Wednesday, May 8, 2013

puak pr selalu pukul orang

ARKIB : 06/05/2013

2 petugas jentera cedera dipukul penyokong pembangkang

IPOH 6 Mei - Dua petugas jentera parti di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Cawangan Changkat Jering dekat sini cedera selepas diserang dan dipukul sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti pembangkang malam tadi.
Dalam kejadian pukul 11 malam itu, kumpulan lelaki seramai kira-kira 150 yang datang secara tiba-tiba telah bertindak ganas sambil melakukan provokasi di hadapan bilik gerakan berkenaan.
Kejadian dipercayai berlaku tidak lama selepas keputusan tidak rasmi menunjukkan BN kembali membentuk kerajaan negeri selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-13 semalam.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Supritendan Maszely Minhat berkata, sebahagian daripada mereka memukul enam petugas BN yang berada di dalam bilik gerakan tersebut menyebabkan dua daripadanya mengalami kecederaan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130506/je_05/2-petugas-jentera-cedera-dipukul-penyokong-pembangkang#ixzz2Se59im6r
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment