Analisa dan ulasan keputusan PRU-13
Gambar hiasan Dato Siti Nurhaliza mengundi. |
1. Seperti yang aku tulis sebelum ini, aku dah cakap BN pasti akan menang lagi. Walau kita nampak trend di Internet lebih banyak memihak kepada PR, tapi ia sebenarnya tidak menggambarkan keseluruhan pengundi di Malaysia sebab tak semua golongan guna Internet, dan kalau ada pun tak semua gunakan Internet untuk mencari info berkaitan politik.
2. Ini merupakan kemenangan pertama BN di bawah DS Najib, namun prestasinya lebih teruk sedikit berbanding ketika diterajui Pak Lah pada PRU12 sehingga menyebabkan Pak Lah mengambil tanggungjawab dan mengundurkan diri menyerahkan jawatan kepada DS Najib. Kini adakah DS Najib juga akan mengambil keputusan yang sama, kita tidak tahu. Hakikatnya, kerajaan yang akan ditubuhkan bukan semakin kuat sebaliknya semakin lemah, manakala pembangkang walaupun kalah, namun mereka telah menjadi pembangkang yang lebih kuat daripada sebelum ini.
Kerusi Parlimen | ||||
PRU12 (2008) | 140 | 23 | 28 | 31 |
82 | ||||
PRU13 (2013) | 133 | 21 | 38 | 30 |
89 |
3. Pakatan Rakyat semakin mengukuhkan kedudukan mereka di Pulau Pinang dan Selangor dengan mendapat majoriti 2/3, begitu juga di Kelantan walaupun merosot sedikit. BN berjaya merampas semula Kedah dan mengekalkan Perak dengan majoriti mudah. Begitu juga di Terengganu dan Negeri Sembilan, manakala di negeri2 lain BN menang dengan majoriti 2/3.
Antara kejayaan BN merampas kembali Kedah juga dilihat mungkin kerana faktor "Mukhriz" yang merupakan anak kepada Tun Mahathir yang akan dilantik menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya BN berjaya merampas kembali Kedah. Mungkin kerana karisma bapanya yang boleh dilihat dalam diri Mukhriz Mahathir menjadi pengaruh utama pengundi Kedah untuk menyokongnya. Dan kalau dilihat laluan yang sedang dititi oleh Mukhriz, ia hampir serupa dengan DS Najib Razak di mana beliau yang juga merupakan anak kepada bekas perdana menteri, dilantik menjadi Timbalan Menteri Kabinet, kemudian Menteri Besar, kemudiannya Menteri Kabinet, Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya Perdana Menteri. Mungkin Mukhriz juga sedang dirancang untuk menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang atau "Prime Minister in the making".
NEGERI | JUMLAH KERUSI | BN | PAS | PKR | DAP | STAR | JUMLAH | ||||||
CLN | MTB | CLN | MTB | CLN | MTB | CLN | MTB | CLN | MTB | ||||
PERLIS
|
15 | 13 | 1 | 1 | 15 | ||||||||
KEDAH
|
36 | 21 | 9 | 4 | 2 | 36 | |||||||
KELANTAN
|
45 | 12 | 32 | 1 | 45 | ||||||||
TERENGGANU
|
32 | 17 | 14 | 1 | 32 | ||||||||
PULAU PINANG
|
40 | 10 | 1 | 10 | 19 | 40 | |||||||
PERAK
|
59 | 31 | 5 | 5 | 18 | 59 | |||||||
PAHANG
|
42 | 30 | 3 | 2 | 7 | 42 | |||||||
SELANGOR
|
56 | 12 | 15 | 14 | 15 | 56 | |||||||
NEGERI SEMBILAN
|
36 | 22 | 3 | 11 | 36 | ||||||||
MELAKA
|
28 | 21 | 1 | 6 | 28 | ||||||||
JOHOR
|
56 | 38 | 4 | 1 | 13 | 56 | |||||||
SABAH
|
60 | 48 | 7 | 4 | 1 | 60 | |||||||
JUMLAH | 505 | 275 | 85 | 49 | 95 | 1 | 505 |
CLN | - Calon Yang Menang |
MTB | - Menang tanpa bertanding |
4. Sewaktu diumumkan keputusan PRU13, bila banyak kerusi Pakatan Rakyat berpihak kepada DAP manakala PAS dilihat terlalu sedikit, tiba2 ramai rakan2 Melayu yang pro-PR yang sebelum ini begitu semangat berkempen mula diam dan menjadi risau kerana kerusi DAP paling banyak dalam PR. Ada yang seakan2 menyesal kerana disangkanya kerusi PAS atau PKR akan lebih banyak daripada DAP. Ada juga yang berkata "Kalau aku tahu kerusi DAP lebih banyak dari PAS, baik aku undi BN je". Namun inilah harga demokrasi yang perlu dibayar, dan daripada itu kita boleh lihat di kalangan penyokong PR sendiri masih wujud perasaan sangsi dan kurang kepercayaan di antara satu sama lain terutama di kalangan penyokong PAS dan DAP, menunjukkan bahawa gabungan ketiga2 parti itu masih belum begitu kukuh dan masih ada ketakutan di kalangan penyokong PR.
5. Keputusan PRU ini kita boleh lihat kaum Cina sudah menolak BN secara total dengan kawasan majoriti kaum Cina dimenangi DAP. Walaupun di dalam BN terdapat parti MCA yang mewakili kaum Cina diberi 37 kerusi parlimen, namun yang menang hanya 7. Begitu juga dengan MIC, hanya menang 4 kerusi daripada 9 serta GERAKAN yang hanya memenangi 1 kerusi parlimen daripada 11.
Kerusi Barisan Nasional
Parti Komponen | UMNO | MCA | MIC | GERAKAN | PPP | LDP | PBRS | PBS | UPKO | PBB | PRS | SPDB | SUPP | Jumlah |
Kerusi Bertanding | 121 | 37 | 9 | 11 | 1 | 1 | 1 | 5 | 4 | 14 | 6 | 4 | 7 | 221 |
Kerusi Menang | 88 | 7 | 4 | 1 | 0 | 0 | 1 | 4 | 3 | 14 | 6 | 4 | 1 | 133 |
Peratus Menang (%) | 72.7 | 18.9 | 44.4 | 9.1 | 0 | 0 | 100 | 80 | 75 | 100 | 100 | 100 | 14.3 | 60.2 |
Kerusi Pakatan Rakyat
Parti Komponen | PAS | DAP | PKR | Jumlah |
Kerusi Bertanding | 73 | 51 | 99 | 223 |
Kerusi Menang | 21 | 38 | 30 | 89 |
Peratus Menang (%) | 28.8 | 74.5 | 30.3 | 39.9 |
Nampaknya kempen MCA untuk mencetuskan sentimen ketakutan dan fobia kepada Islam terhadap pengundi Cina untuk tidak mengundi PR langsung tidak menjadi apabila majoriti orang Cina tidak lagi menyokong mereka, dalam erti kata lain, orang Cina telah menolak BN secara total dengan memilih PR. Namun lain ceritanya pula dengan orang Melayu, di mana penolakan BN secara total dikalangan orang Melayu tidak menjadi, malah majoriti orang Melayu masih memilih BN dan UMNO secara khususnya yang meraih 88 kerusi berbanding PAS sebanyak 21 kerusi sedangkan mereka bertanding sebanyak 73 kerusi, lebih banyak kerusi daripada DAP yang hanya bertanding 51 kerusi.
Kenapa majoriti orang Melayu memilih UMNO berbanding PAS atau calon Melayu PKR? Aku pun tidak pasti, mungkin kempen Islamophobia MCA lebih terkesan kepada orang Melayu kerana tak dinafikan dikalangan Melayu sendiri masih ramai yang fobia terhadap Islam itu sendiri berbanding kaum lain terutama dari segi penguatkuasaan undang2 dan juga faktor ramai orang Melayu yang masih takut dengan kepercayaan orang2 Cina DAP mahu cuba menjadikan Malaysia ini seperti Singapura sekiranya PR memerintah kerana DAP dilihat lebih berkuasa dalam PR berbanding PAS dan PKR.
6. Barisan Nasional merupakan sebuah parti perikatan yang ditubuhkan pada asalnya bernama Parti Perikatan yang berlandaskan perwakilan dan perkongsian setiap kaum di Malaysia, terutama 3 kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India, serta kaum2 bumiputera Sabah dan Sarawak. Namun bila kini orang Cina dan India sendiri sudah tak percayakan parti yang mewakili kaum mereka, maka ia telah melanggari tujuan atau defeat the purpose penubuhan BN itu sendiri yang kelihatan sedikit tidak releven lagi, di mana MCA tidak lagi disokong kaum Cina dan MIC tidak lagi disokong kaum India.
Kaum Cina kini memilih untuk berpayung di bawah DAP, tidak lagi MCA, sampai tidak kisah menolak calon MCA yang berstatus Menteri Kabinet. Oleh itu mungkin DS Najib boleh berbincang dan menarik DAP masuk BN untuk digabung atau merge dengan MCA untuk menjadi payung kepada masyarakat Cina di Malaysia, namun ia tak mungkin akan berlaku.
7. Orang Cina kini sudah dilihat bersatu untuk memilih DAP sebagai payungnya, namun orang Melayu masih tidak dapat bersatu untuk memilih nak berpayung di bawah UMNO, PAS atau PKR walaupun majoritinya memilih UMNO. So bagaimana hendak bagi agar semua melayu bersatu di bawah satu payung? Semua Melayu bersama tolak UMNO secara total, atau semua Melayu bersama tolak PAS/PKR secara total, atau UMNO keluar BN masuk PR yang mana sangat mustahil, atau PAS keluar PR masuk BN join dengan UMNO yang mana mereka pernah buat sebelum ini.
Tapi dengan UMNO yang dilihat tidak serius dan bersambil lewa dalam memartabatkan Islam dalam persekitaran, pentadbiran dan perundangan, nampaknya agak sukar untuk melihat PAS bergabung dengan UMNO, melainkan UMNO berubah dan lebih menitikberat soal ketelusan, akhlak dan sahsiah Islam.
8. Sekarang tiba masa untuk semua orang bermuhasabah diri. Apabila kaum Cina tidak lagi menyokong BN, fenomena ini digelar "Chinese Tsunami" atau "Tsunami Kaum Cina" kerana mereka lebih cenderung untuk menyokong PR, dan ia seolah2 suatu kesalahan besar dan berlaku perkara yang buruk, malah ada yang menyifatkan mereka seperti tidak mengenang jasa. Ada juga yang baru nak kenal pasti kenapa sokongan pengundi cina menurun. Malah di media2 sosial dah banyak sebaran yang memupuk kebencian kepada orang Cina.
Mari sini aku beritahu kenapa sokongan pengundi Cina kepada BN menurun, tak perlu nak buat penyatuan nasional apa semua tu. Mereka bukan tak suka kepada apa yang BN buat untuk mereka, bawakkan PSY ke Malaysia, buat konsert atau macam2 event untuk belia mereka, bagi bantuan macam2, apa kerajaan bagi mereka ambil je. Mereka juga bukannya takut kepada Islam sebagaimana kempen MCA, kalau tidak takkan mereka bekerjasama dengan PAS. Mereka juga bukan peduli kalau Anwar tu memang gay. Mereka cuma dah cukup muak dengan perangai pemimpin dan penyokong BN, takkan itu pun masih tak boleh sedar lagi. Sebenarnya masalah bukan datang dari diorang tapi dari anda.
Kalau tengok kat media2 sosial, mereka tak suka BN kerana dilihat terlalu banyak korupsi sampai bila ada dakwaan terhadap pemimpin2 besar tiada tindakan diambil, dan kalau ada pun hanya sekadar direhatkan, balik dari Mekah terus senyap isu. Ditambah lagi isu2 politik lucah yang selalu dimainkan media dan blogger pro-BN. Isu alam sekitar pun satu hal, imej DS Rosmah lagi lah, jangan kata pengundi Cina, pengundi Melayu pun ramai meluat.
Itu baru cerita hal pengundi Cina, tapi pernah terfikir tak macam mana nak tarik pengundi Melayu terutama yang cenderung ke arah PAS untuk satukan orang2 Melayu? Mungkin kalau kata nak laksanakan hudud tu suatu yang besar sangat, tapi at least boleh tackle benda2 yang lebih simple dan basic. Ini tidak, tak habis2 dilonggokkan lagi umat Melayu dengan hiburan yang melalaikan manakala santapan rohani hanya ambil sambil lewa, mana orang tak menyampah.
Daripada carik kesalahan orang tuding jari pada orang lain, cuba muhasabah diri carik kesalahan diri dulu kenapa semakin ramai orang tidak menyokong kita. So untuk tarik balik pengundi2 Melayu yang pro-PR dan orang Cina, mungkin DS Najib Razak boleh start dengan laksanakan perkara2 berikut:
- Bawa semua pemimpin yang didakwa melakukan rasuah atau korupsi ke muka pengadilan untuk dibicarakan, mungkin boleh mula dengan DS Shahrizat Jalil dan Taib Mahmud. Najib kena dilihat serius dalam menangani isu korupsi ini di peringkat atasan, bukan hanya ikan bilis sahaja yang kena.
- DS Najib perlu control isterinya DS Rosmah dari over-exposed sampai over-shadow dirinya sendiri. Tak pernah lagi ada isteri PM sebelum2 ini yang begitu ramai rakyat menyampah dengannya. Kalau Pak Lah dulu jatuh kerana kontroversi menantunya Khairy Jamaluddin, Najib juga boleh jatuh kerana kontroversi isterinya.
- Control dan ketatkan garis panduan dalam dunia seni dan hiburan seperti menetapkan etika berpakaian di majlis dan acara, mengurangkan maksiat dalam filem2 dan drama2 Melayu dan kurangkan penganjuran majlis2 oleh kerajaan yang berbentuk hiburan keterlaluan dan melalaikan kepada anak2 muda seperti K-Pop, Psy dan sebagainya.
- Perbanyakkan majlis ilmu agama kepada masyarakat di majlis2 yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan UMNO sendiri.
- Hentikan politik lucah dan ambil tindakan kepada orang2 yang menyebarkan bahan lucah tidak kira media dan penyokong BN atau PR. Jangan berat sebelah dalam menguatkuasakan undang2.
- Kalau selama ini, BN menggunakan konsep paksaan, menekan, menakut dan mengungkit dalam meraih sokongan, ubah menjadi lebih terbuka dengan konsep toleransi. Bebaskan media dari pengaruh politik. Kalau tidak dapat bebas sepenuhnya, at least bagi sedikit ruang dan toleransi kepada parti pembangkang. Kalau rakyat nampak perubahan ini, tanpa dipaksa pun mereka sendiri akan menyokong BN.
- Berkaitan isu alam sekitar seperti isu Lynas yang banyak menjadi perhatian kepada orang2 Cina, kalau benar2 ia tidak merbahaya seperti yang didakwa kerajaan, maka buat satu dokumentari berkaitannya dan hebahkan kepada umum bagaimana operasi Lynas itu dijalan dan diuruskan serta bagaimana proses pelupusan bahan buangannya dilakukan. Malah kalau perlu bawa aktivis2 dan NGO2 alam sekitar untuk datang dan tengok sendiri operasinya.
Melaksanakan manifesto atau akujanji yang telah dijanjikan sebelum pilihanraya tu memang penting tapi ia sebenarnya still tak dapat meningkatkan sokongan pengundi. Melakukan perubahan terhadap apa yang rakyat mahukanlah yang sebenarnya dapat meningkatkan sokongan rakyat, bukan melakukan benda yang kita sendiri rasakan apa yang mereka mahukan.
9. Kepada Pakatan Rakyat pula, andai kata mahu terus menjadi pembangkang yang kuat di Parlimen selepas PRU14 nanti, teruskan macam sekarang. Tapi kalau rasa nak jadi pemerintah, banyak benda yang kena diubah.
- PAS perlu sedar mereka tak boleh menang di peringkat persekutuan kalau bersendirian. Begitu juga PKR, dan juga DAP, kerana negara kita negara berbilang kaum. Ada kawasan majoriti Melayu, ada kawasan majoriti Cina, ada kawasan majoriti India. Kalau ada calon PAS letak kat tempat majoriti Cina atau India atau pribumi Sabah Sarawak, belum tentu boleh menang. So nak tak nak, PAS, PKR dan DAP kena bergabung membentuk sebuah PERIKATAN dan GABUNGAN YANG SAH yang menggunakan satu logo yang sama seperti BN, kerana formula yang sama jugalah yang membuatkan BN menang setiap pilihanraya sejak dahulu. Dan untuk Sabah dan Sarawak, tarik parti2 tempatan yang ada di sana untuk join gabungan tersebut.
- Jangan cari perbezaan ideologi, cari dulu apa persamaan dalam ideologi masing2, kemudian gunakan persamaan tu rangka perlembagaan gabungan dan tubuhkan carta organisasi siapa pengerusi, timbalan pengerusi dan seterusnya. Kemudian perlembagaan gabungan boleh dibincang dan diperhalusi lagi dan yang paling utama, agama Islam menjadi teras kepada gabungan tersebut dan ia harus dipersetujui oleh DAP dan PKR.
- Orang Cina memang sudah menyokong DAP, orang India 50-50, tinggal orang Melayu sahaja yang masih menyokong BN. Disebabkan majoriti orang Malaysia adalah orang Melayu, maka suka tak suka untuk menang kerajaan persekutuan kena mendapat banyak sokongan dari orang Melayu. So nak tak nak, PKR dan DAP kena jadikan PAS sebagai abang besar dalam gabungan PR yang akan bertanding paling banyak kerusi serta jadikan Presiden PAS sebagai pengerusi PR, barulah orang Melayu akan lebih yakin untuk menyokong PR.
- Hakikatnya ramai orang Melayu masih takut nak sokong PR kerana terdapat banyak propaganda yang menyatakan DAP akan membuat negara republik, menjadikan Malaysia negara Kristian, menghapuskan keistimewaan dan hak2 orang Melayu, hapuskan Sistem Raja2, menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, nak jadikan Malaysia macam Singapura dan sebagainya. Sebab tu orang Melayu takut untuk memberikan undian kepada rakan2 DAP seperti PAS dan DAP walaupun hakikatnya DAP hanya bertanding 51 kerusi manakala PAS 73 kerusi dan PKR 99 kerusi. Kalau DAP menang semua 51 kerusi pun masih tak layak nak gubal apa2 dasar dalam parlimen. So DAP kena jelaskan kepada orang ramai terutama kepada orang Melayu yang propaganda2 tu langsung tiada dalam agenda mereka malah tiada dalam perlembagaan dan manifesto DAP sendiri. Kalau tidak sampai bila2 orang Melayu akan terus percaya propaganda2 ni.
- Pemimpin2 PR kena kurangkan kontroversi seperti keluarkan kenyataan2 yang boleh memakan diri sendiri yang boleh digunakan pihak lawan untuk mencetus kontroversi. Pemimpin parti kena lebih berhati2 dengan setiap tindak tanduk dan tindakan mereka jangan sampai buta2 termasuk perangkap musuh.
- Dan last sekali, suka tak suka, DS Anwar Ibrahim dah perlu undurkan diri dan digantikan dengan pemimpin lain terutama daripada PAS untuk menerajui Pakatan Rakyat kalau nak memenangi hati orang Malaysia dan Melayu amnya. Memang dia adalah pencetus gelombang reformasi, tapi selagi orang2 Melayu percaya pada kes liwat dan video china doll yang dikaitkan dengannya, sampai bila2 PR takkan dapat sokongan daripada majoriti orang Melayu.
So aku percaya kalau PR boleh berubah, ia turut boleh mengubah sentimen dan persepsi orang Melayu terhadap DAP, orang Cina terhadap PAS dan orang ramai terhadap PKR. Kerana bila dah bergabung, ia bukan mengenai PAS, DAP atau PKR lagi dah, tapi ia mengenai Pakatan Rakyat. Tapi kalau masih nak stay jadi pembangkang, tak payahlah berubah apa2 dan boleh teruskan menjadi pembangkang lagi di pilihanraya2 akan datang.
10. Tunggulah lagi 5 tahun tengok PRU14 nanti macam mana adakah mood "Ini kali lah" atau "Lain kali lah" masih wujud.
No comments:
Post a Comment