KUALA LUMPUR: Orang Melayu kini semakin gentar mempertahankan hak sendiri mengakibatkan kaum lain mengambil kesempatan atas kelemahan mereka.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan sejak kebelakangan ini suara membela hak Melayu kian hilang kerana sebilangan besar pemimpin masyarakat itu seolah-olah takut dengan tekanan pihak lain.
“Mana ada lagi dengar pemimpin Melayu yang lantang, nak kritik pembangkang khususnya (Datuk Seri) Anwar Ibrahim pun takut.
“Kita orang Melayu bukan nak ganggu hak kaum lain, tetapi sekadar mahu mempertahankan hak sendiri, tapi itu pun dah hampir hilang. Di mana kekuatan kita sekarang,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Hari Raya Umno Wilayah Persekutuan di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment