Saturday, June 18, 2011

BN Dah Laksana Kebajikan

BN model negara berkebajikan

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengutarakan dasar negara berkebajikan dalam ucapan beliau semasa muktamar parti itu, baru-baru ini.

Ia akan dilaksanakan sekiranya Pas dan parti pembangkang lain berjaya menerajui negara pada pilihan raya umum akan datang.

Pada hemat saya, model terbaik untuk diikuti Pas adalah yang telah dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang setiap tahun membelanjakan berbilion ringgit bagi membela golongan tidak berkemampuan.

Ini termasuk pelajar sekolah dan universiti, kanak-kanak, warga tua mahu pun orang kurang upaya.

Peruntukan yang dibelanjakan adalah selaras dengan kemampuan kewangan kerajaan sendiri bagi memastikan pendapatan dan perbelanjaan kerajaan sentiasa berimbang.

YOSRI ABU MAHSIN

Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment