Politik Malaysia 'mengelirukan' - Kay Kim
Lantas beliau memberitahu: "Saya sudah 76 tahun, tapi yang pasti saya keliru dengan apa yang berlaku, apa yang dulunya tak macam ini."
Beliau mengulas secara jujur tentang hasil keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang dikatakan banyak pihak berupa'tsunami Cina' akibat tohmahan dan pembohongan DAP membangkitkan sentimen perkauman.
"Saya jadi keliru sebab apa yang berlaku di satu-satu kawasan itu hanya (pengundi di) kawasan itu sahaja yang boleh tahu.
"Kita berada di Kuala Lumpur, apa yang berlaku di Gelang Patah dan Temerloh susah untuk kita buat kesimpulan," kata beliau ketika dihubungi.
Kay Kim berkata, beliau sungguh terkejut dengan kekalahan mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di Temerloh.
"Padahal ramai kalangan kita bersetuju bahawa Saifuddin banyak membantu penuntut universiti, antaranya beliau menghapuskan peraturan di universiti yang mengekang penuntut memainkan peranan dalam politik.
"Dahulu, biasanya penuntut universiti memang berpihak kepada pembangkang, tapi kali ini sebelum PRU-13, ramai penuntut universiti sokong Barisan Nasional (BN) yang kita boleh lihat dari hasil pilihan raya universiti, jika tidak dulu, mereka sentiasa anti kerajaan.
"Tapi kenapa Saifuddin kalah di Temerloh, inilah saya keliru," katanya.
Mengenai tsunami Cina yang dibangkitkan dalam PRU-13 ini, kata Kay Kim: "Itupun satu masalah. Saya dengar-dengarlah ini bukan semata-mata pengundi Cina sahaja yang tidak begitu setuju dengan BN, mereka kata orang Melayu di bandar pun ramai yang tak setuju dengan BN.
"Kalau nak dikatakan orang Cina telah main peranan besar, tidaklah tepat tanggapan itu. Kita perlu tahu bilangan orang Cina tak sampai 30 peratus, mereka bukan begitu berpengaruh."
Ditanya mengapa pakatan pembangkang masih berterusan enggan mengiktiraf kemenangan BN Ahad lalu, antaranya tetap menganjurkan perhimpunan membantah keputusan PRU-13, beliau berkata: "Anwar Ibrahim sejak di universiti memang dia 'popular', entah 'macam mana dia boleh tarik orang'.
"Itulah dia orang (pakatan pembangkang) kata dia ada harapan untuk ambil-alih Putrajaya, kemudian tak berjaya, dan dia (Anwar) tak mahu terima keputusan.
"Dulu, dia (Anwar) kata juga nak ambil alih pemerintahan pada 16 September (2008), dia pernah sebutkan, tapi apa sudah jadi, tak menjadi."
Kay Kim ditanya lagi oleh penulis pandangannya kalau dikira apa yang dikatakan istilah tsunami Cina atau apa sahaja yang berkait isu perkauman sebenarnya memang berlaku dalam PRU-13. Kata beliau:
"Masalahnya di negara kita ini, tiap-tiap kaum sekarang sejak dahulu lagi hanya mengutarakan kepentingan kaum masing-masing sendiri.
"Saya ada bukti British sejak 1949 telah cuba menyatupadukan semua kaum tapi mereka gagal. Sekarang kita kata British amalkan dasar Pecah-Perintah tetapi sebenarnya penduduk (kaum-kaum di) Malaysia ini lebih suka hidup berasingan.
"Pada awal 60-an, parti Perikatan cuba menyatupadukan kaum dengan tubuhkan satu cawangan yang dipanggil ARMO atau Alliance the Right Membership Organisation untuk membolehkan penduduk tanpa mengira kaum di negara ini menjadi ahli Perikatan secara langsung dan bukan spesifik melalui MCA, MIC atau UMNO.
"ARMO bertujuan membolehkan rakyat menjadi ahli Perikatan secara langsung tetapi malangnya ARMO gagal." Sebelum mengakhiri perbualan, Kay Kim menyarankan pihak Utusan Malaysia mengambil peranan untuk membuat kajian mengenai keputusan PRU-13.
"Saya fikir Utusan Malaysia boleh membantu sebab mereka ada machinenary (jentera), cari orang di satu-satu tempat itu dan cuba kumpulkan maklumat.
"Dan berasaskan maklumat itu, baru kita tahu hasilnya. Kita perlu siasat, yang mana mereka (pembangkang) temberang atau tidak. Kalau tidak, kita seperti mana biasa akan dapat berita-berita salah atau tidak tepat dalam facebook atau laman sosial lain, keadaannya nanti cukup mengelirukan," kata Kay Kim.
No comments:
Post a Comment