Islam akan terhakis kerana kejumudan
NAL INAT
Selangor
KOMEN Presiden Pas bahawa video seks itu hanya besi mengingatkan saya lebih kurang 40 tahun lalu, apabila saya memasuki jurusan sains. Ramai orang Melayu ketika itu berkata aliran itu sesuai untuk bukan Islam sahaja, tidak sesuai dengan orang Islam.
Memanglah video itu besi, tetapi zaman teknologi ini kita juga kena berubah.
Saidina Umar berpesan, didiklah anakmu sesuai dengan zaman di mana ia berada. Maknanya jangan kita ketinggalan.
Bila Mat Sabu menang, beliau berkata 'tak akan serang Anwar lagi. Sesuailah dengan reaksi Presiden tentang video seks itu. Semuanya menafikan bahawa itu DSAI.
Mudah sahaja, lepas ini Presiden Pas perlu bersumpah laknat bahawa itu hanya besi, bukan betul, bukan DSAI. Beranikah tuan Presiden?
Saya pun bukan ulama sehebat Presiden Pas, tetapi nanti di akhirat, akan ditanya apakah yang kamu lakukan semasa menjadi Presiden Pas tentang isu video seks itu, sehingga ramai pengikut juga percaya tentang kebatilan daripada kebenaran.
Sepatutnya Pas menyokong segera perbicaraan kes liwat untuk mencari kebenaran.
Nampak sangat Pas amat mempercayai DSAI daripada Saiful Bahri.
Ada atau tidak sesiapa dari Pas yang bertanya sendiri tentang kes ini pada Saiful Bahri. Kalau sudah dibuat, barulah buat keputusan, sama ada hendak percaya atau tidak.
Sebaliknya Pas terus menghukum salah BN dan memfitnah BN.
Mana cara keadilan yang dituntut oleh Islam yang dibawa oleh pejuang-pejuang Pas selama ini?
Sekali lagi ustaz-ustaz yang berceramah membuta tuli tentang isu liwat ini perlu bersedia bila disoal di mahkamah Allah SWT nanti. Apakah yang kamu ceramahkan sehingga Saiful Bahri menjadi terfitnah sebegitu rupa?
Ingatlah semua pemimpin Pas, anda mengubah hala tuju perjuangan, akhirnya Islam akan terhakis kerana kesilapan dan kejumudan pemikiran anda semua.
Berfikirlah secara waras. Mohonlah petunjuk Allah, benar atau tidak isu video seks itu. Solat hajat anda semua ulama yang hebat-hebat. Kalau dengan isu ini pun anda tersilap, apa lagi isu yang lebih besar.
Tingkah laku pemimpin Pas juga sedang diperhatikan. Apakah dibolehkan dalam Islam, mengata ulama lain sebagai tidak memahami Islam sebenar.
Hebat sangatkah tuan sebagai tuan guru. Mengatakan demokrasi Malaysia sebagai songsang tetapi melalui sistem yang songsang itulah tuan menjadi Ahli Parlimen dan melaluinya jugalah tuan dan rakan-rakan tuan berhajat ke Putrajaya.
TAJUK-TAJUK BERITA L
No comments:
Post a Comment