ARKIB : 24/09/2012
Menurut pengasas Pas Kelantan Wan Ismail Wan Ahmad, undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 25 November 1993 itu disifatkan tidak masuk akal, pelik dan lebih bermotifkan politik.
Apa tidaknya, setiap kes yang berlaku akan diadili dengan sistem yang dilihat lebih menganiaya mangsa daripada menghukum pesalah.
Contohnya jika seorang wanita dirogol dan didapati mengandung anak luar nikah, maka dia perlu mengemukakan empat orang saksi. Sekiranya gagal maka wanita itu akan disebat 100 kali.
Kes yang sama juga berlaku terhadap penzina. Walaupun mereka yang ditangkap berzina telah mengaku salah dan disertakan dengan empat saksi, tetapi dalam tempoh 14 hari jika salah seorang saksi terbabit menarik balik ,maka penzina terbabit akan dilepaskan. Sebaliknya tiga orang saksi tadi pula yang akan disebat 80 kali. Tidakkah itu pelik?
Justeru, tidak hairanlah jika kerajaan ketika itu tidak membenarkan Pas melaksanakan undang-undang tersebut. Sememangnya jelas undang-undang tersebut tidak selari dengan kehendak Islam, dengan kata lain tidak layak digelar hudud.
Ekoran daripada sekatan (tidak dibenarkan Kerajaan Pusat) itu, maka Pas menjadikan UMNO sebagai punca Kelantan tidak melaksanakan hukuman hudud.
Seterusnya sekatan itu dijadikan modal politik untuk mendakwa UMNO yang menentang hudud, bukannya Pas yang sengaja tidak melaksanakannya walaupun sudah lebih 20 tahun memerintah.
Hingga kini pun Pas masih dilihat tidak adil dalam pelaksanaan hukuman Islam tersebut apabila mendakwa hudud hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja.
Sedangkan setiap rakyat yang bernaung di bawah satu-satu pemerintahan perlu akur dan tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan tanpa mengira kaum mahupun agama. Itulah sebabnya hudud Pas tidak mendapat sokongan rakyat dan UMNO, jauh sekali untuk mendapat keredaan dan pertolongan-Nya.
Maka di saat Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) hampir tiba, saya menyeru seluruh rakyat terutama umat Islam agar tidak terpedaya dengan Pas yang menjadikan hudud sebagai modal politik termahalnya.
Lebih-lebih lagi hudud Pas hanya bergema di saat pilihan raya sahaja, dengan kata lain ia bermusim. Apatah lagi Islam menyeru umatnya bersatu untuk menjayakan sesuatu perjuangan sedangkan Pas menentang umatnya bersatu (Pas dan UMNO).
Pihak yang menjadikan Islam disegani ditentang dan dimusuhi sebaliknya menjadikan musuh dan penentang Islam sebagai rakan. Itulah Pas, parti politik bukannya pejuang agama.
Hudud Pas tak selari tuntutan Islam
SAYA terkejut apabila mengetahui Kanun Jenayah Syariah 1993, iaitu undang-undang syariah (hudud) yang pernah cuba diperkenalkan oleh parti Pas di Kelantan satu ketika dahulu rupanya tidak selari dengan tuntutan Islam yang sebenar.Menurut pengasas Pas Kelantan Wan Ismail Wan Ahmad, undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 25 November 1993 itu disifatkan tidak masuk akal, pelik dan lebih bermotifkan politik.
Apa tidaknya, setiap kes yang berlaku akan diadili dengan sistem yang dilihat lebih menganiaya mangsa daripada menghukum pesalah.
Contohnya jika seorang wanita dirogol dan didapati mengandung anak luar nikah, maka dia perlu mengemukakan empat orang saksi. Sekiranya gagal maka wanita itu akan disebat 100 kali.
Kes yang sama juga berlaku terhadap penzina. Walaupun mereka yang ditangkap berzina telah mengaku salah dan disertakan dengan empat saksi, tetapi dalam tempoh 14 hari jika salah seorang saksi terbabit menarik balik ,maka penzina terbabit akan dilepaskan. Sebaliknya tiga orang saksi tadi pula yang akan disebat 80 kali. Tidakkah itu pelik?
Justeru, tidak hairanlah jika kerajaan ketika itu tidak membenarkan Pas melaksanakan undang-undang tersebut. Sememangnya jelas undang-undang tersebut tidak selari dengan kehendak Islam, dengan kata lain tidak layak digelar hudud.
Ekoran daripada sekatan (tidak dibenarkan Kerajaan Pusat) itu, maka Pas menjadikan UMNO sebagai punca Kelantan tidak melaksanakan hukuman hudud.
Seterusnya sekatan itu dijadikan modal politik untuk mendakwa UMNO yang menentang hudud, bukannya Pas yang sengaja tidak melaksanakannya walaupun sudah lebih 20 tahun memerintah.
Hingga kini pun Pas masih dilihat tidak adil dalam pelaksanaan hukuman Islam tersebut apabila mendakwa hudud hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja.
Sedangkan setiap rakyat yang bernaung di bawah satu-satu pemerintahan perlu akur dan tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan tanpa mengira kaum mahupun agama. Itulah sebabnya hudud Pas tidak mendapat sokongan rakyat dan UMNO, jauh sekali untuk mendapat keredaan dan pertolongan-Nya.
Maka di saat Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) hampir tiba, saya menyeru seluruh rakyat terutama umat Islam agar tidak terpedaya dengan Pas yang menjadikan hudud sebagai modal politik termahalnya.
Lebih-lebih lagi hudud Pas hanya bergema di saat pilihan raya sahaja, dengan kata lain ia bermusim. Apatah lagi Islam menyeru umatnya bersatu untuk menjayakan sesuatu perjuangan sedangkan Pas menentang umatnya bersatu (Pas dan UMNO).
Pihak yang menjadikan Islam disegani ditentang dan dimusuhi sebaliknya menjadikan musuh dan penentang Islam sebagai rakan. Itulah Pas, parti politik bukannya pejuang agama.
No comments:
Post a Comment