Friday, September 7, 2012

sudah minta maaf

Ammar: Saya minta maaf, saya tak dibayar sesiapa
KAMARUL HALIM M KAMAL
7 September 2012
Ammar
Ammar pada sidang media di rumahnya di Batu Pahat, petang ini. - Foto Sinar Harian
BATU PAHAT - Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.

"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, sebentar tadi.

Ammar juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment