Friday, September 7, 2012

melayu


mrnrmelayu
September 5, 2012 at 6:01 pm | Permalink
Assalammualaikum Tun,
Terharu bila memikirkan luahan Tun yang banyak kebenarannya. Saya berpendapat bahawa berikut adalah antara penyebab2 utama
1. Melayu sudah berpecah dan punca utama kerana berbeza pendapat tentang politik. Apa yang saya amati, kita tidak boleh terima apabila orang lain tidak bersetuju dengan pendapat kita.
2. Mudah terpengaruh. Selalu menyangka budaya & bangsa lain lebih baik kerana menyangka “the grass on the other side is always greener”
3. Tidak yakin pada bangsa sendiri dan takut “lawan towkey”
Untuk melihat bagaimana Melayu hilang, maka lihat lah apa terjadi di MISC. Walaupun diketuai oleh orang melayu, tetapi kerana tak percaya bangsa sendiri atau takut “lawan towkey”, telah melantik orang2 bukan melayu dijawatan penting. Tanpa disedari, sebelum penutupan Liner service, ramai pegawai2 & pelaut2 melayu yang berada di tanker, chemical & LNG division telah dipindahkan ke liner service atas pelbagai alasan kononnya. Maka bila pengumuman tentang penutupan, majority pekerja melayu hilang pekerjaan dan suara melayu di MISC sedikit demi sedikit hilang. Walaupun masih ramai yang tinggal, tetapi mereka tidak mampu menongkah arus dan suara mereka tidak lagi didengari. Saya yakin, lambat laun hilang lah Melayu dibumi MISC. Ciri2 yang sama telah mula kelihatan di petronas, walaupun ramai melayu tetapi telah mula hilang suara.
Mampukah setiap orang melayu, tidak kira siapa dan dimana jua, mampu meletakkan kepentingan bangsa melayu kepentingan peribadi? Selagi kita tidak mampu, maka kita akan terus berpecah dan lama kelamaan akan pupus, yang tinggal hanya kenangan.
Sebagai perbandingan kenapa bangsa cina boleh kekal wujud beribu2 tahun, inilah pengalaman saya…
Ramadan lalu, telepon mudahalih saya rosak. Maka saya dengan rakan yang bekerja sendiri sebagai pembaikpulih computer dan telepon mudahalih pergi ke Plaza Low yat. Setelah bertanya harga dibeberapa kedai, dia membawa saya kekedai yang hanya menjual alat ganti telepon mudah alih sahaja. Tanda harga untuk alat ganti yang saya perlukan adalah RM280, dan harga yang diberikan kepada saya adalah RM250 termasuk upah pasang sepertimana harga tawaran yang diberikan oleh kedai2 lain. Setelah saya cuba menawar agar harga diturunkan tidak dilayan, maka saya pun bersetuju.
Sementara menunggu, saya memerhatikan kehadiran seorang pelanggan bangsa Cina. Beliau telah meminta sesuatu dan maka pelayan tersebut terus mengambil barang lalu diberikan kepada pelanggan tersebut. Saya lihat, pelanggan tersebut mengeluarkan wang RM100 lalu diberikan kepada pelayan dan pelayan tersebut memulang sejumlah wang yang saya tidak pasti jumlah nya. Setelah pelanggan tersebut itu beredar, maka saya pergi untuk melihat tanda harga alat ganti tersebut. Agak terkejut apabila melihat tanda harga yang paling murah adalah RM230 dan saya juga sempat menjeling resit yang dikeluarkan dengan harga RM85. Tanpa perlu tawar menawar, pelanggan cina ini telah diberi discount 63% berbanding dengan saya hanya 10%.
Maka saya memberitahu kawan saya bahawa, perniagaan beliau tidak akan untung kalau hendak bersaing dengan peniaga cina kerana harga alatganti yang mereka dapat 63% lebih murah. Bukan itu sahaja, walaupun mereka bersaing seperti di Plaza Low Yat ini, mereka mengamalkan persaingan yang sihat sesama mereka dan mengawal harga. Kerjasama demi kepentingan bersama tanpa perjanjian bertulis.
Saya pernah bertanya dengan rakan kerja saya berbangsa Cina, kenapa pelanggan Cina mendapat harga lebih murah tanpa perlu meminta discount berbanding dengan pelanggan melayu. Beliau mengakui ini benar dan tidak tahu kenapa berlaku. Kesimpulan yang saya ambil, walaupun mereka mungkin berbeza latarbelakang, politik mahupun agama tetapi mereka tetap bersatu dalam menjaga kepentingan bangsa sendiri.
Maka Bangsa Melayu akan terus kekal dan releven kalau kita bersatu.
Apakah kita mampu bersatu? Ya.
Apakah asas yang mampu menyatukan bangsa melayu? Tidak ada jawapan lain yang dapat saya fikirkan melainkan ISLAM
Bagaimana? Dengan meletakkan kepentingan ISLAM & Melayu mengatasi kepentingan peribadi
sekian, wassalam…

No comments:

Post a Comment