ARKIB : 21/03/2013
KUALA LUMPUR 20 Mac - Ekonomi Malaysia dijangka
berkembang kukuh sekitar 5.0 hingga 6.0 peratus tahun ini, didorong oleh
permintaan domestik dan pemulihan sektor luaran selepas merekodkan
pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus pada 2012.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pelaburan swasta dijangka terus berkembang kukuh didorong oleh pertambahan kapasiti oleh syarikat-syarikat berorientasikan domestik dan eksport.
Bagaimanapun, penggunaan swasta dijangka sederhana pada separuh kedua tahun ini walaupun sektor tenaga kerja dan pendapatan terus memberi sokongan positif.
"Terdapat petunjuk positif yang memberi gambaran bahawa permintaan global akan pulih ditambah dengan ekonomi serantau yang kekal mapan pada tahun ini.
"Walaupun terdapat beberapa sektor yang menunjukkan pertumbuhan sederhana, kami tidak begitu risau mengenai perkara itu kerana sektor kepenggunaan dan permintaan masih kekal kukuh.
"Malah terdapat elemen lain yang menyokong pertumbuhan iaitu eksport, didorong oleh pemulihan permintaan dan ini membuatkan ekonomi Malaysia mampu berkembang sebanyak lima hingga enam peratus tahun ini," katanya semasa Taklimat Media Laporan Tahunan 2012 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2012 di sini hari ini.
Menurut Zeti, pertumbuhan perbelanjaan kerajaan pula dijangka menyusut pada 2013 didorong oleh konsolidasi fiskal yang sedang dijalankan oleh kerajaan bagi mengurangkan defisit.
Katanya, ini sejajar dengan peranan besar yang dimainkan oleh sektor swasta di dalam menjayakan projek-projek pembangunan.
Kadar inflasi pula dijangka berada di sekitar dua hingga tiga peratus secara purata tahun ini didorong oleh peningkatan harga global komoditi makanan serta beberapa penyesuaian harga di peringkat domestik.
Dari segi dasar monetari pula, Zeti berkata, Bank Negara akan meneruskan fokus terhadap momentum pertumbuhan ekonomi tempatan, selain menyediakan kemudahan terhadap transformasi ekonomi jangka panjang.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan kedudukan kewangan Bank Negara yang kukuh dengan aset keseluruhan berjumlah RM476.3 bilion, manakala keuntungan bersih direkodkan sebanyak RM5.6 bilion bagi tahun kewangan 31 Disember 2012.
Bank pusat itu juga turut membuat pembayaran dividen sebanyak RM1.5 bilion kepada kerajaan tahun lalu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130321/ek_02/Ekonomi-terus-kukuh-2013#ixzz2Sb3lcbGe
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ekonomi terus kukuh 2013

No comments:
Post a Comment