Monday, June 6, 2011

Khutbah Politik

Khutbah runsingkan makmum

ZAINAL
Alor Setar

PADA 27 Mei 2011 di Masjid Ubudiyah, Mergong, Alor Setar, Kedah, khatib telah membaca khutbah mengenai rasuah di negara kita. Khutbah itu telah mengutuk pemimpin-pemimpin yang kononnya mengamal rasuah.

Apa yang dikesalkan lagi ialah apabila khatib itu telah menyentuh berkenaan video yang mirip Ketua Pembangkang.

Beliau telah menuduh tayangan video itu sebagai satu fitnah kononnya untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang tersebut. Kononnya juga ia diadakan semata-mata untuk mengaibkan orang itu demi untuk menjatuhkan beliau dan untuk menyekatnya daripada terus berkuasa.

Saya sungguh kesal cara khatib itu membaca khutbah tersebut sedangkan di masjid lain imam membaca khutbah mengenai Hari Guru.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment