Thursday, May 9, 2013

bantuan tun yg tidak diketahui orang kelantan

RUPA2NYA TUN MAHATHIR BYK BANTU KELANTAN.

Kelantan mintak pinjam RM300 juta, Tun M bagi sehingga RM600 juta utk perbaiki sistem air. Walau sampai sekarang masalah air tetap sama. Tun M bg lagi bantuan RM200 juta ke RM300 juta setahun kpd Kelantan.

Seorang aktivis politik, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri dahulu pernah membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang ditadbir Pas secara diam-diam.

Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta setahun itu diberi Dr. Mahathir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr.Mahathir.

"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru.

"Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita (BN) beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya.

Jelasnya, sebanyak 95 peratus masjid di negeri Kelantan dibina oleh BN.

"Kita bina jambatan, jalan raya dan sekolah di Kelantan," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, segala jasa Dr. Mahathir itu tidak dihargai oleh pembangkang sebaliknya bekas Perdana Menteri itu sentiasa dicemuh.

Pelbagai gelaran buruk diberi kpd Tun M spt Mahazalim, Mahafiraun, Mahathir Kutty dll. Agaknya kalau Tun M dah tiada, mcm mana nak minta maaf yer...
- kasturi

No comments:

Post a Comment