Kemenangan BN lonjak sektor hartanah
KUALA LUMPUR 6 Mei - Sektor hartanah negara kembali sibuk dan berkembang pantas selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) awal pagi tadiRHB Bank dalam nota kajiannya hari ini menjelaskan, sentimen pasaran terhadap sektor hartanah kembali memuncak terutamanya melibatkan hartanah mewah.
"Jangkaan kami disokong oleh persepsi kukuh sektor berkenaan termasuk peningkatan penduduk, aliran masuk mudah tunai dan pertumbuhan konsisten nilai pengeluaran dalam negara kasar.
"Sektor berkenaan juga akan sibuk dengan penyenaraian awam, kerjasama, pembelian bank tanah dan kemungkinan pengambilalihan," menurut bank berkenaan.
Keputusan PRU-13 yang memihak kepada BN dijangka mewujudkan sentimen positif dalam pasaran saham hartanah mewah di kalangan pelabur.
Aktiviti-aktiviti mengambil untung minggu lepas telah membuat penilaian dalam sektor kurang menarik dan secara purata, kebanyakan daripada stok didagangkan pada paras sedikit rendah dari nilai jangka panjangnya.
Faktor pendorong seperti, projek My Rapid Transit (MRT), MRT Johor-Singapura, keretapi pantas Kuala Lumpur-Singapura dan siapnya Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah cukup untuk melonjakkan nilai dan permintaan sektor hartanah di kawasan terlibat.
Projek berkenaan juga dijangka melonjakkan sektor sokongan lain seperti bekalan pembinaan.
Potensi penyenaraian Iskandar Waterfront Holdings dan Medini Iskandar akan memberi impak positif kepada pemaju lain yang terlibat secara langsung di Iskandar Malaysia.
UEM Land dan Sunway dijangka penerima manfaat utama daripada kejutan penyenaraian tersebut.
Selain itu, pasaran juga akan menerima kejutan jalinan kerjasama dengan pengambilalihan melibatkan syarikat utama.
No comments:
Post a Comment