ARKIB : 27/09/2012
Jelas kepada saya kedua-dua parti ini - UMNO dan Pas - yang dianggotai oleh majoriti kaum muslimin boleh bekerjasama dalam mempertahankan kesucian Islam apabila dicabar dan dihina.
Saya menghormati perjuangan Pas yang dahulunya berlandaskan prinsip dan perjuangan Islam. Para pemimpinnya juga menghayati falsafah dan nilai Islam, selain taqwa, amanah dan ikhlas.
Sungguhpun begitu, sejak menganggotai Pakatan Pembangkang timbul persepsi Pas sudah kehilangan jati diri asal. Contohnya seperti berikut:
* Tidak bersuara apabila Islam dihina oleh DAP
* Berdiam apabila Islam dimusuhi
* Membiarkan al-Quran dipermainkan dan dipergunakan oleh orang bukan Islam
* Bersekongkol dengan kumpulan yang menentang hukum Islam
* Tidak menolak isu moral dan maksiat yang bertentangan dengan akhlak Islam
* Membiarkan belia dan beliawanis Pas berkelakuan ganas dan biadab dalam perhimpunan haram.
Disebabkan kejadian-kejadian ini, saya semakin hilang keyakinan dan hormat kepada kepimpinan dan perjuangan Pas dalam mempertahankan kesucian Islam.
Namun tunjuk perasaan bersama antara UMNO dan Pas kali ini memberi satu petanda baik berhubung perpaduan umat Islam di negara ini.
Manusia merancang, Allah SWT juga merancang. Namun yang pasti, Allah SWT adalah perancang terbaik.
Ada hikmah isu penghinaan Islam ini. Islam tercabar dan kaumnya dihina membawa kesatuan dan perpaduan umat Islam.
Saya sangat berharap dan berdoa kepimpinan Pas akan mengembalikan maruah parti itu dengan meninggalkan pakatan pembangkang dan bersendirian tanpa memerlukan sekutu seperti DAP atau PKR.
Ini bagi membebaskan imejnya daripada terus tercalar dengan segala kecacatan yang dibawa oleh pakatan tersebut.
Tinggalkan segera pakatan
pas dikatakan telah hilang kredibiliti. Namun saya sangat terharu setelah membaca laporan akhbar Utusan Malaysia mengenai kesatuan dan perpaduan kaum muslimin, khususnya ahli UMNO dan Pas yang sama-sama bangun membantah dan menunjuk rasa marah berhubung isu penghinaan terhadap Rasullah SAW menerusi penayangan klip video Innocence of Muslims menerusi YouTube.Jelas kepada saya kedua-dua parti ini - UMNO dan Pas - yang dianggotai oleh majoriti kaum muslimin boleh bekerjasama dalam mempertahankan kesucian Islam apabila dicabar dan dihina.
Saya menghormati perjuangan Pas yang dahulunya berlandaskan prinsip dan perjuangan Islam. Para pemimpinnya juga menghayati falsafah dan nilai Islam, selain taqwa, amanah dan ikhlas.
Sungguhpun begitu, sejak menganggotai Pakatan Pembangkang timbul persepsi Pas sudah kehilangan jati diri asal. Contohnya seperti berikut:
* Tidak bersuara apabila Islam dihina oleh DAP
* Berdiam apabila Islam dimusuhi
* Membiarkan al-Quran dipermainkan dan dipergunakan oleh orang bukan Islam
* Bersekongkol dengan kumpulan yang menentang hukum Islam
* Tidak menolak isu moral dan maksiat yang bertentangan dengan akhlak Islam
* Membiarkan belia dan beliawanis Pas berkelakuan ganas dan biadab dalam perhimpunan haram.
Disebabkan kejadian-kejadian ini, saya semakin hilang keyakinan dan hormat kepada kepimpinan dan perjuangan Pas dalam mempertahankan kesucian Islam.
Namun tunjuk perasaan bersama antara UMNO dan Pas kali ini memberi satu petanda baik berhubung perpaduan umat Islam di negara ini.
Manusia merancang, Allah SWT juga merancang. Namun yang pasti, Allah SWT adalah perancang terbaik.
Ada hikmah isu penghinaan Islam ini. Islam tercabar dan kaumnya dihina membawa kesatuan dan perpaduan umat Islam.
Saya sangat berharap dan berdoa kepimpinan Pas akan mengembalikan maruah parti itu dengan meninggalkan pakatan pembangkang dan bersendirian tanpa memerlukan sekutu seperti DAP atau PKR.
Ini bagi membebaskan imejnya daripada terus tercalar dengan segala kecacatan yang dibawa oleh pakatan tersebut.
No comments:
Post a Comment