ini sehingga mereka melahirkan anak mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan sempena program Ziarah Prihatin pesakit-pesakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.

Menurut Wan Abdul Wahid, setakat ini, pihaknya telah menerima beberapa kes seumpama itu dan telah diberi tempat perlindungan sesuai.

“Kos perubatan untuk ibu dan anak itu ditanggung sepenuhnya oleh MUIP. Mudah-mudahan mereka yang pernah melakukan kesilapan dan terlanjur insaf dan sedar.

“Kita berharap isu yang melanda masyarakat kini terutama masalah pembuangan bayi dapat dibendung dan dicegah,” katanya.

Ambiga

Ambiga lebih minat gunakan pendekatan tidak bertamadun

CHEREDZA
Jelebu, N. Sembilan

PIHAK yang mendakwa perjalanan pilihan raya di Malaysia tidak adil wajar merenung kembali dakwaan mereka yang tidak benar itu. Mereka yang inginkan pilihan raya adil, wajar sekali menerima pelawaan berbincang dengan penuh tamadun dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Sebagai bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga tidak patut menggunakan cara yang tidak bertamadun untuk berbincang. Menubuhkan Bersih untuk mengadakan rusuhan di jalan sebagai cara memberi tekanan kepada SPR adalah bertentangan dengan undang-undang negara.

Saya berpendapat, perhimpunan haram Bersih akan menjadikan jalan raya sebagai perangkap maut. Ini kerana musuh negara akan menyusup masuk secara rahsia supaya perhimpunan bertukar menjadi rusuhan. Jawatankuasa Bersih pun tidak mampu untuk menjaga keselamatan negara. Jadi, siapakah hendak menjaga keselamatan negara jika berlaku huru-hara?

Saya melihat pihak pembangkang tiada komitmen yang tinggi untuk menjaga keselamatan rakyat. Mereka tidak peduli apa akan jadi kepada rakyat. Sikap tidak peduli Bersih terhadap keselamatan rakyat amat mengecewakan.

Bersih patut mengutamakan keselamatan negara. Keselamatan negara amat penting berbanding pilihan raya. SPR tidak mampu mengadakan pilihan raya jika keselamatan negara terancam.

Negara kita banyak kali mengadakan pilihan raya. Pilihan raya negara telah melahirkan ramai wakil rakyat yang boleh berkhidmat kepada rakyat. Negara kita semakin maju kerana pilihan raya negara kita berjalan dengan baik. Wakil rakyat malas dan kurang intergriti biasanya akan kalah.

Kesimpulannya, perhimpunan Bersih bukanlah satu keperluan utama rakyat Malaysia. Keperluan utama rakyat ialah keselamatan dan keamanan supaya rakyat boleh meningkatkan taraf hidup. Perhimpunan Bersih tidak akan mampu meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.

Justeru, perhimpunan haram Bersih yang dirancang pada 9 Julai ini bukanlah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Maka kerajaan wajar menyekat perhimpunan haram tersebut dengan cara apa sekali pun demi untuk memelihara kepentingan rakyat.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• Usah tunduk anasir subversif

Jangan Layan

Usah tunduk anasir subversif

MOHD. AYOP ABD. RAZID
Kuala Lumpur

PERPADUAN adalah nikmat yang wajar disyukuri dan dihargai oleh semua lapisan masyarakat. Kesan daripada wujudnya perpaduan yang utuh itulah kita dapat mengecapi kestabilan politik dan kemakmuran sosioekonomi yang berterusan.

Di kebanyakan negara yang komposisi penduduknya bersifat majmuk, termasuk di negara Barat seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis, ketegangan dan konflik kaum dan agama sering berlaku. Ia berpunca daripada sikap prejudis kulit putih terhadap bangsa yang berlainan kulit dengannya.

Dalam masyarakat majmuk, kebebasan dan hak untuk hidup secara harmoni dan damai sepatutnya tidak dicemari dengan anasir-ansir jahat yang boleh memporak perandakan negara.

Segenap kaum sepatutnya berkongsi hidup sebagai warga negara dengan penuh harmoni, saling bertoleransi, bantu membantu dan bertanggungjawab antara satu sama lain.

Seluruh rakyat sepatutnya menjauhi sebarang bentuk aktiviti yang boleh menjejaskan keharmonian, perpaduan dan keamann negara.

Justeru, perhimpunan atau demonstrasi haram seperti yang mahu dianjurkan oleh himpunan Bersih 2.0 seharusnya dijauhi rakyat walaupun mereka mendakwa berniat baik.

Biasanya dalam perhimpunan raksasa seperti yang mahu dianjurkan gabungan pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu pasti akan menyelinap masuk golongan yang mempunyai agenda tertentu. Mereka mahu melihat negara bertukar menjadi kucar-kacir sehingga meninggalkan kesan tidak baik terhadap kestabilan politik negara.

Mereka yang mempunyai agenda subversif ini biasanya bersikap keras kepala dan lebih gemar menggunakan pendekatan demonstrasi haram yang boleh bertukar menjadi ganas.

Kaedah perundingan tidak popular bagi mereka kerana niat mereka mahu sentiasa membangkitkan emosi rakyat yang disalut dengan kebencian terhadap pemerintah walaupun pemerintah sedia ada telah mengamalkan ciri-ciri demokrasi yang tinggi.

Amat malang bagi rakyat dan negara apabila perhimpunan yang mahu dianjurkan mereka pada 9 Julai itu nanti berkemungkinan boleh bertukar kepada sesuatu yang boleh mengocak dan mengganggu ketenteraman awam.

Perhimpunan haram seperti itu boleh bertukar kepada keganasan yang boleh membawa ancaman terhadap keselamatan negara. Jika ini berlaku, ia akan menjadi satu 'dilema keselamatan' kepada negara.

Ancaman bukannya datang dari luar negara semata-mata tetapi ancaman keselamatan juga boleh muncul dari dalam negara sendiri. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membendung di peringkat awal lagi.

Golongan pelampau yang keras kepala tidak boleh dibiarkan mempengaruhi psikologi, emosi dan minda rakyat kerana kesannya cukup mendalam yang boleh membawa kepada anarkisme dan kehancuran negara.

Kesan sebaran dakyah mereka yang liar dan mempunyai agenda tertentu itu mampu menyemarakkan kebencian terhadap kerajaan sebagaimana pengalaman kita dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Perlu difahami bahawa persoalan berkaitan hak kebebasan seperti yang terkandung dalam perlembagaan bukannya hak yang diberikan secara mutlak.

Hak kolektif atau hak awam juga tidak harus diketepikan. Justeru, di bawah Perkara 10(2-4) Perlembagaan Negara memperuntukkan bahawa Parlimen boleh menggubal undang-undang bagi tujuan mengenakan sekatan demi keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.

Malah, Artikel 29(2) Piagam Mengenai Hak Assai Manusia ada menggariskan bahawa setiap orang hendaklah dikenakan had yang ditentukan oleh undang-undang bagi tujuan mengiktiraf dan menegakkan hak kebebasan orang lain, menjaga ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam sesebuah masyarakat demokrasi.

Ini bermakna sekiranya hak-hak kebebasan yang diamalkan itu boleh mengundang keburukan, kerajaan sewajarnya awal-awal lagi mengambil tindakan pencegahan terhadapnya.

Justeru, tidak sepatutnya ada tolak ansur dan ruang kepada anasir-anasir subversif yang pandai mempermainkan isu-isu kebebasan bersuara dan hak-hak asasi manusia.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Memang Lupa Komunis

Lupakah kekejaman komunis?

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED
Serdang, Selangor

Cukup melampau. Apa nak jadi dengan rakyat terutamanya segelintir ahli politik negara ini? Itulah ungkapan yang keluar dari mulut majoriti rakyat Malaysia apabila membaca laporan adanya usaha untuk menghidupkan kembali unsur komunis di negara kita.

Penahanan 31 orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang bersama-sama dengan 28 helai pakaian warna hitam dan merah tertera nama dan gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah serta gambar tokoh komunis Argentina, Ernesto Che Guevara atau dikenali sebagai El Che menceritakan segala-galanya.

Apakah golongan ini sedar dengan apa yang cuba mereka lakukan? Kita percaya mereka cukup sedar kerana majoriti peserta yang terlibat dalam isu ini adalah orang dewasa yang matang dan tahu baik buruknya sesuatu tindakan.

Ini menyebabkan sukar untuk kita percaya bahawa masih terdapat rakyat kita yang mahukan puak komunis menguasai negara ini setelah apa yang pernah rakyat dan negara ini alami semasa zaman komunis dahulu. Apakah mereka lupa segala kekejaman komunis terhadap rakyat kita? Kenapa begitu mudah dan cepat golongan ini lupa tentang sejarah tersebut? Atau mereka memang sengaja tidak mahu mengambil tahu sejarah terbabit?

Bagi rakyat yang waras, terutamanya bagi mereka yang pernah melalui detik-detik hitam semasa zaman komunis dahulu, pastinya akan marah dan melenting dengan tindakan kumpulan ini. Kita tidak dapat bayangkan perasaan kecewa dan marah para perajurit kita yang pernah menentang komunis yang masih bersama dengan kita. Malah bagi kita yang tidak pernah merasai detik hitam itu pun rasa cukup takut, ngeri dan marah apabila membacanya dalam buku-buku sejarah.

Justeru, hanya manusia yang hilang kewarasan mahukan zaman komunis berulang kembali. Janganlah hanya kerana mengejar kuasa politik dan ingin memenuhi tuntutan pihak-pihak tertentu kita sanggup menggadai keselamatan dan ketenteraman awam secara keseluruhannya.

Mana ada negara yang aman dan damai di bawah komunis? Mana ada rakyat yang hidup selesa dan seronok di bawah komunis? Bukalah mata hati dan gunakanlah akal fikiran yang ada untuk menilai dan berfikir dengan sebaik yang mungkin sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Ingat, sesal dahulu ada pendapatan. Jangan kita umpama marahkan nyamuk kelambu dibakar. Malah dalam hal ini bukan setakat kelambu tetapi tindak tanduk kumpulan ini seolah-olah membakar seluruh rumah terbabit.

Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, perpaduan dan keselamatan negara ini menentang sekeras-kerasnya tindakan kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini. Kami mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan keras yang sewajarnya termasuk mempertimbangkan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika perlu.

Tolong jangan hancurkan negara kami. Kalau mahukan pemerintahan komunis, tuan-tuan dan puan-puan yang terlibat dalam pergerakan ini dialu-alukan untuk berpindah ke negara komunis yang anda minati. Kami benci komunis!

cina punya paper

ISU-ISU AKHBAR CINA

DAP PERSOAL ISU KOMUNIS

AKHBAR China Press bertarikh 28 Jun 2011 mengemukakan dua tajuk melibatkan isu komunis yang dipersoal oleh parti DAP dalam ruangan dalam negerinya.

Tajuk pertama menyatakan keraguan Lim Guan Eng terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berhubung rapat dengan negara komunis.

Guan Eng meragui jika benar kerajaan begitu takut dengan ideologi komunis, kenapa pihak kerajaan berhuhung rapat dengan negara-negara komunis?

Beliau berkata, tangkapan dibuat kerana pihak-pihak tertentu menuduh ada orang yang mahu hidupkan semula ideologi komunis dan beliau mahu kerajaan BN membuat penjelasan.

“Sila ingat! Hari ini jurang perbezaan antara kapitalisme dan komunisme telah samar-samar,” katanya.

Beliau berasa marah kerana pihak polis membuat tangkapan secara membuta tuli dan menganggap polis sepatutnya mempunyai bukti-bukti kukuh untuk membuat tangkapan itu dan menghadapkan pesalah ke mahkamah.

Beliau turut marah kerana polis menangkap orang yang berpakaian logo dan lambang komunis, terus meragui mereka dan menuduh mereka mahu bangkitkan ideologi komunis sehingga terdedah ke persada dunia.

“Hanya berdasarkan baju dan pakaian sahaja sudah menuduh orang, marilah tengok, baju-baju ini semata-mata baju fesyen mengikut zaman. Logo cakerawala itu bukan tanda pengikut komunis, bukankah baju itu tonjolkan seorang lelaki tampan sahaja,” soalnya.

DAPSY Kutuk Polis

Tajuk kedua dalam ruangan sama memaparkan berita Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang, Ng Wei Aik mengutuk pihak polis kerana membuat helah menuduh mereka yang ditahan itu membuat kesalahan dan dengan kekerasan menangkap 30 orang Pemuda DAP termasuk ahli Parlimen Sungai Siput Jeyakumar sehingga mahu mereka dipenjarakan seumur hidup.

Wei Aik yang juga ADUN Komtar Pulau Pinang berkata, pihak polis dengan hanya berdasarkan 28 helai baju yang bercorak cakerawala dan gambar pemimpin komunis terus membuat keputusan menahan kesemua mereka atas tuduhan mahu hidupkan kembali sistem komunis.

Wei Aik mempersoalkan, jika parti sosialis itu dikatakan wakil kepada parti komunis, kenapa parti ini dapat didaftarkan secara sah? “Ini semuanya telah terbukti di depan mata, sudah cukup bukti bahawa parti sosialis tidak ada kaitannya dengan parti komunis,” dakwanya.

KEDAI 1MALAYSIA UNTUK WARGANEGARA & YANG BERHAK SAHAJA

PADA 25 Jun 2011, juga di dalam akhbar China Press, ruangan perbincangan umum rakyat membincangkan produk jenama 1Malaysia yang datang satu demi satu.

Penulis Dong Fang Hong (Pelangi Timur) menulis ia bermula dengan klinik 1Malaysia, sekarang datang pula kedai 1Malaysia. Apa yang kita nampak ialah perkataan ‘1’ itu akan datang lagi secara berpringkat-peringkat.

Jika benar jangkaan saya ini, semua rakyat Malaysia ataupun bukan warganegara akan mendapat banyak rahmat daripadanya. Pihak kerajaan telah tubuhkan klinik 1Malaysia, klinik itu tersebar di banyak lokasi di seluruh Malaysia terutama sekali klinik pergigian 1Malaysia.

Cadangan ilham Perdana Menteri, kedai 1Malaysia pertama diperkenalkan di stesen LRT Putra, Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Memang telah dijangkakan, pasar raya itu mendapat sambutan hangat orang ramai kerana menjual barangan harian dengan begitu murah, sehingga orang ramai berpusu-pusu datang dan barangan yang dijual segera kehabisan stok.

Walaupun konsep kedai ini dibuka untuk golongan miskin dan yang berpendapatan rendah, saya percaya orang yang berpendaptan tinggi juga berkunjung ke situ.

Pihak yang berkenaan perlu gunakan cara tertentu untuk menghalang golongan kaya ini daripada sama-sama berebut membeli barangan untuk orang miskin ini. Seterusnya, bagaimana pula pihak yang berkenaan dapat halang warga asing daripada membeli di situ, terutama sekali pekerja asing?

Tidak kira sama ada klinik 1Malaysia ataupun kedai 1Malaysia, sepatutnya terhad kepada rakyat Malaysia sahaja.

Orang asing dilarang masuk, terutama sekali kepada pendatang tanpa izin yang mencuri masuk ke negara kita, kerana barangan itu semuanya disubsidi untuk rakyat kita sahaja, bukan warga asing.

Pihak kerajaan sudah melarang kenderaan negara asing mengisi minyak petrol bersubsidi di negara kita. Ini adalah tindakan yang betul dan sepatutnya pihak kerajaan juga melarang mereka masuk ke dalam kedai 1Malaysia.

Mungkin ia tidak mudah untuk dilaksanakan. Jika tidak diambil tindakan, mungkin kepentingan kita akan dirampas oleh warga asing, secara tidak langsung akan menggalakkan lagi pendatang tanpa izin mencuri masuk ke negara kita.

Kesan dan impak kewujudan klinik 1Malaysia dan kedai 1Malaysia tidak serupa.

Jika kedai-kedai 1Malaysia dapat dibina secara menyeluruh dan boleh bertahan dengan harga barangan murah, kami percaya pihak yang akan terjejas nanti ialah pasar raya mini dan peniaga-peniaga runcit tradisi yang sebahagiannya akan gulung tikar.

Dengan itu, kedai 1Malaysia perlu dihadkan bilangannya dan hadkan juga kumpulan pelanggan yang membeli di sana kepada golongan sasar sahaja agar orang yang berpendapatan lumayan tidak dibenarkan berkunjung ke kedai tersebut.

Jika mahu mengawal kumpulan pelanggan seperti itu, pihak yang berkenaan perlu mengenal pasti status dan pendapatan pelanggan sasaran. Selepas itu, beri mereka kad laluan dan mereka boleh membeli barangan menggunakan kad yang dikeluarkan oleh pihak berwajib.

TANGGUNGJAWAB BESAR PENGUNDI BEBAS

AKHBAR China Press bertarikh 23 Jun memaparkan tulisan Hu Shou dalam ruangan perbincangan rakyat mengenai tanggungjawab yang dipikul pengundi bebas.

Orang yang benar-benar terlibat secara terus dengan politik di negara ini bilangannya amat sedikit.

Lebih daripada separuh pengundi kita adalah pengundi-pengundi bebas. Pengundi-pengundi bebas ini tidak terikat dengan mana-mana puak dalam mana-mana parti.

Tiket undi mereka juga tidak mewakili mana-mana calon dan tidak mewakili maksud menang ataupun kalah mana-nama parti bertanding.

Mereka sendiri yang akan menentukan kepada siapa tiket itu akan dibuang, membuang undi hanya untuk menentukan masa depan politik dan demi masa depan generasi akan datang. Kewujudan mereka seperti juga harga saham di pasaran saham yang tidak menentu.

Kemampuan sesebuah sistem demokrasi dilaksanakan dengan berkesan perlu dilihat kepada jumlah dan bilangan pengundi bebas di sesebuah negara berdemokrasi itu.

Contohnya, jika kerajaan itu kerajaan dwikuasa, rakyat lebih mudah membuat keputusan sama ada pilih parti yang warna biru ataupun parti yang warna hijau. Mereka membuang undi berdasarkan warna sepanduk dan bukan berdasarkan fakta-fakta kukuh hala tuju parti-parti politik.

Ini yang dikatakan sistem demokrasi yang kaku dan palsu kerana apa yang dikatakan sistem demokrasi itu perlu ada pengundi bebas yang menerajui tiket undi dan kerana itu sebagai pengundi bebas, tanggungjawab mereka amat besar dan boleh dibanggakan.

Bilangan pengundi bebas di negara kita amat besar. Sebab itu demokrasi di negara kita mempunyai kekuatan yang hebat dan luar biasa serta mempunyai harapan yang lebih besar. Pengundi bebas adalah perkembangan sihat dan mempunyai kekuatan luar biasa dalam politik berdemokrasi ini.

Apabila tiba musim pilihan raya, mereka perlu lebih bersedia. Bagaimana masa depan Malaysia kelak? Mungkin parti-parti politik mempunyai pandangan masing-masing tetapi pengundi bebas juga mempunyai pandangan mereka yang tersendiri.

Pengundi bebas perlukan parti-parti politik untuk mengubah nasib dan masa depan mereka. Pengundi bebas juga sepatutnya perlu membuat persiapan rapi dan yang terbaik.

Melalui pilihan raya umum (PRU) tunjukkan kekuatan mereka dan dengan jelas paparkan mesej serta suara mereka, tonjolkan peranan mereka yang sebenar.

Politik itu bukan dimonopoli oleh ahli-ahli politik. Politik di bawah sistem demokrasi itu tanggungjawab setiap orang, tidak kira sama ada mereka masuk mana-mana parti sekalipun.

Apabila tiba musim PRU, masanya untuk pengundi bebas celik mata dan buat kajian secara teliti, kaji bersungguh-sungguh dan ambil kesempatan itu untuk diri sendiri, untuk generasi akan datang dan untuk hala tuju negara ini kelak. Buatlah persediaan dan tunjukkan kekuatan sebenar dalam sistem demokrasi yang ada ini!
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Baju Kuning Merah Putih

Baju Kuning, Baju Merah, Baju Putih dan Baju ...!

Oleh Azman Anuar

KALAU penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini terus berdegil, maka ibu kota akan diwarnai penyokong-penyokong berbaju kuning, merah dan putih.

Setakat ini kita dimaklumkan bahawa para penyokong Bersih 2 yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli-ahli Pas, PKR dan DAP akan memakai baju kuning.

Secara kebetulan atau memang dirancang, pemilihan warna kuning itu juga dipakai oleh kumpulan baju kuning yang anti kerajaan di Thailand.

Bagaikan meniru gaya demonstrasi di Thailand, di Kuala Lumpur juga ada kumpulan baju merah. Khabarnya Pemuda Barisan Nasional (BN) berbaju merah dijangka mengumpul seberapa banyak ahli untuk menyertai Himpunan Patriot (Patriot) yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO pada 9 Julai ini.

Tidak cukup dua kumpulan baju berwarna seragam, warga Kuala Lumpur juga akan menyaksikan satu lagi kumpulan yang akan membanjiri jalan-jalan di ibu kota. Dengan memakai baju T berwana putih, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan mengetuai 57 NGO melalui Gerak Aman untuk mempertahankan keamanan negara daripada tindakan kumpulan Bersih.

Tiga kumpulan baju berwarna ini sedang berkempen untuk mengajak orang ramai turun ke jalanan pada Sabtu, 9 Julai depan. Masing-masing sedang mengumpul kekuatan. Baju Kuning mahu mengumpulkan lebih 300,000 orang. Kumpulan Baju Merah berusaha untuk menambahkan lagi penyokong dan mereka baru menerima sokongan 20,000 ahli.

Kumpulan Baju Putih pula jangan dipandang rendah keupayaannya untuk mengumpul tenaga sokongan dalam jumlah yang besar.

Melihat perkembangan ini, apakah Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia sekadar memerhati apa yang sedang berlaku sekarang?

Ketika tiga kumpulan baju berwarna kuning, merah dan putih sedang menunjukkan kekuatan, jangan pandang lekeh kepada kumpulan baju berwarna biru. Sekarang pun kumpulan Baju Biru sedang menggerakkan risikan dan siasatan. Silap langkah ketiga-tiga kumpulan bakal ditewaskan oleh kumpulan baju biru.

Apa pun, kumpulan paling ramai dalam empat kumpulan baju berwarna ini ialah bangsa kita, Melayu. Yang beriya-iya mahu adakan himpunan haram itu ialah bukan Melayu.

Rasa malu apabila Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan berkata perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini jika diteruskan dikhuatiri menjadi medan perpecahan sesama orang Melayu yang terbesar dalam sejarah negara.

Lebih malang bagi orang Melayu katanya, gelombang perpecahan itu berpunca daripada usaha memenuhi cita-cita politik Anwar Ibrahim.

Hairan juga kenapa kaum-kaum lain tak mahu masuk campur dalam demonstrasi Bersih. Mereka tahu ia tak membawa keuntungan sebaliknya banyak merugikan dari segi keselamatan, ekonomi, politik dan imej negara.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Munajat Pada Ambiga


Pas bermunajat demi Ambiga

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my


Mana pemimpin Pas? Majlis pelancaran Bersih 2.0 oleh Ambiga Sreenevasan di Dewan Perniagaan Cina Selangor di Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu, kurang disertai pemimpin kanan Pas.

''PADA ana (saya), munajat ini penting bagi mengikhlaskan diri kita dalam membantu perjuangan Ambiga. Pada kita, agama apa yang dianut oleh seseorang itu tidak penting - yang penting adalah perjuangan yang dibawa. Untuk siapa? Demi siapa? Untuk apa?

''Biarlah kita bermunajat - dan memanjatkan doa yang ikhlas agar niat kita akan dibulatkan; bagi membantu Ambiga dan mendapat keadilan yang dimahukan. Kita turun kerana Allah - demi untuk memastikan negara kita tidak terus dijadikan alat pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa yang berterusan; tidak amanah, korup dan munafik sifatnya. Tidak salah kalau kita mendoakan agar perjuangan Ambiga dan kita akan mendapat kemudahan.''

Demikianlah sebahagian petikan dari sebuah blog yang dikendalikan oleh penyokong Pas ketika mengulas mengenai himpunan haram Bersih.

Tulisan itu dibuat bagi menyokong kenyataan Dewan Ulama Pas Pusat yang melalui Penolong Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Nazmi Nik Din menyeru diadakan munajat Perdana di seluruh negara sempena himpunan haram Bersih 2 pada 9 Julai ini.

"Seluruh ahli dan pendokong Pas diseru supaya berdoa dan memohon kepada Allah SWT dengan rasa rendah diri dan tawaduk di atas luar keupayaan kita untuk menghadapi tipu daya dan kejahatan oleh pihak-pihak tertentu yang mencemarkan proses pilihan raya di negara ini,'' kata Nazmi.

Persoalannya, kenapakah Pas secara tiba-tiba menyokong Ambiga yang diketahui ramai orang sebagai penyokong Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

Jelas sekali, ketaksuban kepada politik dan begitu mahu meraih kuasa bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP telah membuat Pas kini sanggup menggadaikan segala-galanya termasuk prinsip mereka.

Ambiga tidak lagi dilihat sebagai orang yang cuba menganggu gugat umat dan agama Islam melalui IFC, sebaliknya pemimpin dan ahli Pas mengangkat beliau sebagai pejuang yang perlu disokong.

''Pada ana, Ambiga adalah seorang pejuang yang perlu diberikan bantuan dan dokongan sepenuhnya. Perjuangan ini bukan soal agama. Soal keadilan dan kesaksamaan.'' demikianlah begitu mudahnya penyokong Pas memaafkan insan-insan seperti Ambiga.

Akibat pandangan seumpama inilah yang menyebabkan Ambiga berasa bangga dan begitu berani untuk tetap turun ke jalanan pada 9 Julai ini biarpun telah menerima amaran keras daripada pihak polis.

Ambiga mungkin sudah mengkaji perjuangan politik Pas yang dilihat oleh beliau semakin terbuka untuk berkorban apa sahaja demi meraih kuasa.

Bekas Pengerusi Majlis Peguam itu juga memahami bahawa Pas benar-benar berhasrat untuk menggantikan UMNO, biarpun ia boleh mengakibatkan umat Islam dan orang Melayu berpecah-belah.

Kelemahan orang Melayu dalam Pas inilah yang membuka ruang kepada Ambiga, PKR dan DAP untuk mengambil kesempatan bagi mendorong ahli-ahli Pas menyokong dan berkorban apa sahaja kononnya atas nama perjuangan.

Sebenarnya, Pas menyokong himpunan haram Bersih bukan kerana pilihan raya tidak bersih atau tidak adil tetapi Pas sudah tidak sabar lagi hendak menggantikan UMNO.

Pas amat memahami bahawa reputasi sebagai sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sudah berakhir, mereka kini adalah parti yang memperjuangkan negara berkebajikan.

Perubahan prinsip dan dasar perjuangan ini telah disifatkan oleh sesetengah penyokong Pas sebagai 'menggadaikan keimanan' dan keadaan ini sudah tentulah meresahkan kepimpinan Pas.

Oleh itu, apabila Ambiga muncul dengan agenda himpunan haramnya dan disokong oleh PKR serta DAP maka sebagai rakan sekutu, Pas pun 'tumpang semangkuk'.

Apa yang menarik, satu sumber memberitahu penulis bahawa himpunan haram berkenaan akan gagal sama sekali jika Pas tidak menyertainya kerana parti itu merupakan 'penyumbang terbesar' penunjuk perasaan.

''Macam juga dalam pilihan raya, sebenarnya Pas yang banyak menggerakkan jentera berbanding PKR dan DAP tetapi apabila pembangkang menang Pas diketepikan.

''Begitu juga dalam himpunan haram ini, Pas tidak sedar atau mungkin buat-buat sedar bahawa mereka sedang diperalatkan oleh Ambiga dan kedua-dua parti tersebut,'' kata sumber berkenaan.

Lebih menghairankan bagi menghalalkan penyertaan Pas, parti itu dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ulama Pelapis Pas menyatakan kemenangan pakatan pembangkang dalam pilihan raya bukan bermakna pilihan raya berjalan dengan adil.

Sebaliknya Pas menegaskan, kejayaan itu adalah hasil usaha pembangkang menyusun strategi yang berkesan sehingga dapat memenangi pilihan raya tersebut

''Keadilan tidak boleh diukur melalui menang atau kalahnya sesuatu parti dalam pilihan raya tetapi mesti diukur dari sudut hak sama ada ia diberikan sama rata kepada semua parti yang bertanding atau tidak. Penyelewengan dalam pilihan raya mesti dihapuskan dan perubahan hendaklah dilakukan dalam menjamin keadilan kebersihan pilihan raya,'' hujah ulama pelapis dalam kenyataan mereka.

Hujah sedemikian terlalu banyak putar belitnya seperti mana Pas memutar belitkan perubahan dasar perjuangan mereka daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan '' sudut hak sama ada ia diberikan sama rata kepada semua parti yang bertanding atau tidak'' itu?

Hak apa yang Pas dan parti pembangkang tuntut. Bukankah mereka juga diberi tempoh yang sama untuk berkempen, menampal poster dan berceramah? Bukankah mereka juga ada media tersendiri untuk berkempen? Apakah media rasmi mereka juga akan memberi peluang sama rata kepada kerajaan BN?

Kenapakah Pas hendak melihat soal hak sama rata itu dari sudut laporan media arus perdana sahaja? Bukankah Pas dan pembangkang sendiri yang memusuhi media berkenaan dan menganggap ia alat propaganda BN sejak dulu lagi? Kenapakah baru sekarang hendak menuntut supaya hak itu diberikan?

Kalau betul soal hak sama rata yang hendak dituntut kenapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi sasaran? Kalau benar SPR adalah alat BN sudah pasti sebijak mana pun pembangkang mengatur strategi, mereka pasti kecundang.

Tetapi itu tidak berlaku kerana SPR menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, telus dan adil sebab itulah pada pilihan raya umum lalu kerajaan BN hampir tumbang!

Oleh itu tidak perlu Pas memberi seribu satu alasan untuk menghalalkan matlamat mereka menyertai himpunan haram Bersih pada 9 Julai ini.

Akui sahajalah bahawa Pas dan pembangkang sudah ketandusan isu dan idea bagi menghadapi BN dalam pilihan raya umum. Justeru cara terbaik untuk menutup kelemahan berkenaan adalah melalui tindakan mencetuskan isu termasuklah menimbulkan huru-hara di jalanan.

Malang sekali kerana orang Melayu mempunyai sebuah parti seperti Pas. Kenapa? Kerana mereka sanggup menyeru penyokongnya bermunajat untuk Ambiga tetapi sama sekali tidak mahu bermunajat memohon petunjuk agar orang Melayu dan umat Islam bersatu.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Kecoh DPP


Jauhi perhimpunan malam ini

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my


POLIS cuba meleraikan kekecohan yang berlaku di perkarangan IPK di Georgetown, di Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 29 Jun - Polis berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang dua perhimpunan esok yang ada kaitan dengan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai ini.

Kedua-dua perhimpunan tersebut dijadual berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong dan Tapak Ekspo Seberang Jaya, pukul 8 malam.

Perintah di bawah Seksyen 98 Kanun Prosedur Jenayah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob sehubungan itu memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang berdegil untuk menyertai kedua-dua perhimpunan berkenaan.

Menurutnya, notis pemberitahuan mengenai larangan tersebut telah diserahkan kepada penganjurnya dan ditampal di kedua-dua lokasi berkenaan.

"Polis memberi peringatan akan menggunakan kuasa yang ada mengikut undang-undang bagi memastikan perhimpunan itu tidak berlangsung.

"Saya merayu semua pihak supaya mematuhi perintah mahkamah itu dan memberi amaran kepada sesiapa melanggarnya akan berdepan dengan tindakan polis," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua perhimpunan berkenaan bakal dihadiri oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Turut dijangka hadir ialah Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Pada perkembangan lain, Ayub memberitahu, 30 penyokong Bersih yang direman sehingga 2 Julai ini berkemungkinan dibenarkan berjumpa ahli keluarga masing-masing esok.

Mengenai dakwaan layanan buruk diterima sewaktu dalam tahanan, beliau menafikannya.

"Polis memberi perhatian khususnya kesihatan mereka malah membawa tiga daripadanya ke hospital untuk rawatan selesema dan batuk, semalam," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Bersih Xbersih

Bersih cetus huru-hara

Oleh ASIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my


TAN SRI ISMAIL OMAR

KUALA LUMPUR 29 Jun – Perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini boleh mencetuskan ketegangan, huru-hara, kemusnahan harta-benda, kecederaan dan berkemungkinan melibatkan kehilangan nyawa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ia berdasarkan risikan, penilaian dan taksiran keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sekiranya perhimpunan haram itu tetap diteruskan.

Menurut beliau, polis juga mendapati wujudnya usaha anasir-anasir asing yang cuba mengambil kesempatan mengeksploitasikan perhimpunan haram itu.

Sehubungan itu, tegas beliau, pihaknya akan menggunakan apa jua peruntukan undang-undang yang ada untuk menghalang perhimpunan haram tersebut diadakan.

“Oleh yang demikian, saya secara peribadi telah memanggil beberapa penganjur yang masih berdegil dan mahu meneruskan perhimpunan haram ini.

“Ada yang hadir dan ada yang tidak memberi kerjasama. Kita (PDRM) masih lagi menggunakan cara berhemah, saya masih (peringkat ini) berhemah tetapi jangan hingga ke peringkat seterusnya, saya terpaksa laksanakan (tegas),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Tambah Ismail, PDRM tidak akan membenarkan mana-mana individu atau pihak tertentu mengambil tindakan yang boleh mencetuskan keadaan huru-hara dan porak-peranda.

“Sehingga 28 Jun ini, sebanyak 1,830 laporan polis membantah perhimpunan haram ini malah, sejak empat hari lalu, 101 individu ditangkap dan 45 masih lagi ditahan atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan menahan sesiapa sahaja individu atau kumpulan yang memakai baju Bersih, Ismail menjelaskan, pihaknya akan mengambil tindakan ke atas apa sahaja yang bertujuan menghasut orang ramai.

Ismail turut memberi jaminan bahawa setiap anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan keadaan negara pada 9 Julai ini berada dalam keadaan terkawal dan selamat.

“Kita mempunyai strategi tersendiri bagi memastikan tidak berlaku keadaan huru-hara dan seterusnya tiada sebarang perhimpunan haram nanti,” katanya.

Selain itu, Ismail mengingatkan mana-mana individu agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk hasutan kepada umum kerana perbuatan mereka sentiasa dipantau.

“Saya ingin mengingatkan agar setiap masyarakat menjaga perbuatan atau kata-kata supaya tidak tergolong dalam satu kesalahan berbentuk hasutan,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan terpaksa membatalkan kehadirannya untuk menerima anugerah pingat Bintang Bhayangkara Utama Polri dari kerajaan Republik Indonesia esok, ekoran keadaan semasa yang berlaku di negara ketika ini.
TAJUK-TAJUK BERIT

Kemeja T

'Kemeja-T Bersih haram'

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 29 Jun - Kemeja-T Bersih tetap dikategorikan sebagai haram kerana ia mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, polis akan mengambil tindakan ke atas orang ramai yang memakai kemeja-T Bersih kerana ia jelas ada hubung kait dengan perhimpunan haram tersebut.

"Apabila ada hubung kait dengan satu perhimpunan haram, jadi apa jua yang mereka pakai adalah haram," katanya pada sidang akhbar bersama Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Atiqur Rehman, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan polis menangkap orang-orang yang memakai kemeja yang tertera perkataan Bersih.

Ditanya sama ada tangkapan tersebut bermotifkan politik, secara sinis Hishammuddin berkata, beliau juga boleh mempersoalkan perkara sama.

"Di pihak mereka atau di pihak kami? Saya boleh kemukakan soalan sama kepada mereka," katanya.

Mengulas mengenai tindakan Pergerakan Pemuda UMNO yang berhimpun di hadapan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya kelmarin, beliau berkata, mereka tetap dikenakan tindakan.

"Mereka berhimpun tanpa permit, justeru, polis perlu melayan Pemuda UMNO dengan cara sama, tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, June 29, 2011

Mau Kominis

Lupakah kekejaman komunis?

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED
Serdang, Selangor

Cukup melampau. Apa nak jadi dengan rakyat terutamanya segelintir ahli politik negara ini? Itulah ungkapan yang keluar dari mulut majoriti rakyat Malaysia apabila membaca laporan adanya usaha untuk menghidupkan kembali unsur komunis di negara kita.

Penahanan 31 orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang bersama-sama dengan 28 helai pakaian warna hitam dan merah tertera nama dan gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah serta gambar tokoh komunis Argentina, Ernesto Che Guevara atau dikenali sebagai El Che menceritakan segala-galanya.

Apakah golongan ini sedar dengan apa yang cuba mereka lakukan? Kita percaya mereka cukup sedar kerana majoriti peserta yang terlibat dalam isu ini adalah orang dewasa yang matang dan tahu baik buruknya sesuatu tindakan.

Ini menyebabkan sukar untuk kita percaya bahawa masih terdapat rakyat kita yang mahukan puak komunis menguasai negara ini setelah apa yang pernah rakyat dan negara ini alami semasa zaman komunis dahulu. Apakah mereka lupa segala kekejaman komunis terhadap rakyat kita? Kenapa begitu mudah dan cepat golongan ini lupa tentang sejarah tersebut? Atau mereka memang sengaja tidak mahu mengambil tahu sejarah terbabit?

Bagi rakyat yang waras, terutamanya bagi mereka yang pernah melalui detik-detik hitam semasa zaman komunis dahulu, pastinya akan marah dan melenting dengan tindakan kumpulan ini. Kita tidak dapat bayangkan perasaan kecewa dan marah para perajurit kita yang pernah menentang komunis yang masih bersama dengan kita. Malah bagi kita yang tidak pernah merasai detik hitam itu pun rasa cukup takut, ngeri dan marah apabila membacanya dalam buku-buku sejarah.

Justeru, hanya manusia yang hilang kewarasan mahukan zaman komunis berulang kembali. Janganlah hanya kerana mengejar kuasa politik dan ingin memenuhi tuntutan pihak-pihak tertentu kita sanggup menggadai keselamatan dan ketenteraman awam secara keseluruhannya.

Mana ada negara yang aman dan damai di bawah komunis? Mana ada rakyat yang hidup selesa dan seronok di bawah komunis? Bukalah mata hati dan gunakanlah akal fikiran yang ada untuk menilai dan berfikir dengan sebaik yang mungkin sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Ingat, sesal dahulu ada pendapatan. Jangan kita umpama marahkan nyamuk kelambu dibakar. Malah dalam hal ini bukan setakat kelambu tetapi tindak tanduk kumpulan ini seolah-olah membakar seluruh rumah terbabit.

Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, perpaduan dan keselamatan negara ini menentang sekeras-kerasnya tindakan kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini. Kami mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan keras yang sewajarnya termasuk mempertimbangkan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika perlu.

Tolong jangan hancurkan negara kami. Kalau mahukan pemerintahan komunis, tuan-tuan dan puan-puan yang terlibat dalam pergerakan ini dialu-alukan untuk berpindah ke negara komunis yang anda minati. Kami benci komunis!
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Ahli pas pun nampak

Ahli Pas persoal konsep negara berkebajikan

UMAR ZAIN
Pasir Puteh, Kelantan

ARTIKEL saudara Zaini Hassan dalam Utusan Malaysia 23 Jun berhubung konsep negara berkebajikan menarik untuk diberi perhatian. Dengan membuat perbandingan sedemikian, kita percaya ia akan memudahkan kefahaman mengenai konsep dan definisi negara berkebajikan sebagaimana yang ingin dilakukan oleh Pas.

Baru-baru ini, sewaktu pulang ke Kelantan, saya sempat meninjau pandangan beberapa rakan lama yang walaupun berbeza haluan dan ideologi masing-masing tetapi masih akrab berhubung.

Selepas berbincang dengan mereka yang juga ahli Pas, ramai beranggapan isi kandungan negara berkebajikan itu sendiri bukanlah sesuatu yang begitu penting berbanding kesan yang diingini oleh kepimpinan parti tersebut setelah menilai perjalanan parti itu selepas bekerjasama dalam satu pakatan. Walaupun pandangan tersebut bukanlah mewakili pandangan majoriti dalam Pas, ia signifikan dan menarik untuk diteliti.

Perubahan strategi Pas itu bermakna mereka melakukan pengorbanan yang terlalu besar dengan meminggirkan perkara-perkara yang begitu sentimental kepada para pengikutnya.

Misalnya, sebahagian pengikut Pas di Pasir Puteh menyatakan kekesalan mereka dengan menggelarnya sebagai 'strategi mempermainkan keimanan'.

Apa tidaknya, kata mereka, setelah berhempas pulas berjuang selama 30 tahun memperjuangkan penubuhan Daulah Islamiyah, tiba-tiba bertukar kepada negara berkebajikan.

Menurut mereka lagi, mendengar sebutannya sahaja pun sudah berbunyi sekular sepertimana negara kebajikan di Eropah.

Pengikut Pas ini mungkin tidak faham bagaimana perubahan itu dibuat berasaskan strategi yang dicanai hasil perbincangan ketiga-tiga parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

Kepada mereka, Pas ialah Pas asal yang sepenuhnya komited terhadap perjuangan penubuhan negara Islam dengan segala komponennya, termasuklah pelaksanaan hukum hudud sebagai simbol utama keislaman sesebuah negara menggantikan perlembagaan dan undang-undang tinggalan penjajah.

Lebih dikesalkan, apabila mereka membandingkan dengan dua lagi parti komponen pakatan, iaitu DAP dan PKR tidak perlu pun melakukan sebarang penyesuaian terhadap dasar mahupun strategi parti.

DAP tetap berkeras sejak dulu dengan perjuangan meritokrasi Malaysian Malaysianya manakala PKR berterusan dengan dasar sekular. Mengapakah cuma Pas sahaja yang perlu berkorban dan berkompromi sehingga menghampiri perubahan perlembagaan parti tersebut?

Rakan Pas ini juga berhujah bahawa Pas pernah dibuktikan sejarah sebagai king maker kerana kekuatan jenteranya, sehingga mampu memberi tumpang kepada PKR malah DAP dalam membawa kemenangan di sesetengah kawasan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Semasa itu, mereka tidak pun berkompromi mahupun merasa rendah diri terhadap dasar dan prinsip, mahupun strategi yang diatur oleh pemimpin parti mereka.

Mereka turut bimbang bahawa konsep negara berkebajikan ini suatu strategi yang gopoh, yang tidak dicerna dalam perbincangan dengan semasak-masaknya.

Pengikut tidak dimaklumkan sebarang perubahan, sehinggalah tiba-tiba diumumkan dalam ucapan dasar presiden dalam muktamar berkenaan.

Paling membimbangkan ialah apa yang dibuat akan kelihatan kepada rakyat Malaysia, Pas bukan lagi parti yang sepenuhnya memperjuangkan Islam.

Pas hanya memperjuangkan parti, bukan Islam itu sendiri. Perjuangan Islam telah terpisah sama sekali dari parti Pas.

Bersih

Konspirasi Bersih dan kultus

Oleh Zaini Hassan

SEMASA Cuit ini ditulis, saya menerima SMS dari blogger Papa Gomo. SMSnya berbunyi: Salam, video Tulen Dato Johari Abdul PKR sahkan dan akui Anwar pelaku video seks di blog saya: http://www.papagomo. com.

Beberapa sahabat lain juga menghantar mesej yang sama. Bagi saya ia bukan cerita baru. Ia hanyalah satu penemuan baru yang dijangka keluar satu demi satu lagi mengenai kecurangan seks dan penyelewengan moral Anwar Ibrahim. Seperti yang saya katakan sebelum ini, seruan solat hajat daripada penyokongnya untuk menunjukkan kebenaran sudah terserlah dan sedang menjelma.

Semua orang yang telah melihat video seks itu mengesahkan itu memang dia. Malah pakar forensik video dari Amerika Syarikat pun memberi pengesahan 99.9 peratus itu adalah tulen dan sama dengan Anwar.

Oleh itu, apa lagi?

Pembangkang mati-matian akan terus mempertahankan Anwar, walaupun mereka tahu dalam video itu memang Anwar.

Tapi mengapa mereka terus menafikan?

Senang saja, kerana tanpa Anwar, habislah pakatan pembangkang. Samalah seperti tanpa Nik Aziz, habislah Pas. Tanpa Lim Kit Siang habislah DAP.

Pakatan itu sebenarnya terlalu rapuh. Kekuatannya bukan terletak kepada parti itu sendiri seperti BN, tapi bergantung kepada ikon yang telah dipuja supaya ia menjadi kultus peribadi atau cult.

Ikon kultus ini memang dahsyat pengaruhnya. Ingat lagi pada 18 November 1978, sebanyak 918 warga Amerika dan 909 lagi ahli sebuah pertubuhan sesat yang taksub kepada Jim Jones meminum racun atas arahan pemimpin mereka itu – untuk ke syurga.

Jim dalam rakaman suara sebelum mati berkata: ‘‘Kami bukan bunuh diri, kami lakukannya sebagai tindakan revolusi membunuh diri membantah keadaan yang tidak berperikemanusiaan di dunia.”

Para pengikutnya yang taksub kepada pemimpin itu semuanya mati, termasuk 303 anak-anak mereka yang dipaksa meminum racun sainida itu.

Banyak lagi kejadian yang sama berlaku selepas itu atas nama pemimpin, kultus peribadi dan ketaksuban. Teringat saya kata orang tua-tua: Seperti itik jawa pulang petang, seekor dilanggar lori, yang lain pun ikut sama.

Sampai sekarang pengikut Al-Arqam masih percaya yang pemimpin mereka Ashaari masih hidup!

Malah kini, kitab suci al-Quran pun sanggup ditafsir mengikut kehendak mereka bagi menjustifikasikan kebenaran yang dibawa. Ustaz-ustaz mentafsirkan mengikut kehendak politik. Diandaikan Anwar itu masih pemimpin UMNO, maka tafsiran al-Quran mengenai soal zina dan liwat akan menjadi cerita lain pula.

Begitu juga di Malaysia yang aman, damai lagi sentosa ini. Para pengikut parti pembangkang mahu menghalalkan cara dengan mengadakan demonstrasi jalanan ala-Reformasi bagi menjatuhkan kerajaan.

Mengapa? Senang saja jawapannya. Mereka mahu menyelamatkan Anwar bin Ibrahim. Anwar kini berada dalam peringkat akhir kes liwatnya terhadap Saiful. Anwar juga sudah tidak boleh berdalih mengenai pelakuan video seksnya.

Bagaikan orang bersalah, apa nak jadi, jadilah. Maka demonstrasi Bersih akan tetap dilakukan pada 9 Julai ini. Ia, kononnya atas nama untuk membersihkan sistem pilihan raya Malaysia.

Tapi baca pula kenyataan anaknya Nurul Izzah Anwar mengenai tujuan Bersih itu mahu diadakan:

‘‘Rakyat perlu ambil semangat rakyat Mesir di Dataran Tahrir pada perhimpunan Bersih kali ini.”

Itulah niat sebenar mereka. Bapanya sedang tersepit. Anak yang baik mahu menyelamatkan bapanya dalam apa cara sekali pun, walaupun satu dunia tahu mengenai perbuatan bapanya itu.

Itulah tujuan sebenar perhimpunan haram itu mahu diadakan. Ia bukan sangat soal pilihan raya yang bersih. Pilihan raya umum kita memang bersih sehingga mereka berjaya menang di lima negeri.

Apa yang mahu dilakukan ialah memporak-perandakan negara untuk menyelamatkan bapanya. Nurul Izzah mahu samakan Malaysia dengan Mesir, yang rakyatnya hidup dalam kemiskinan walaupun mempunyai sumber asli dan duit pelancongan yang besar.

Wahai Nurul Izzah, ironisnya Tun Dr. Mahathir Mohamad kini berada di Kaherah atas jemputan kerajaan baru negara itu hingga esok bagi berkongsi pengalaman Malaysia menjaga keharmonian selama ini.

Di Malaysia bukan macam Mesir. Di sini wahai Nurul Izzah, semua orang senang. Masuk di kampung rata-rata pakai kereta atau memiliki sekurang-kurangnya motosikal. Jika hari raya, kampung sesak bagaikan Kuala Lumpur, dengan kereta-kereta berjenama mewah. Orang Cina kaya-raya di negara ini. Tiada lagi dengar berita rakyat kita mati kebuluran. Memanglah ada yang miskin, tapi tidaklah seperti di negara lain.

Namun adakah kita sedar pula siapa di belakang yang memporak-perandakan negara-negara Arab sekarang. Yang peliknya negara-negara Arab yang akrab dengan satu kuasa besar tidak disentuh pun? Jordan misalnya, sampai sekarang aman (walaupun ada demonstasi tapi hanya kecil). Kuwait pun tiada apa-apa berlaku dan Arab Saudi sekutu kuat sebuah kuasa, juga aman damai.

Kuasa besar itu tahu siapa yang perlu diporakperandakan dan dipulas telinga. Kini giliran Malaysia pula? Sebenarnya cubaan oleh kuasa asing untuk menumbangkan kerajaan Malaysia telah berlaku semasa gelombang reformasi dulu. Cuba Nurul Izzah tanya dengan ayahanda Anwar apa hubungannya dengan rakan-rakan akrabnya di Amerika itu?

Selepas reformasi itu, Dr. Mahathir akhirnya turun secara sukarela tapi kerajaan BN yang mahu dihancurkan mereka gagal dijatuhkan. Di Indonesia, tempat bermulanya gelombang refomasi campur tangan asing itu, mereka bukan saja berjaya menjatuhkan Suharto tapi parti Golkarnya sekali turut tumbang.

Di Malaysia, pada 9 Julai ini satu lagi cubaan mahu dilakukan. Jika semasa gelombang refomasi di Malaysia dulu, pelbagai NGO diwujudkan melalui dana yang dibawa masuk oleh kuasa-kuasa asing, kini ia berlaku sekali lagi.

Saya mencabar pihak pembangkang dan Anwar menafikan fakta ini.

Apakah kerajaan kita tidak sedar dengan campur tangan asing itu? Jika sedar apa tindakan seterusnya? Baca di bawah ini:

WAKIL EJEN ASING TAJA BERSIH 2.0?

(1) AIDCNews (26/06/11) - Laman web National Democratic Institute atau ringkasnya, NDI mengesahkan bahawa yayasan demokrasi itu menaja dan menyokong Bersih di Malaysia.

“Program-program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy atau ringkasnya NED", lapor laman NDI, www.ndi.org.

NDI adalah salah satu daripada empat cabang operasi NED.

Selain NDI, tiga cabang NED lagi adalah IRI (International Republican Institute), ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (Center for International Private Enterprise).

Allen Weinstein, penggubal dasar undang-undang NED mengesahkan operasi NED adalah seumpama operasi CIA yang pernah dilakukan sebelum ini.

Anwar Ibrahim dari Malaysia, merupakan salah seorang pemikir NED, badan yang bertopeng demokrasi didalangi Yahudi itu. Klik http://www.anwaraidc.com/?p=1229 dan http://www.anwaraidc.com/?p=12122.

Muhamad Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Anwar sebelum ini pernah menunjukkan bukti surat Ketua Umum PKR itu memohon dana daripada NED untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-12.

Surat bertarikh 18 Jun 2007 yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim dengan alamat AIA di 585 Grove Street, Suite 135, Herndon, Virginia, 20170 dihantar kepada NED beberapa bulan sebelum PRU-12. Klik http://www.anwaraidc.com/?p=11672 dan http://www.anwaraidc.com/?p=11627.

Hal ini diperkukuhkan lagi bantuan demi bantuan dari salah satu cabang NED, NDI yang membantu memperkasakan parti-parti pembangkang dan NGO-NGO Malaysia pro Anwar Ibrahim.

“Pada bulan Februari 2005, NDI melancarkan program di Malaysia untuk menggalakkan perbincangan terbuka mengenai perkara-perkara perundangan dan kerajaan serta untuk menggalakkan parti-parti politik supaya lebih telus, demokratik dan komunikasi dalam hubungan mereka dengan orang ramai.

“Program ini memupuk dialog antara parti-parti politik dan masyarakat awam (civil society) berkenaan isu-isu reformasi ke arah memperbaiki parti konstituen, mesej pembangunan dan kemahiran berkomunikasi,” lapor cabang NED itu.

NDI mengakui pihaknya telah mengadakan bengkel-bengkel dengan kerjasama sebuah NGO Malaysia yang dinamakan REFSA, salah satu NGO yang menjadi anggota Bersih untuk melatih kepimpinan dan pengurusan organisasi Bersih itu.

Latihan NDI dijalankan secara berkala di Malaysia, mulai dari tahun 2005, 2006 dan 2007 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia pada tahun 2008.

REFSA adalah nama singkatan kepada Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (Research for Social Advancement), sebuah NGO Malaysia yang beralamat di 4A, Jalan Sepadu, Taman Bersatu, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur yang dianggap badan pemikir DAP, diketuai oleh YB Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP, Bukit Bendera, Pulau Pinang. Klik http://refsa.org/index.html dan http://en.liewchintong.com/?cat=13.

Selain REFSA, badan-badan NGO yang menganggotai Bersih adalah Amnesty International Malaysia (AIM), All Women‘s Action Society (AWAM), Centre for Independent Journalism (CIJ), Komuniti Masyarakat (KOMAS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women‘s Aid Organisation (WAO), Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI), Majlis Peguam dan lain-lain.

Kebanyakan badan NGO di atas ditaja oleh dana Yahudi, NED dan Open Society Institute (OSI), kepunyaan penyangak matawang Yahudi, George Soros. Klik http://www.anwaraidc.com/?p=12272, http://www.anwaraidc. com/?p=13003 dan http://www.anwaraidc. com/?p=12615.

“Pada bulan Julai 2005, NDI menganjurkan bengkel peringkat kebangsaan kepada pemimpin parti untuk reformasi pilihan raya. NDI telah menjalankan bengkel-bengkel di seluruh Malaysia untuk menggalakkan reformasi pilihan raya dengan kerjasama REFSA, salah satu NGO yang menjadi urus setia Bersih.

“Pada tahun 2006, NDI menjalankan bengkel untuk Bersih yang memberi tumpuan kepada memperbaiki pelan tindakan setiap peserta atau parti politik organisasi tersebut.

“Pada tahun 2007, NDI dan Bersih mengadakan beberapa siri bengkel di wilayah politik yang diabaikan di Sabah dan Sarawak untuk mendidik semula aspirasi berpolitik,” lapor laman NDI. Klik http://www.ndi.org/malaysia?page=0,1#Funding.

(2) BLOG The Unspinners: Selain penangkapan aktivis Parti Sosialis Malaysia di tol Sungai Dua Pulau Pinang pada pukul 5:45 petang hari sama, seramai 29 ahli PSM telah ditahan di hadapan Kolej Matrikulasi Ledang.

Mereka terdiri daripada 27 kaum India serta seorang warganegara Korea dan Filipina.

Daripada maklumat yang diperoleh, lelaki Filipina itu bernama Romeo Castillo, 59 tahun dan berasal dari Manila. Dia datang sebagai tetamu PSM dan menyertai konvoi PSM sejak 23 Jun dari Semenyih.

Sementara itu, warga Korea bersama mereka itu adalah Min Young Song, 24 tahun. Dia adalah wakil NGO Korea Selatan, Pertubuhan 18 Mei di Korea. Dia hadir atas jemputan dan pembiayaan National Democratic Institute (NDI) dan Electoral Integrity. Dia sudah masuk sejak dari 19 Mac dan cop semula di Tanjung Kupang pada 1 Mei lalu.

NDI adalah satu organisasi daripada empat cawangan di bawah naungan National Endowment of Democracy. Untuk mengetahui mengenai NDI, baca AIDC http://www.anwar aidc.com/?p=13225.

Kebetulan ada ceramah DAP di Tangkak dan Gobind Singh, Dr. Boo serta beberapa ahli DAP datang melawat tahanan. Mereka masih ditahan di Balai Polis Ledang.

Kumpulan PSM telah mula membuat roadshow untuk memperomosi perhimpunan haram Bersih di bawah kempen “UdahLah Bersara” mulai 24-26 Jun. Mereka telah pergi Ke Johor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Roadshow ini diketuai oleh Setiausaha Agung PSM, Arulchelvam. Mereka telah mengedar risalah Bersih dan menyeru orang ramai turun pergi demo.

Semasa bas mereka ditahan, terjumpa t-shirt dan risalah yang mengagungkan komunis.

Kebimbangan keselamatan bukan setakat elemen komunis, tetapi juga elemen militan dari selatan Siam boleh menular masuk menerusi perhimpunan Bersih.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Perang Saudara Sesama Melayu Islam Semakin Hampir

Bersih: Suasana tegang apabila dua kumpulan bertembung

KEPALA BATAS 28 Jun - Suasana di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) malam ini tegang apabila lebih 200 penduduk setempat berarak dan bertembung dengan sekumpulan penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berkampung di kawasan itu sejak semalam.

Tinjauan mendapati, satu-satunya laluan menuju bangunan tersebut yang biasanya senyap sunyi bertukar hingar-bingar dengan jeritan bantahan penduduk yang berarak dari Dewan Milennium, dekat sini bermula pukul 9 malam.

Difahamkan, beberapa aduan dibuat kepada polis mengenai tindakan kira-kira 50 penyokong parti tersebut yang berkumpul di kawasan itu sejak petang semalam sehingga menimbulkan rasa kurang senang penduduk selepas parti itu dikaitkan dengan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Kumpulan penduduk itu turut disertai ahli Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas serta anggota beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gerakan Belia 4B sekitar daerah ini.

Tinjauan juga mendapati, polis mengambil langkah berjaga-jaga dengan menempatkan kira-kira 20 anggota Unit Pencegah Rusuhan (PORU) di kawasan tersebut bagi mengelakkan pertempuran antara dua kumpulan itu.

Perarakan yang mulanya berlangsung aman bertukar tegang apabila kumpulan penduduk menghampiri bangunan IPD dengan laungan 'Allahuakbar' serta jeritan seperti 'negara kita ada undang-undang', 'jangan rosakkan keamanan negara' dan 'ini bukan negara komunis'.

Pada satu ketika, keadaan seperti tidak dapat dikawal apabila kedudukan dua kumpulan itu semakin hampir sehingga memaksa polis berada di tengah-tengah laluan bagi mengelak berlakunya pertempuran.

Tuesday, June 28, 2011

Politik Benci

Budaya politik kebencian dan dendam kesumat Melayu

Oleh TOK KI

AMAT malang bagi umat Melayu di Malaysia apabila terpaksa berdepan dengan politik kebencian dan dendam kesumat, bukan politik Islami yang sebenar.

Pak Muhammad Natsir, ahli politik Indonesia pada zamannya memilih politik berjalur dakwah sebagai asas memperkasa umat Islam di sana. Bagaimanapun, di Malaysia politik Islam pula berjalan dengan memberikan batas yang tajam dengan slogan kafir, taghut, jahiliah hingga menyebabkan terjadinya perpecahan.

Sesuatu yang amat bahaya dalam perjuangan politik Islam di negara ini apabila terbinanya sikap jumud dan fanatik melulu di kalangan pengikut parti sehingga muncul label-label yang menghina dan menanam kebencian teramat dalam terhadap pihak lain yang tidak seacuan dengannya. Perkembangan ini amat membimbangkan kerana ia bakal menghilangkan sifat ukhuwah dan persaudaraan yang dituntut Islam.

Sikap jumud ini menyebabkan kebekuan dalam berfikir dan membuat keputusan sehingga tidak terbuka untuk mendengar pandangan orang lain.

Golongan ini memandang curiga terhadap orang lain dan menganggap pandangan orang yang tidak sehaluan semuanya salah dan tidak menyumbang apa-apa pun untuk perjuangan Islam.

Yang memperjuangkan Islam hanya mereka saja. Sedangkan, perjuangan Islam itu sifatnya ibarat mata rantai dan saling melengkapi dan sambung menyambung.

Justeru, pihak kerajaan dalam batas yang termampu menghasilkan program Islam dalam bentuk kegiatan dan institusi. Pihak jamaah dan gerakan Islam tentu ada peranannya untuk menyuburkan dakwah dan kesedaran Islam. Penggerak politik Islam sudah tentu ada cita-citanya tersendiri bagaimana negara Islam harus terbina.

Sekiranya berlaku sinergi secara bijaksana banyak yang boleh dilakukan untuk memartabatkan Islam di Malaysia. Islam tidak seharusnya dilihat sebagai agama rohaniah semata-mata. Kekuatan rohaniah harus terpancar dalam amalan iaitu program-program ilmu, pendidikan, keusahawanan dan ekonomi, membangun tenaga modal insan yang berkualiti.

Jika ini tidak berlaku Islam masih dalam tahap umumiyyat, retorik dan slogan dan tidak membawa umat ke mana-mana. Tidak salah mengadakan seminar, simposium dan bengkel untuk mengulangi perbincangan mengenai tema-tema Islam. Yang harus menjadi fokus penggerak Islam adalah strategi melaksana yang tinggi supaya Islam tidak hanya menjadi laungan dan seruan. Ia adalah suatu kenyataan yang harus diinstitusikan.

Usaha membangunkan bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), takaful, sukuk atau bon Islam, Islamisasi ilmu dan sistem adalah sesuatu yang bermanfaat. Mengapa usaha ini tidak diteruskan dengan jiwa wehdah (kesatuan) yang tinggi supaya sesuatu yang bermula bakal berkembang menjadi suatu sistem.

Sekian lama banyak masa umat Islam membazir dengan percanggahan pemikiran akibat faham politik yang membawa kebencian dan dendam kesumat terhadap orang lain dan ini mengakibatkan agenda utama memperkasa umat menjadi hal-hal sampingan.

Yang anehnya kelompok politik ini tetap menggunakan khidmat institusi berkenaan dan merasakan manfaatnya. Tetapi pada masa sama jarang kedengaran memuji usaha daripada institusi berkenaan.

Penulis pernah mendengar kritik menghina penubuhan UIAM pada 1983 sebagai "universiti tong tahi" dan penubuhan Bank Islam sebagai usaha "tempel-tempelan" di tengah-tengah sistem kapitalis.

Tetapi kalau ditanya di kalangan para pengkritik dan pengikut-pengikutnya apakah anak-anak mereka dihalang daripada belajar di UIAM atau mereka di halang meminjam dan membeli saham di Bank Islam? Tidak pula ia berlaku. Sistem pengambilan pelajar-pelajar kita untuk dihantar keluar negara dan universiti tempatan tidak mengira anak Pas atau UMNO atau tidak berparti. Sesiapa saja yang layak mereka berpeluang untuk belajar.

Amat malang bagi kita akibat politik kebencian dan dendam kesumat bukan politik kasih sayang dan saling menghargai menjadi punca kepada perpecahan umat Melayu dan menyebabkan kita hilang punca bagaimana kesatuan boleh berlaku.

Politik nafsu-nafsi, cita-cita besar tetapi kurangnya keupayaan strategik menyebabkan perbalahan terus berlaku. Kita tidak pandai melakukan interaksi positif dan muzakarah untuk melihat masalah dan mencari jalan penyelesaian yang bijaksana.

Kita masih lagi dalam politik takuk lama iaitu mengambil pendekatan konfrontasi sedangkan Hamas dan PLO sudah berubah arah dan Ikhwan Muslimin di Mesir sedang mencari rakan politik yang sesuai bukannya membina dendam kesumat dan kebencian.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Saturday, June 25, 2011

Saleh Majid Komen Bersih

Tiga pihak bertembung kerana Bersih 2.0

Saranan Salleh

PADA 9 Julai ini kita akan menyaksikan pertembungan antara tiga pihak, penganjur kempen Bersih 2.0, Perkasa, Pemuda UMNO dan Pas.

Walaupun polis tidak akan mengeluarkan permit tetapi pihak penganjur berdegil akan meneruskan tunjuk perasaan ini.

Mereka tergalak oleh kempen Bersih yang dijalankan pada 2007 dulu yang mana pihak pembangkang berjaya menguasai lima negeri dan menambahkan wakil rakyat mereka di Parlimen.

Jadi dengan keadaan begitu tentulah mereka terangsang untuk mengadakan perhimpunan kali kedua ini. Untung-untung mereka sapu negeri selebihnya.

Perhimpunan ini tidak lain dan tidak bukan diadakan kerana kononnya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mahu melakukan reformasi yang mereka kehendaki.

Apakah mereka yang bakal mengikut perhimpunan ini tahu apakah yang dituntut yang tidak diberikan?

Kalau pilihan raya tidak adil macam mana 80 ahli pembangkang bertambah di Parlimen dan ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti M. Kayveas, Koh Tsu Koon sehinggakan S.Samy Vellu sendiri pun kalah.

Rakyat sudah sedia menerima perubahan dan kini mereka telah melihat negeri-negeri yang diperintah pembangkang, bagaimana cara pengurusan mereka.

Ini akan diambil kira oleh rakyat untuk Pilihan Raya Umum Ke-13. Semua orang setuju rakyat bukan bodoh dan boleh diperbodohkan lagi.

Apa saja yang dilakukan oleh kerajaan semuanya pada pihak pembangkang tidak kena. Ramai yang mengatakan ruang siber akan mendatangkan perbezaan kepada cara pemikiran rakyat.

Apakah ini betul disebabkan kita membaca dua tiga kerat yang begitu lantang dalam blog atau tulisan mereka.

Kebanyakan rakyat belum lagi ada akses kepada blog dan ruang siber ini terutama sekali mereka di luar bandar.

Seseorang itu boleh menulis macam-macam sehinggakan rakyat perlu menapis mana yang betul dan mana yang tidak. Bukan semua boleh ditelan saja.

Taktik yang digunakan, apa-apa hal pukul dulu dan tunggu apa jawapan yang diberikan. Kalau boleh fitnah - lakukan fitnah. Jadi sekarang ini orang putih kata “No holds barred”.

Bukan payah nak adakan blog atau Facebook (kecuali Kementerian Pelancongan yang kena belanja banyak).

Jadi mereka yang ada blog atau Facebook ini kita tak tahu dari mana asal usul mereka. Macam penggodam yang kena tangkap di London baru-baru ini baru berumur 19 tahun.

Berbalik cerita Bersih 2.0 ini, baguslah kita akan dipertontonkan dengan empat kumpulan yang tidak mahu berganjak dengan pendirian mereka.

Pelbagai ancaman telah dilaporkan dan kita berharap pihak polis dan tentera dapat mengawal keadaan.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Sedutan Bicara

Sedutan prosiding pendakwaan trio Datuk T

Antara adegan video yang didedahkan oleh Datuk T melibatkan wajah mirip tokoh pembangkang.

JURUBAHASA (J): Bahawa kamu pada 21 Mac 2011, antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari bertempat di Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru, Daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mencapai niat bersama kamu telah didapati menayangkan secara terbuka benda yang lucah iaitu adegan seks di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan; oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 Kanun yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Datuk Shazryl Eskay Abdullah, faham pertuduhan?

SHAZRYL ESKAY (SE): Faham (sambil mengangguk)

J: Mengaku bersalah atau tidak?

SE: Pohon tangguh sebentar kerana perlu berbincang dengan peguam dahulu kerana ada perubahan pada pertuduhan.

J: Datuk Shuaib Lazim, faham pertuduhan?

SHUAIB LAZIM (SL): Faham (sambil mengangguk)

J: Mengaku bersalah atau tidak?

SL: Pohon tangguh sebentar.

ZAMANI IBRAHIM (ZI): Tuan Majistret, pohon tangguh sebentar kerana terdapat sedikit perbezaan di dalam pertuduhan berbanding yang dinyatakan pada kami sebelum ini. Kami perlu berbincang dengan anak guam terlebih dahulu.

Kamaludin kemudian memohon agar pertuduhan ke atas Abdul Rahim dibacakan.

MUHAMMAD SHAFEE (MS): Tuan Majistret, saya pohon agar kes ditangguhkan sebentar, tak perlu baca dulu pertuduhan.

MAJISTRET (M): Kita baca dulu.

J: Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Bahawa kamu pada 21 Mac 2011, antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari bertempat di Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru, Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur telah bersubahat dengan Shazryl Eskay Abdullah dan Shuaib Lazim untuk menayangkan secara terbuka benda yang lucah iaitu adegan seks di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan; oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 Kanun yang sama dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan. Faham?

ABDUL RAHIM (AR): Saya faham.

Majistret kemudian menangguhkan prosiding kira-kira 20 minit bagi memberi peluang kepada kesemua tertuduh berbincang dengan peguam masing-masing. Selepas mahkamah kembali bersidang, ketiga-tiga trio terbabit mengaku bersalah. Jurubahasa, Farahzainie Mohammed Redzuan kemudian menjelaskan sebab dan akibat pengakuan bersalah setiap tertuduh. Trio Datuk T mengekalkan pengakuan bersalah masing-masing.

KAMALUDIN (K): Oleh kerana semua tertuduh mengaku salah, saya pohon agar fakta kes dibacakan.

M: Fakta kes adalah bagi kesemua tertuduh?

K: Ya, kerana tertuduh Tan Sri Abdul Rahim didakwa bersubahat dengan dua lagi.

Jurubahasa mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membacakan tiga muka surat fakta kes kepada semua tertuduh.

J: Datuk Shazryl Eskay, faham fakta kes? Akui?

SE: Saya faham, kecuali para (perenggan) yang terakhir bukan menyerupai tapi adalah Anwar Ibrahim. Saya setuju.

Shuaib dan Abdul Rahim turut mengakui fakta kes berkenaan.

MS: Tuan Majistret, kalau mengikut nas undang-undang terdahulu sebelum ini, banyak kes dibuang di peringkat rayuan atas alasan gambar atau klip tidak pernah dilihat oleh mahkamah bagi ditentukan sama ada ia benar lucah. Pohon ia dimainkan bagi disahkan kandungannya.

M: Berapa minit video tersebut?

K: Dalam 20 minit.

Pihak pendakwaan dan lain-lain peguam bela tidak mengemukakan sebarang bantahan. Klip tersebut ditayangkan menerusi dua buah televisyen. Satu daripada televisyen tersebut menghadap majistret manakala satu lagi menghadap kesemua pihak terlibat dalam prosiding dan orang ramai di galeri awam.

Sewaktu klip video dimainkan, terdapat beberapa peguam pelatih dan wartawan wanita yang menutup muka masing-masing atau menundukkan kepala mereka daripada melihat klip video tersebut.

Apabila pelaku seks wanita tersebut mula dilihat melakukan seks oral ke atas pelaku seks lelaki yang menyerupai Anwar, majistret mengarahkan agar paparan video tersebut dilajukan sehingga habis keseluruhan video.

Selepas selesai video klip tersebut ditayangkan, Muhammad Shafee memulakan hujah bagi mengurangkan rayuan dengan bahagian pertama menjurus kepada kesemua tertuduh sebelum memfokuskan kepada anak guamnya.

MS: Dalam kes ini, apa yang relevan ialah paparan video secara terbuka, benda yang lucah iaitu imej seorang lelaki dan wanita melakukan hubungan seks.

Ketiga-tiga tertuduh mengaku mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam mendedahkan video tersebut kepada sekumpulan wartawan tempatan yang terpilih antaranya daripada The Star, New Straits Times, Bernama, Berita Harian, Harakah, China Press, Malaysiakini, Malaysian Insider, Utusan Malaysia dan beberapa lagi.

Anggota media mewakili sebahagian besar masyarakat. Isi kandungan video pula menunjukkan satu pasangan dalam satu aksi seks yang lengkap dan jijik (gross) bermula daripada seks oral kepada pelbagai posisi seks.

Pembuat video terbabit masih belum diketahui malah motif rakaman itu dibuat juga tidak diketahui sehingga hari ini. Kita tidak tahu apa niat pembuat video terbabit. Tetapi kita tahu apa niat ketiga-tiga tertuduh kerana mereka telah memberikan keterangan yang jelas dan terperinci kepada pihak polis sewaktu kes sedang disiasat.

Tuan Majistret, walaupun ketiga-tiga tertuduh berhadapan dengan video lucah, motif bersama mereka adalah bukan untuk menjatuhkan atau merendahkan akhlak masyarakat. Motif mereka merupakan satu tindakan yang terhormat iaitu bagi mendedahkan keruntuhan akhlak seorang tokok politik bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia juga bertujuan mendedahkan sikap hipokrit yang menjadi identiti ahli politik terbabit merangkap Ketua Pembangkang yang pada satu ketika dangerously close untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

Saya menggunakan perkataan dangerously close bukan untuk menunjukkan rasa berat sebelah tetapi memetik alasan yang digunakan oleh Lord Denning ketika menangani isu keselamatan negara berhubung John Profumo (bekas Menteri Peperangan England).

Seorang tokoh masyarakat yang mendakwa menjadi pemimpin Kebangsaan Islam (National Islamic leader) yang menjalani dua kehidupan seperti Jekyl and Hyde akan memperjudikan apa sahaja dengan sesiapa bagi memastikan perbuatan salahnya tidak didedah atau dibongkar oleh pihak ketiga. Ini merupakan intipati keselamatan negara.

Trio ini, bukan sahaja ingin mendedahkan keruntuhan moral oleh seorang tokoh pemimpin tetapi mereka juga risau mengenai keselamatan negara sekiranya individu terbabit mendapat kuasa.

Kita sebagai orang awam sepatutnya berterima kasih di atas keberanian mereka mendedahkan perkara ini. Malangnya, mereka telah didakwa.

Pendedahan ini, sekiranya dibuat di negara-negara Komanwel yang lain seperti United Kingdom akan memberikan manfaat kerana terdapat ‘Pembelaan terhadap Kebaikan Awam (Defence of Public Good).

Ini hanyalah kesalahan teknikal. Mereka melakukan kesalahan kecil dalam usaha untuk mendedahkan kesalahan yang lebih besar.

Trio terbabit tidak mendapat sebarang faedah sama ada dari segi wang ringgit atau lain-lain, tidak mendedahkannya kepada kanak-kanak dan telah bekerjasama dengan pihak berkuasa malah menyerahkan segala bahan bukti kepada polis selepas pendedahan dibuat.

Anak guam saya, yang sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak, penyertaannya hanyalah sebagai individu yang menempah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara bagi tujuan pendedahan itu.

Dia tidak pernah didakwa di mahkamah walaupun terdapat banyak khabar angin mengenai dirinya.

Kesemua mereka (tertuduh) di sini telah melakukan satu perkara baik kepada masyarakat. Harap diberikan satu hukuman yang ringan atau dilepaskan dengan syarat atau tidak bersyarat sebagaimana Seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah.

ZI: Datuk Shazryl Eskay dilantik oleh Raja Thailand dan Perdana Menteri Thailand sebagai Konsulat Kehormat Raja Thailand dari tahun 2004 hingga 2010. Dia telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

Dia berkawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1996. Dia melakukan pendedahan tersebut atas dasar kepentingan awam. Dia juga telah membuat sumpah laknat pada 29 Mac lalu di Masjid Amru Al-As dan sumpah itu masih belum dijawab oleh Anwar.

Apa yang dilakukan ialah untuk mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar. Dia hanyalah seorang messenger (penyampai), dia tidak wajar dihukum dengan keras.

SUHAIMI SALLEH (SS): Tertuduh telah mengaku bersalah dan ini secara tidak langsung telah menjimatkan perbelanjaan negara dan masa mahkamah daripada terpaksa menjalankan perbicaraan yang lama dan memanggil saksi yang ramai.

Beliau pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pernah menjadi Senator dalam Dewan Negara. Tapi sekarang masih terus menyumbang sebagai AJK di Murabak (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia) dan Perkasa.

Beliau merupakan seorang yang baik dan merupakan seorang bekas pendidik. Beliau pernah dipilih sebagai Ketua Bahagian di sebuah organisasi politik selama 15 tahun berturut-turut di Sungai Petani.

Apa yang dilakukannya adalah untuk memaklumkan negara mengenai sikap hipokrasi yang diamalkan oleh pemimpin terbabit yang bukan sahaja terkenal di Malaysia tapi di luar negara. Di atas faktor kepentingan negara dan awam, tertuduh perlu diberikan hukuman yang ringan.

Lagi pula tertuduh berusia 72 tahun dan menghidap penyakit kencing manis dan sakit jantung. Tertuduh telah berkahwin dan mempunyai lima orang anak dan dua daripadanya masih belajar di universiti.

Kes ini merupakan kes yang pelik dan unik kerana tertuduh didakwa setelah cuba melakukan perkara yang baik kepada masyarakat.

K : Mohon satu hukuman setimpal dan munasabah bagi mencerminkan keseriusan pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka. Oleh kerana hukuman terletak di bawah bidang kuasa majistret, pendakwaan mohon hukuman setimpal.

Prosiding kemudian ditangguh sementara selama 15 minit. Selepas mahkamah bersidang semula, Aizatul Akmal menjatuhkan hukuman:

M: Dalam menjatuhkan satu hukuman yang sesuai, antara faktor yang dilihat ialah faktor kepentingan awam, fakta kes, eksibit termasuk peranan yang dimainkan oleh setiap tertuduh. Walaupun dalam menjatuhkan hukuman, faktor kepentingan awam hendaklah diseimbangkan dengan faktor kepentingan tertuduh.

Saya telah memberi pertimbangan sewajarnya terhadap hujah peguam, timbalan pendakwa raya dan faktor pengakuan bersalah seawal-awal prosiding, pesalah pertama dan latar belakang tertuduh.

Bagi kes melibatkan tertuduh pertama, Shazryl Eskay, kamu disabitkan dengan kesalahan dan didenda RM3,000, gagal bayar penjara tiga bulan berkuat kuasa mulai hari ini.

Tertuduh kedua (Shuaib), kamu disabitkan dan didenda RM1,500, gagal bayar penjara dua bulan, bermula hari ini.

Bagi kes terhadap tertuduh ketiga, kamu disabitkan dan didenda RM1,000, gagal bayar penjara satu bulan mulai hari ini.

Barang-barang kes diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Serupa

Video tulen, pelaku seks serupa Anwar

KUALA LUMPUR 24 Jun – Dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa rakaman video membabitkan lelaki yang dikatakan mirip seorang pemimpin parti pembangkang yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu adalah tulen iaitu tidak ada sebarang tampering (diubah-ubah) dan super impose (pertindihan imej) dilakukan.

Analisis pengecaman wajah oleh pakar tersebut terhadap pelaku seks lelaki dalam rakaman video yang berasal daripada alat perakam yang dirampas daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah juga mendapati ia adalah menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demikian kandungan fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas Trio Datuk ‘T’ iaitu Shazryl, Datuk Shuaib Lazim dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan berhubung penayangan secara terbuka video tersebut.

Shazryl ketika diminta mengesahkan fakta kes itu bagaimanapun menegaskan: ‘‘Saya faham, kecuali para (perenggan) yang terakhir bukan menyerupai tapi adalah Anwar Ibrahim. Saya setuju.’’

Dua pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, AS yang menjalankan analisis itu ialah Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani.

Shazryl, 51, dan Shuaib, 72, yang merupakan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), sebelum itu masing-masing mengaku bersalah atas tuduhan bagi mencapai niat bersama telah menayangkan secara terbuka benda yang lucah iaitu adegan hubungan seksual di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan.

Kejadian itu didakwa dilakukan di antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru, di sini.

Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun serupa, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 kanun tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Abdul Rahim, 61, yang juga bekas Ketua Menteri Melaka pula mengaku bersubahat dengan mereka berdua mengikut seksyen yang sama dibaca bersama Seksyen 109 kanun tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Kamaludin Md. Said, pengadu dalam kes tersebut ialah Anwar sendiri.

Dengan pengakuan bersalah trio tersebut, Majistret Aizatul Akmal Maharani menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara tiga bulan ke atas Shazryl; denda RM1,500 atau penjara dua bulan terhadap Shuaib; dan denda RM1,000 atau penjara satu bulan ke atas Abdul Rahim.

Menurut Aizatul, beliau menjatuhkan hukuman itu berdasarkan faktor kepentingan awam yang diseimbangkan dengan faktor kepentingan tertuduh-tertuduh, pertimbangan mitigasi (rayuan), pengakuan bersalah pada seawal-awal prosiding, pesalah pertama dan latar belakang setiap tertuduh.

Pada prosiding hari ini, Aizatul turut membenarkan permohonan peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim supaya rakaman video daripada peranti storan media (pendrive) yang diserahkan kepada mahkamah sebagai bahan bukti, ditayangkan bagi mengesahkan ia adalah peranti yang betul.

Rakaman tersebut kemudian ditayangkan secara terbuka melalui dua unit televisyen di dalam mahkamah selama hampir tujuh minit dengan adegan aksi seks pasangan itu, ia telah dimaju laju (fast forward).

Sementara itu, fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan juga menyatakan bahawa keterangan mendapati bahawa rakaman video tersebut diambil dalam sebuah bilik apartmen di Ampang di ibu negara.

‘‘Pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di apartmen tersebut dan telah mendapati kehadiran Anwar bersama Shazryl di lobi apartmen tersebut pada 21 Februari 2011,’’ menurut fakta kes itu.

Terdahulu, menurut fakta kes itu, pada hujung Februari lalu, Shazryl telah menemui Shuaib di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Anwar dengan seorang perempuan warganegara China.

Shazryl dan Shuaib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju berjumpa Abdul Rahim berkenaan kandungan peranti itu memandangkan ia adalah sensitif dan melibatkan kepentingan negara.

Shazryl dan Shuaib kemudian menemui Abdul Rahim di Wisma UOA, Jalan Pinang di ibu negara dan setelah berbincang, mereka bertiga bersetuju menayangkan rakaman video tersebut dan memutuskan memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman berkenaan di Hotel Carcosa Seri Negara.

Pada 20 Mac lalu, Kamarulail Sulaiman atas arahan Abdul Rahim, telah menempah Bilik Seri Makmur atas nama Abdul Rahim bermula dari hari tersebut sehingga 21 Mac lepas.

Pada hari yang sama, Shazryl telah meminta Ketua Wartawan The Star, Sirajinisa Habibu Mohd. untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu berkaitan satu cerita besar demi kepentingan negara.

Pada tarikh tersebut, ramai penyunting akhbar dan wartawan telah tiba di hotel itu seawal pukul 9 pagi dan Shazryl telah meminta Shuaib supaya menapis wartawan-wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk Bilik Seri Makmur bagi menyaksikan tayangan video itu.

Penayangan rakaman video itu kemudian dilakukan pada pukul 10 pagi oleh Shazryl menggunakan sebuah unit pemprosesan pusat (CPU) LCD jenama Lenovo kepunyaan ahli perniagaan itu.

Semasa tayangan, Shazryl telah memberi penerangan mengenai rakaman itu dan menjelaskan bahawa gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks di antara lelaki terbabit dengan wanita warganegara China.

Secara keseluruhannya, sebanyak 13 wartawan telah menyaksikan tayangan rakaman tersebut secara berulang yang mengambil masa di antara 20 dan 25 minit. Tayangan terakhir tamat kira-kira pukul 12 tengah hari.

Anwar pada 22 Mac lalu pula telah membuat laporan polis berhubung penayangan video tersebut.

Sehari selepas itu, satu sidang media telah diadakan oleh Shazryl dan Abdul Rahim di Hotel Impiana KLCC dengan kedua-duanya mengaku bersama Shuaib, bertanggungjawab menayangkan rakaman tersebut.

Pada 24 Mac lalu, Shazryl dan Abdul Rahim telah pergi ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan Shazryl turut menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman hubungan seks tersebut. Shuaib pula menyerah diri pada keesokan harinya.

Fakta kes juga menyebut bahawa rakaman video itu mengandungi aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan di antara seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya berbogel.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Motif Nak Bagi Tau

Motif tayangan dedahkan keruntuhan moral Anwar

KUALA LUMPUR 24 Jun - Motif pendedahan dan penayangan video seks menyerupai Ketua Pembangkang oleh Trio Datuk 'T' bukanlah untuk merosakkan atau menjatuhkan moral masyarakat tetapi untuk mendedahkan keruntuhan akhlak seorang tokoh politik bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia juga bertujuan mendedahkan sikap hipokrit yang menjadi identiti ahli politik terbabit merangkap Ketua Pembangkang yang pada satu ketika berada di tahap berbahaya (dangerously close) menjadi seorang Perdana Menteri.

Perkara tersebut dinyatakan oleh peguam bela, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik ketika berhujah bagi kesemua Trio Datuk 'T' bagi mengurangkan hukuman.

''Saya menggunakan perkataan dangerously close bukan untuk menunjukkan rasa berat sebelah tetapi memetik alasan yang digunakan oleh Lord Denning ketika menangani isu keselamatan negara berhubung John Profumo (bekas Menteri Peperangan England).

''Seorang tokoh masyarakat yang mendakwa menjadi pemimpin Kebangsaan Islam (National Islamic leader) yang menjalani dua kehidupan seperti 'Jekyl and Hyde' akan memperjudikan apa sahaja dengan sesiapa bagi memastikan perbuatan salahnya tidak didedah atau dibongkar oleh pihak ketiga. Ini merupakan intipati keselamatan negara,'' ujar peguam tersebut.

Profumo terlibat dalam satu skandal dikenali The Profumo Affair pada 1963 yang mana beliau telah menjalin hubungan intim dengan seorang ejen rahsia dari Rusia, Christine Keeler ketika Perang Dingin.

Terdahulu, peguam tersebut menyatakan, ketiga-tiga individu terbabit mengaku terlibat dalam pendedahan video seks itu kepada petugas media yang mewakili sebahagian besar orang awam.

''Pembuat video terbabit masih belum diketahui malah motif rakaman itu dibuat juga tidak diketahui sehingga hari ini. Kita tidak tahu apa niat pembuat video terbabit. Tetapi kita tahu apa niat ketiga-tiga tertuduh kerana mereka telah memberikan keterangan yang jelas dan terperinci kepada pihak polis sewaktu kes sedang disiasat,'' kata peguam itu.

Berikut merupakan sebahagian daripada rakaman percakapan yang diambil daripada ketiga-tiga tertuduh:

Percakapan Abdul Rahim yang dirakam pada 24 Mac lalu: ''Saya berpendapat pita rakaman ini hendaklah disiasat kerana penglibatan tokoh terkemuka dan popular di Malaysia. Kita juga berpendapat watak dan akhlak seorang pemimpin yang korup dan jijik seperti ini perlu diketahui oleh rakyat.''

Percakapan Shazryl yang dirakam pada 24 Mac lalu: ''Sebagai seorang yang sangat rapat kepada DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim), saya sangat mengetahui segala kelemahan yang terdapat pada dirinya, terutamanya dari segi moral dan akhlak yang tidak sepatutnya ada pada seorang pemimpin.

''Setelah saya dapati keburukan yang tidak patut ada kepada pemimpin dan setiap kali ada perbuatan salah dilakukan, dia pasti terlepas kerana kekurangan bukti. Apabila saya mendapat bukti rakaman ini, untuk beberapa hari saya berfikir dan membuat keputusan untuk mendedahkannya kerana ini adalah salah satu bukti yang sangat kukuh untuk didedahkan kepada masyarakat.

''Tayangan dibuat kepada pemberita kerana ia bukanlah bertujuan untuk memaparkan aksi lucah tetapi untuk mendedahkan perangai buruk seorang pemimpin yang tidak bermoral tetapi memaparkan dirinya sebagai seorang pemimpin Islam.''

Percakapan Shuaib yang dirakam pada 25 Mac lalu: ''Datuk Shazryl... dia tunjuk pita video rakaman Anwar. Bila saya tengok saya rasa terkejut, saya tengok berkali-kali. Saya yakin gambar dalam pita video 100 peratus Anwar Ibrahim. Beberapa hari kemudian, saya, Rahim dan Shazryl bincang apa nak buat atas video itu.

''Saya cadangkan serah kepada polis tetapi mereka berdua kurang setuju kerana bila serah kepada polis, Anwar akan tuduh ada satu konspirasi untuk menjatuhkan dia. Akhirnya keputusan kita ambil pita video ini nak tunjukkan kepada Chief Editor(s), media...''

Selain itu, Muhammad Shafee turut menyatakan, pendedahan yang dibuat trio itu bukan sahaja ingin menunjukkan keruntuhan moral oleh seorang tokoh pemimpin tetapi mereka juga risau mengenai keselamatan negara sekiranya individu terbabit mendapat kuasa.

"Kita sebagai orang awam sepatutnya berterima kasih di atas keberanian mereka mendedahkan perkara ini. Malangnya, mereka telah didakwa," sambung Muhammad Shafee.

Peguam itu turut menyatakan, trio terbabit tidak mendapat sebarang faedah sama ada dari segi wang ringgit atau lain-lain, tidak mendedahkannya kepada kanak-kanak dan telah bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Sebaliknya, kata peguam terbabit, Anwar yang sepatutnya didakwa di mahkamah atas tuduhan membuat laporan palsu kerana laporan pakar jelas menunjukkan bahawa terdapat persamaan antara pelaku seks video terbabit dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Muhammad Shafee ketika ditemui pemberita selepas prosiding memberitahu, mengikut analisis pengecaman wajah yang dibuat oleh pakar Amerika Syarikat dengan membandingkan antara imej lelaki dalam video dan beberapa keping gambar Anwar menunjukkan 99.99 peratus persamaan.

Sementara itu, peguam bela Shazryl, Zamani Ibrahim selain mengguna pakai hujah Muhammad Shafee, menyatakan, bekas Konsul Kehormat Diraja Thailand itu membuat kesalahan tersebut adalah bagi mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar bagi menjaga kepentingan awam.

''Dia hanyalah seorang penyampai mesej (messenger) dan tidak perlu dihukum dengan begitu teruk sekali. Dia juga tidak mempunyai sebarang niat tersembunyi ketika mendedahkan perkara itu,'' ujarnya.

Peguam bela, Suhaimi Salleh yang mewakili Shuaib pula menyatakan, anak guamnya menyertai trio terbabit bagi mendedahkan hipokrasi Anwar kepada masyarakat dan atas faktor kepentingan negara.

Kesemua peguam-peguam itu turut memohon agar mahkamah melepaskan kesemua anak guam mereka mengikut Seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah iaitu pembebasan secara bersyarat atau tidak bersyarat atas 'sumbangan' mereka tersebut.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Datuk T Kenalah Denda

Kami sudah lakukan kewajipan, ini pengorbanan kami - Trio Datuk 'T'

Trio Datuk 'T' menjadi tumpuan media ketika hadir di Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 24 Jun - "Sumpah laknat sudah dilakukan dan (hari ini) kami bertiga didakwa dan dihukum di mahkamah. Ini pengorbanan kami. Terpulang kepada rakyat untuk membuat pertimbangan.''

Demikian ujar ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung pendakwaan dan hukuman yang diterima Trio Datuk 'T' atas tuduhan menayangkan klip video seks seorang lelaki yang dikatakan mirip pemimpin parti pembangkang awal Mac lalu.

Menurut beliau, tindakannya dan dua lagi rakannya iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serta bekas Bendahari Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim bertindak mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan adalah atas dasar kebenaran.

"Kami dah tayangkan (klip video seks). Itu kami tidak boleh nafikan di mahkamah. Oleh yang demikian, kami kena mengaku bersalah.

"Lagipun, kami tayangkan klip tersebut untuk menegakkan kebenaran. Dituduh dan didakwa serta dijatuhkan hukuman, ini adalah pengorbanan kami.

"Justeru itu, kami sudah lakukan kewajipan kami. Terpulanglah kepada rakyat untuk menimbangkan segala apa yang telah kami usahakan demi kebenaran,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shazryl berkata, selepas segala usaha yang dilakukan untuk mendedahkan individu sebenar dalam klip video itu, beliau dan dua lagi rakannya menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak-pihak tertentu bagi merungkai kebenaran.

"Ramai yang sudah tahu siapa individu terbabit. Namun, berapa lama dia boleh bersembunyi di sebalik kebenaran?'' kata beliau.

Terdahulu, Abdul Rahim ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, pengorbanan mereka bertiga adalah demi mempertahankan kepentingan negara.

"Walaupun saya tidak berapa gembira dengan hukuman ini tetapi sebagai rakyat yang patriotik, kami sedia berkorban untuk memberitahu bahawa sikap hipokrit (individu dalam klip video) harus dihentikan.

"Kami yakin Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) terlibat dan melakukan maksiat. Pemimpin yang korup dari segi moral mudah sahaja terdedah dengan perkara-perkara korup lain. Anwar tidak layak jadi pemimpin.

"Kami korbankan diri kami bertiga supaya rakyat dapat menimbang dan menghakimi perkara sebenar. Menjadi harapan saya agar tiada lagi kenyataan berbunyi mirip... mirip... mirip... (individu dalam klip video) selepas ini,'' tegasnya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Friday, June 24, 2011

Datuk T Kena Bicara

'Kami sedia terima apa saja hukuman'

Oleh ZAINI HASSAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Jun - ''Kami lakukannya demi untuk tegakkan kebenaran. Oleh itu, kami sedia terima apa sahaja hukuman,'' kata Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengenai tuduhan yang bakal dihadapi oleh Trio Datuk 'T' di Mahkamah Majistret di sini pagi esok.

''Adakah salah apa yang kami lakukan ini? Anwar Ibrahim seolah-olah mahu kami dihukum sekeras-kerasnya. Siapa yang sepatutnya dihukum, beliau atau kami?"

''Kami mendedahkan salah laku pemimpin seperti beliau (Anwar), apakah itu salah? Jika beliau mahu kami dihukum sekeras-kerasnya, maka tiada siapa pun selepas ini yang akan berani ke hadapan untuk menyatakan kebenaran,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dua lagi Datuk 'T' yang akan dihadapkan ke mahkamah yang sama ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Anwar dalam kenyataannya kepada portal berita pembangkang, Malaysiakini semalam berkata, dia tidak yakin Trio Datuk 'T' itu akan dihukum keras oleh mahkamah.

Menurut Shazryl, jika dikaji secara mendalam mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan pun apabila mendedahkan perbuatan buruk Anwar itu.

''Kami hanya menayangkan kepada sekumpulan wartawan terpilih sebagai usaha terakhir mendedahkan 'rahsia' Anwar yang selama ini dijunjung tinggi oleh pembangkang sebagai pemimpin bersih.

''Anwar tidak boleh sama sekali bandingkan apa yang kami lakukan itu dengan perbuatan terkutuknya,'' katanya.

Kira-kira pukul 8 pagi esok, Trio Datuk 'T' itu akan didakwa berhubung isu penayangan video seks membabitkan seorang pemimpin yang dikatakan mirip Anwar bersetubuh dengan pelacur China.

Mereka bertiga difahamkan akan didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Eskay telah bersumpah di dalam sebuah masjid di Kuala Lumpur bahawa pelaku seks itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah pihak polis dan pakar antarabangsa turut mengesahkan kesahihan rakaman video seks itu.

us bankrup

Amerika Syarikat sebenarnya sudah bankrap - Tun Mahathir

KUALA LUMPUR 23 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Amerika Syarikat (AS) kini sebenarnya sudah bankrap tetapi menafikannya kerana beranggapan ia masih menjadi kuasa besar ekonomi dunia.

Berikutan itu, beliau melabelkan AS sebagai sebuah negara yang gagal di dalam ekonominya.

''AS sebenarnya sebuah negara yang gagal kerana bankrap, mencatatkan defisit berganda dan wang yang mereka ada pun adalah wang cetak.

''Tapi AS masih mahu menyangkal kedudukan mereka (bankrap),'' katanya ketika menyampaikan ucaptama di CEO Forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Secara sinikal Mahathir berkata, seandainya Malaysia mengalami kedudukan ekonomi yang sama seperti AS, sudah lama negara ini diisytiharkan bankrap.

Bagi menutup kelemahan mereka, AS terus sibuk memperjuangkan demokrasi liberal di Iraq, Afghanistan dan terbaharu di Libya.

Beliau berkata, negara-negara kaya selalu berada dalam radar persaingan sesama sendiri tetapi masih gagal untuk bersaing dengan negara-negara yang baru muncul.

''Negara-negara kaya ini selalu mendesak supaya negara-negara lain melakukan perubahan dan sasaran mereka adalah negara-negara kecil dan miskin.

''Tetapi, apabila melihat keadaan ekonomi negara-negara itu sekarang, nampaknya mereka juga tidak tahu untuk menguruskan kewangan mereka.

''Kegagalan mereka (kendalikan kewangan) menyebabkan negara-negara kecil turut merasai krisis ekonomi yang berpunca daripada mereka,'' tambahnya.

Sambil memberi contoh, Mahathir berkata, selain AS, Greece masih lagi dibelenggu dengan krisis hutangnya.

''Satu-satunya negara yang tidak menerima kesan daripada apa yang berlaku di negara-negara kaya ialah China.

''Sebaliknya, dengan kekayaan yang dimiliki China sekarang, negara itu mampu membeli bon-bon di AS,'' tambah beliau.

Thursday, June 23, 2011

Pelajar Asing

Cerita IPTS dengan pelajar asing

NEGARA kita memang unik. Selain kita ada pelbagai kaum, budaya, makanan dan sebagainya, kini Malaysia juga ada wajah-wajah dari seluruh dunia.

Tak payah ke daerah pedalaman China untuk melihat raut wajah 'amoi' yang putih gebu. Tak perlu beli tiket kapal terbang ke Mumbai, India kalau nak berjumpa pria ala-ala hero Bollywood. Begitu juga, tak usah susah-susah ke Afrika kalau nak lihat bagaimana rupa orang dari benua itu.

Hari-hari kita boleh lihat wanita China di pusat-pusat hiburan dan refleksologi. Tiada hari di seluruh pekan dan bandar kita tanpa kelibat pria Bangladesh dan Pakistan. Paling kita pelik, apa kerja Awang Hitam yang berkeliaran di kawasan perumahan tertentu.

Bagaimana warga asing yang kian berlonggok-longgok ini dapat masuk ke Malaysia. Bukan datang ikut tempoh malah sudah bagaikan jadikan negara kita seperti negara mereka pula. Tak payah tanya mereka bagaimana masuk ke Malaysia. Kita sendiri pun tahu. Selain permintaan guna tenaga pekerja asing untuk membantu segala bentuk ekonomi negara, kita juga mengalu-alukan pelancong dan pelajar asing.

Masalah berkaitan dengan warga asing nampaknya tidak ada episod akhir. Ceritanya akan terus bersambung. Skrip, plot dan pelakon utama dan pelakon tambahannya pun hampir sama.

Selepas riuh seketika kebanjiran pekerja asing tanpa izin dan kegemparan penyalahgunaan visa pelancong, putaran cerita kembali kepada pas pelajar asing.

Adakah kita terkejut dengan laporan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyenaraihitamkan lebih 20 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana menyalahgunakan pas lawatan pelajar asing.

Cuba kita menegur warga asing di mana-mana kompleks beli-belah, kalau dia tak mengaku sebagai pekerja, dia akan kata pelajar kolej swasta. Tak kiralah yang berkulit putih, kuning, cokelat ataupun hitam, ada kalangan mereka memiliki pas pelajar.

Semua ini berlaku sebab salah kita juga. Ada IPTS bukan benar-benar mahu tarik pelajar asing menuntut ilmu di negara kita. Entahlah ada sindiket atau tidak dalam kemasukan warga asing sebagai pelajar.

Kalau kita nafikan tidak ada sindiket, macam mana pula IPTS terbabit boleh memberi maklumat kurang tepat berkaitan diri pelajar asing.

Kalau diteliti kenyataan Ketua Sektor Operasi Unit Pemerdagangan Manusia Jabatan Imigresen, Abdul Hamid Ahmad, dalam siasatan unitnya ada IPTS yang mempunyai rekod pendaftaran pelajar asing lebih daripada 1,000 orang, sedangkan premis pengajian hanya mampu memuatkan 80 orang, maka apa motif penerimaan pelajar asing itu?

Pintar sungguh IPTS berkenaan cari duit mudah. Dengan mengimport pelajar asing, IPTS meluaskan skop bisnes melalui pemerdagangan manusia yang menguntungkan. Tak perlu mengajar dan sediakan tempat, daftarkan sahaja sebagai pelajar asing, mereka kaut untung dan biarkan warga asing 'belajar hidup' sendiri di negara ini.

Pihak terbabit pandai-pandai menukar status pas pelajar kepada pas untuk mencari kerja. Melihat perkembangan tidak sihat ini, ada baiknya permohonan kemasukan pelajar asing ke IPTS dikendalikan oleh satu jabatan khas di Kementerian Pengajian Tinggi.

Pastikan yang benar-benar ada kelayakan akademik yang sesuai dibenarkan menyambung pelajaran di IPTS. Kalau terus diberi kepada pihak pengurusan IPTS, cerita ini tidak akan selesai.