ARKIB : 02/05/2013
KUALA LUMPUR 1 Mei - Tanpa perasaan bersalah,
Yang Dipertua Pas kawasan Gombak, Salehuddin Nasir mengaku menggunakan
mimbar khutbah Jumaat untuk berpolitik bagi 'menghentam' ahli UMNO.
Beliau yang berkongsi pengalamannya sebagai khatib solat Jumaat memberitahu, matanya juga akan melilau mencari orang UMNO untuk dijadikan sasaran dalam khutbahnya.
"Saya kalau khutbah Jumaat, pegang tongkat, ketika mula nak khutbah sebut Alhamdulillah, gedebak-gedebuk sudah tujuh minit setengah, itu tidak masuk kifayah ibadah, Ittakullah.
"Sambil berselawat, dok berpusing-pusing sebab mata nak tengok ramai tak orang UMNO dalam masjid, lepas itu kita taji dalam khutbah," katanya ketika berceramah dalam program pakatan pembangkang di Seksyen 10 Wangsa Maju di sini malam tadi.
Salehuddin dan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli adalah antara pemimpin pembangkang yang 'diimport' oleh calon PKR bagi Parlimen Setiawangsa, Ibrahim Yaacob untuk berceramah di kawasannya bagi Pilihan Raya Umum ke-13.
Tindakan Salehuddin yang berpolitik di dalam masjid dilihat mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang masjid dijadikan gelanggang politik kerana kesannya kepada perpaduan umat Islam.
"Tujuan beta melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik adalah untuk mengelak berlakunya perpecahan ummah dalam kalangan masyarakat," titah Sultan Sharafuddin ketika merasmikan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pada 17 Mac lalu.
Dalam ceramah di hadapan penyokong pakatan pembangkang itu, Salehuddin turut mempersoalkan sekatan yang dikenakan oleh Jabatan Agama Islam negeri Selangor (JAIS) terhadap calon-calon yang bertanding untuk berkhutbah dalam solat Jumaat sepanjang tempoh kempen ini.
"Sudah ada arahan dikeluarkan di negeri Selangor, semua calon tidak dibenarkan naik mimbar membuat khutbah hari Jumaat akan datang.
"Sampai mimbar pun mereka sekat, mereka tahu calon-calon Pas adalah para ulama yang mampu berkhutbah tanpa teks di khalayak ramai," katanya yang berasal dari Kelantan.
Sementara itu, dalam ceramahnya, Salehuddin turut memberi pujian melambung kepada pemimpin DAP yang didakwanya begitu berprinsip bagi menolak sebarang bintang darjah penghormatan yang dikurniakan oleh raja-raja Melayu.
"Sebab mahu tunjuk keikhlasan, dia bekerja kerana rakyat, bukan kedudukan, gelaran dan pangkat, sampai hari ini tidak ada seorang pun yang bergelar Datuk dalam DAP, kalau berceramah kita panggil dipersilakan saudara Lim Kit Siang, saudara, tiada Datuk, tiada apa," katanya.
Salehuddin nyata tersilap fakta kerana Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menerima darjah kurnia daripada Sultan Perak manakala Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim menerima darjah kurnia daripada Sultan Selangor.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130502/po_08/Pas-Gombak-mengaku-guna-mimbar-Jumaat-untuk-taji-UMNO#ixzz2SB3G1WNZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pas Gombak mengaku guna mimbar Jumaat untuk 'taji' UMNO

No comments:
Post a Comment