Wednesday, September 5, 2012

budaya pr pusing fakta

ARKIB : 04/09/2012

'Bongkar krisis air' satu penipuan

KAJANG 3 Sept. - Tindakan Kerajaan Pakatan Selangor yang ketika ini giat mengedarkan risalah 'Membongkar Rahsia Krisis Air Selangor' di majlis-majlis keramaian dan rumah terbuka di negeri ini dilihat satu helah untuk memperdaya orang ramai.
Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Hulu Langat, Datuk Johan Abd. Aziz berkata, risalah tersebut yang diedarkan kepada orang ramai itu mempunyai maklumat dan fakta yang salah.
"Sebagai contoh muka depan risalah ini yang tertera projek Langat 2 untuk syarikat kroni, walhal kerajaan sudah mengumumkan yang ia akan dilaksanakan secara tender terbuka.
"Sesiapa sahaja boleh masuk dan jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai orang korporat mahu tubuh syarikat pun boleh masuk. Jadi, jelas ia satu pembohongan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa sambutan Merdeka Raya UMNO Bahagian Hulu Langat yang dihadiri kira-kira 10,000 tetamu di Dataran Prima Saujana, Kajang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih itu menambah, perkara yang sebenar adalah Abdul Khalid sendiri mengiktiraf kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengenai krisis air yang melanda.
"Beliau baru-baru ini mengakui telah menyewa lori tangki untuk menghantar air ke kawasan yang mengalami gangguan, apa maknanya itu selain mengakui apa yang dikatakan oleh Syabas," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Johan turut menggesa Abdul Khalid menjelaskan perkara sebenar mengenai jumlah rezab tunai yang mencecah RM2.1 bilion seperti yang diumum olehnya baru-baru ini.
Menurutnya, jumlah itu bukan semata-mata hasil kerajaan negeri mahupun anak syarikatnya tetapi sebahagiannya adalah peruntukan tahunan kerajaan persekutuan melalui geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) yang diberi kepada setiap kerajaan negeri.
"Saya baru mendapat maklumat mengenainya dan jika benar perkara itu, ia bermakna mereka telah menyalahgunakan peruntukan sehingga RM70 juta untuk kegunaan rakyat.
"Perkara ini disahkan oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor yang mengakui duit itu bukan semuanya dana kerajaan negeri. Jadi Menteri Besar perlu jawab.
"Saya difahamkan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sepatutnya terima RM11 juta hanya dapat RM2 juta dan sebab itu kita lihat masih banyak jalan-jalan di kawasan perumahan yang berlubang walaupun kerajaan persekutuan sudah menyalurkan dana setiap tahun," ujarnya.

No comments:

Post a Comment