Siapa lagi hina agama
PERSATUAN Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk ‘Kekeliruan Kes Rogol’ yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam. Katanya, penyiaran kartun itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.
Kalau begitu orang yang asal mengeluarkan ungkapan tersebut juga telah menghina Islam. Bacalah petikan Abdul Hadi dalam Muktamar Pas Ke-57 baru-baru ini mengenai penggunaan video seks lucah itu, barulah ramai akan faham bahawa Hadi mengatakan rakaman video itu hanyalah besi dan bukannya saksi manusia seramai empat orang. Maka ia tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah untuk dibuat penghakiman.
Itu Presiden Pas yang cakap. Ia kemudian diterjemah dalam bentuk kartun. PUM ada berani ambil tindakan ke atas Hadi?
ANTI PURA-PURA
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment