Tuesday, June 7, 2011

Takzir

Kesalahan takzir tak perlu empat saksi

VIDEO seks hanya besi merupakan kenyataan Abdul Hadi selaku Presiden Pas ketika berucap menggulung perbahasan pada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas ke-57 di Taman Melewar, Gombak.

Alasannya ialah video seks itu tidak boleh dijadikan bahan bukti membabitkan seseorang tokoh pembangkang yang mirip Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Kenyataan di luar konteks ilmu undang-undang kerana menebalnya kefahaman politik dan membugarnya jiwa menawan Putrajaya. Ini kerana Mahkamah Syariah mempunyai peruntukan menerima bahan bukti sama ada saksi manusia atau bahan dokumentari. Ini termasuklah terma perjanjian bertulis, dokumen, video dan DNA.

Walhal Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah telah menerima pakai bahan bukti yang sesuai dengan perkembangan teknologi sebagai inovasi agar tidak dilihat jumud dan mundur dalam mencari keadilan dan kebenaran.

Dalam kes pertuduhan jenayah zina di negara kita tidak bersifat kesalahan hudud dan hukuman juga tidak bersifat sedemikian. Pembuktian empat saksi di bawah undang-undang hudud tidak perlu sebaliknya undang-undang takzir disabitkan dengan keterangan dokumen dan teknologi.

Senjata ampuh menanam kebencian kepada pemerintah bahawa video seks tidak boleh dijadikan bahan bukti kesalahan zina memalukan penganut agama Islam yang tidak berparti politik.

Memanglah dalam hukum hudud sejak zaman permulaan Islam tiada mesin dan alat elektronik seperti video seks dan lucah untuk menjadi saksi kes zina, rogol, persundalan, lesbian, gay dan apa-apa maksiat keji.

Inilah suratan kepimpinan kononnya membawa agenda Islam tetapi sering tukar angin daripada slogan menubuhkan negara Islam kepada negara kebajikan. Mereka sedar untuk mendapat kuasa melalui slogan negara Islam tidak memberi keuntungan politik dan mendapat sokongan anggota pakatan pembangkang khususnya DAP yang sejak awal menentang penubuhan negara Islam mutlak.

Tambahan barisan kepimpinan baru memperlihatkan parti itu dalam proses menjadi parti yang sederhana menerima golongan sekular berbanding puak ulamak. Orang yang alim dan bijaksana berlatar belakang agama dan profesional berasaskan profesyen yang tinggi keilmuan dan kepakaran dalam sesuatu bidang dan disiplin seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Haron Din, Nik Amar dan beberapa lagi dipinggirkan secara berhemah melalui demokrasi ala barat.

DR. ZULKEFLEE YAACOB

Fakulti Bahasa dan Komunikasi,

UPSI, Tanjong Malim

No comments:

Post a Comment