BERPOLITIK!!!
Tujuan aku menulis artikel ini bukanlah untuk mengutuk bangsa Melayu, tapi hanya ingin meluahkan apa yg telah lama aku pendamkan. Bagi aku, org Melayu ini hanya gah pada bilangannya saja kononnya mereka adalah kaum majoriti di negara ini. Tapi kualitinya jauh api dari panggang.
Perkembangan semasa menunjukkan Melayu sudah menjadi minoriti di sebalik bilangan mereka yg majoriti. Sejak dari zaman penjajah hinggalah kini org Melayu sudah lama kalah dari aspek ekonomi/perniagaan. Walaupun bilangan Melayu yg menceburi bidang tersebut kian meningkat tapi mereka tetap jauh tertinggal dari kaum minoriti yg telah lama menguasainya.
Bidang pendidikan juga begitu. Walaupun org Melayu/bumiputera diberikan kuota yg lebih banyak untuk kemasukan ke universiti tempatan, namun bilangan yg mendapat ijazah kelas pertama adalah sedikit berbanding kaum minoriti.
Dalam aspek pekerjaan pun menunjukkan masalah yg sama. Bilangan profesional Melayu dalam bidang kritikal seperti doktor, akauntan, jurutera dan peguam terus tertinggal berbanding kaum minoriti. Melayu hanya majoriti dalam bidang pekerjaan tertentu seperti askar, polis, guru dan jururawat.
Selepas menjadi minoriti dalam bidang-bidang di atas, satu lagi malapetaka yg bakal menterjerumuskan Melayu ke arah kehancuran ialah SUARA MELAYU SEMAKIN LEMAH DARI ASPEK POLITIK. Ya, Melayu semakin menuju ke arah menjadi minoriti dalam politik. Mengapa boleh jadi begitu? Jangan sesekali menyalahkan kaum lain di atas perkara tersebut. Mereka tidak salah. Mereka hanya mengambil kesempatan di atas kelemahan org Melayu. Ini semua adalah silap org Melayu sendiri.
Sejak dari merdeka, org Melayu memegang tampuk pemerintahan negara dengan jayanya. Walaupun memartabatkan apa yg dipanggil sebagai ketuanan Melayu, namun hak-hak kaum lain tetap tidak diabaikan. Inilah resipi kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya.
Tapi sejak akhir-akhir ini amalan tersebut semakin terhakis. Kekuatan org Melayu dalam politik Malaysia secara perlahan-lahan menjadi lemah. Org Melayu telah berpecah teruk. Ini kerana terdapat pengkhianat-pengkhianat Melayu yg sanggup bekerjasama degan puak anti-Melayu untuk merubah struktur negara.
Maaf cakap, bagi aku org Melayu memang mempunyai perilaku kurang bijak dalam berpolitik. Org Melayu suka berpolitik mengikut emosi. Contohnya, kalau terdapat satu isu yg tidak menyebelahi mereka seperti harga minyak naik, apa yg bakal terkeluar dari mulut mereka ialah "pilihanraya nanti aku takkan pangkah kerajaan lagi". Mudah saja mereka buat keputusan. Mereka tidak memiliki pertimbangan bijak dalam politik. Tingkahlaku sebegini boleh membawa kebinasaan kepada Melayu.
Satu lagi org Melayu tidak dapat membaca strategi/sepak terajang politik dengan baik. Contohnya, isu pilihanraya masjid di P.Pinang. Sudah terang lagi bersuluh agendanya adalah untuk memecahbelahkan org Melayu, tapi mereka (penjilat pakatan haram) terlalu bersangka baik dengan musuh. Sudahlah bodoh malah mereka menuduh pula UMNO dengki dan sengaja memperbesar-besarkan isu.
Selain itu, Melayu juga mudah terpikat dengan puak/individu yg kononnya mengamalkan Islam/kebudayaan Melayu. Contohnya, apabila ada ahli DAP dalam ceramah-ceramah menggunakan ayat al-Quran/hadis, mereka akan terus melabelkan bahawa DAP telah mula berjinak-jinak dengan Islam tanpa menyelidiki dahulu apa yg tersirat di sebalik perbuatan tersebut. Begitu juga semasa Lim Guan Eng mengisytiharkan yg dia akan mengamalkan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, terus saja penjilat PAS memujinya.
Org Melayu tidak nampak semua itu adalah strategi musuh-musuh Melayu-Islam untuk mengkhayalkan kita, seterusnya menghancurkan kita. Kita terlalu bersangka baik. Adalah lebih baik mereka berfikir begini: jika DAP suka sangat menggunakan ayat al-Quran/pemerintahan Islam, mengapa tidak saja mereka memeluk Islam?
Satu lagi perangai Melayu dalam berpolitik yg aku perhatikan adalah terlalu taksub dengan pemimpin. Mereka ini kadangkala mengangkat pemimpin mereka ke tahap tertinggi sehingga tidak boleh dikritik. Apa saja yg keluar dari mulut pemimpin mereka adalah fatwa yg perlu diikuti. Kerana taksub inilah apabila ada saja pendakwaan terhadap salah laku pemimpin mereka, mereka akan menuduh itu semua adalah konspirasi jahat. Mereka sama sekali tidak akan mempercayainya walaupun ia berlaku di depan mata sendiri.
Apa yg aku nak cakap, kalau perkara-perkara di atas terus berlaku, tidak mustahil satu masa nanti, org Melayu hanya akan tinggal nama saja. Dari majoriti menjadi minoriti. Dari pemerintah menjadi merempat. Dari bertaraf bumiputera menjadi rakyat yg tidak dikehendaki. Berubahlah sebelum terlambat.
sumber dari gerakan anti
dap
No comments:
Post a Comment