KUALA LUMPUR: “Ini adalah ibu kepada segala hipokrasi Barat,” tegas
Tun Dr Mahathir Mohamad yang merujuk kepada sikap hipokrit Barat dalam
isu penghinaan Nabi Muhammad SAW yang mendakwa ia adalah kebebasan
bersuara sedangkan pada masa sama mereka bersungguh-sungguh menghalang
penerbitan foto separuh bogel Duchess of Cambridge, Kate Middleton.
Bekas Perdana Menteri menegaskan, kebebasan bersuara yang dilaungkan Barat adalah terpilih apabila ia hanya diguna pakai dalam hal menghina Rasululullah SAW.
“Saya tahu terlalu banyak hipokrit di Barat. Hillary Clinton (Setiausaha Negara Amerika Syarikat) kata filem yang menghina Islam tidak boleh dihentikan kerana kebebasan bersuara.
“Tetapi apabila akhbar Perancis dan Itali menyebarkan foto Duchess of Cambridge dengan segera mahkamah di sana mengarahkan semua gambar pasangan diraja diserahkan kepada pihak berkuasa dan penerbitannya hendaklah dihentikan begitu juga di Itali.
“Jadi, kebebasan bersuara adalah terpilih,” katanya dalam entri terbaru di blog chedet.cc di sini, semalam.
Sepanjang minggu ini, umat Islam di seluruh dunia melancarkan protes besar-besaran terhadap filem anti-Islam, Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Protes itu turut disertai beberapa negara bukan Islam termasuk Russia dan Jerman yang mengharamkan penayangan filem berkenaan.
Eropah ketika ini bimbang berlaku pertumpahan darah jika filem itu terus ditayangkan.
Kebimbangan itu bertambah berikutan tindakan sebuah majalah satira
Perancis, Charlie Hebdo menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW yang
mengaibkan sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu
serta menambah kemarahan umat Islam. Dr Mahathir berkata,
nilai-nilai Barat sekarang semakin menggila kerana atas nama hak asasi
manusia dan kebebasan bersuara mereka boleh menghina sesiapa saja.
Katanya, jenis masyarakat yang seperti apa mereka jika cacian dan perbuatan merendahkan martabat orang lain boleh dilakukan sesuka hati.
Pastinya, tegas beliau, tidak akan ada lagi keamanan sama ada antara negara, kaum atau di kalangan masyarakat jika sikap sedemikian menjadi amalan.
Tegas beliau, nilai-nilai Barat bukan bersifat universal walaupun apa juga dakwaan atau kepercayaan yang mereka perjuangkan.
“Orang lain dan di Asia ada nilai tersendiri. Jika Barat menganggap bahawa kebebasan mesti dinikmati semua, mesti sejagat maka nilai-nilai lain juga perlu diamalkan oleh pihak lain,” katanya.
Sebaliknya, kata beliau, jika Barat tidak percaya bahawa orang lain tidak boleh mengamalkan nilai mereka, maka mereka sebenarnya tidak percaya dengan kebebasan sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia.
“Sudah tentu sebahagian kebebasan adalah untuk mereka (Barat) semata-mata seperti membunuh manusia termasuk mereka yang tidak bersalah... itu jelas adalah kebebasan Barat,” katanya.
Dr Mahathir berkata, itu bermakna Barat lebih bersikap autokrasi dan tidak demokratik daripada pihak yang dituduh mereka bersikap demikian.
Bekas Perdana Menteri menegaskan, kebebasan bersuara yang dilaungkan Barat adalah terpilih apabila ia hanya diguna pakai dalam hal menghina Rasululullah SAW.
“Saya tahu terlalu banyak hipokrit di Barat. Hillary Clinton (Setiausaha Negara Amerika Syarikat) kata filem yang menghina Islam tidak boleh dihentikan kerana kebebasan bersuara.
“Tetapi apabila akhbar Perancis dan Itali menyebarkan foto Duchess of Cambridge dengan segera mahkamah di sana mengarahkan semua gambar pasangan diraja diserahkan kepada pihak berkuasa dan penerbitannya hendaklah dihentikan begitu juga di Itali.
“Jadi, kebebasan bersuara adalah terpilih,” katanya dalam entri terbaru di blog chedet.cc di sini, semalam.
Sepanjang minggu ini, umat Islam di seluruh dunia melancarkan protes besar-besaran terhadap filem anti-Islam, Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Eropah ketika ini bimbang berlaku pertumpahan darah jika filem itu terus ditayangkan.
Katanya, jenis masyarakat yang seperti apa mereka jika cacian dan perbuatan merendahkan martabat orang lain boleh dilakukan sesuka hati.
Pastinya, tegas beliau, tidak akan ada lagi keamanan sama ada antara negara, kaum atau di kalangan masyarakat jika sikap sedemikian menjadi amalan.
Tegas beliau, nilai-nilai Barat bukan bersifat universal walaupun apa juga dakwaan atau kepercayaan yang mereka perjuangkan.
“Orang lain dan di Asia ada nilai tersendiri. Jika Barat menganggap bahawa kebebasan mesti dinikmati semua, mesti sejagat maka nilai-nilai lain juga perlu diamalkan oleh pihak lain,” katanya.
Sebaliknya, kata beliau, jika Barat tidak percaya bahawa orang lain tidak boleh mengamalkan nilai mereka, maka mereka sebenarnya tidak percaya dengan kebebasan sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia.
“Sudah tentu sebahagian kebebasan adalah untuk mereka (Barat) semata-mata seperti membunuh manusia termasuk mereka yang tidak bersalah... itu jelas adalah kebebasan Barat,” katanya.
Dr Mahathir berkata, itu bermakna Barat lebih bersikap autokrasi dan tidak demokratik daripada pihak yang dituduh mereka bersikap demikian.
No comments:
Post a Comment