Tuesday, May 31, 2011

Bila Memerintah Buat Panggung


Banyak dasar ‘tukun’ di Selangor?

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my


Sohaimi Shahadan

SEGALANYA ada di Shah Alam melainkan panggung wayang. Tetapi sayangnya tradisi itu tidak kekal lama. Dikatakan tidak lama lagi akan terdirilah sebuah panggung wayang di ibu negeri Selangor itu.

Ia lengkap dengan kapasiti tujuh buah panggung meliputi 1,300 tempat duduk serta cadangan tambahan sebuah panggung wayang tiga dimensi (3D). Panggung itu nanti bakal terletak dalam sebuah pusat membeli-belah di Bukit Jelutong, Shah Alam – kawasan sama didirikan masjid kedua terbesar selepas Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Dijadualkan pembinaan masjid siap tahun depan.

Panggung wayang sebenarnya isu sensitif di Shah Alam. Suatu ketika sekitar tahun 2005, Datuk Bandar Shah Alam ketika itu, Ramli Mahmud menolak permohonan sebuah syarikat yang mahu membina panggung wayang di Plaza Alam Sentral berhampiran Kompleks PKNS.

Ia sejajar dengan dasar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang tidak membenarkan kewujudan pusat-pusat hiburan di Shah Alam untuk memastikan tidak ada gejala maksiat di bandar raya itu.

Kini segalanya berubah. MBSA berubah. Dan sejak Selangor diambil alih pakatan pembangkang pada Mac 2008, negeri itu juga telah berubah.

“Maksiat berleluasa sehingga Selangor ‘dianugerahkan’ juara buang anak. Selangor antara tertinggi kes pembuangan anak secara haram.

“Di mana fungsi OCC (pusat sehenti krisis) yang ditubuhkan oleh anggota exconya Rodziah Ismail dan skuad Masih Ada Yang Sayang serta kempen anti zina. Sikap hanya tahu cakap daripada buat menyebabkan banyak kempen atau dasar menjadi ‘tukun’,” kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan kepada Utusan Malaysia semalam.

Sohaimi yang juga Exco Pemuda Pusat dan AJK Pemuda UMNO Selangor melihat kepimpinan kerajaan negeri Selangor pimpinan pakatan pembangkang semakin hari semakin bermasalah. Belum pun sampai sepenggal menguasai negeri, pelbagai masalah timbul yang memerlukan jalan penyelesaian segera.

“Kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih layak digelar sebagai kerajaan negeri yang cakap tak serupa bikin. Isu kerajaan negeri yang ingin memusnahkan hasil tanaman orang awam dan juga penempatan di tanah kerajaan di Hulu Selangor sebelum ini adalah bukti jelas kerajaan negeri membelakangi rakyat.

“Walaupun tanah berkenaan milik kerajaan negeri, namun pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), rakyat bebas untuk meneroka serta menikmati hasilnya.

“Tetapi di era pentadbiran kerajaan pakatan, hasil titik peluh rakyat itu ingin dirampas. Namun syukurlah, setelah didesak ia membatalkan hasrat berkenaan,” kata beliau.

Reda sahaja isu berkenaan, timbul pula isu baru mengenai nasib kontraktor Alam Flora yang diberhentikan kontrak oleh kerajaan Selangor atas sebab-sebab tertentu. Maka, beraraklah puluhan kontraktor berkenaan ke pejabat Menteri Besar untuk menuntut keadilan.

Bukan saja kontrak ditamatkan, bahkan bayaran pun tidak diberikan kepada kontraktor yang sudah melaksanakan kerja masing-masing.

Sohaimi turut menggariskan beberapa ‘lompang’ dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangoor, antaranya:

*Mengeluarkan peruntukan hampir RM90 juta sebagai perbelanjaan perintis pilihan raya majlis tempatan untuk memilih ketua kampung. Sedangkan sepatutnya peruntukan itu digunakan oleh rakyat untuk tujuan yang lebih bermanfaat. Wang itu juga sepatutnya digunakan untuk menunaikan semua janji pilihan raya yang masih belum terlaksana.

*Meluluskan RM600,000 dari Akaun Amanah Penswastaan hanya untuk kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sungguh malang apabila kerajaan negeri menggunakan wang rakyat untuk kepentingan politik mereka. Wang itu juga sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan negeri.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Monday, May 30, 2011

Belajar Pakai duit Sendiri

Anak belajar guna duit sendiri

SAYA seorang Melayu. Anak saya bernama Shafi mendapat kelulusan SPM tahun 2008 dengan cemerlang iaitu 11A iaitu 10 subjek 1A dan satu 2A. Beliau walaupun Melayu tidak diberi biasiswa belajar di luar negara, hanya untuk dalam negara.

Namun saya tidak mengungkit atau marahkan kerajaan, apatah lagi mengugut kerajaan. Saya hantar anak saya belajar perubatan di Mesir dengan duit saya sendiri.

Orang Melayu, asyik dikatakan oleh bangsa lain sebagai sentiasa dibiayai oleh kerajaan, tetapi hakikat sebenarnya tidak.

Kelulusan SPM anak saya sangat cemerlang pada tahun itu. Beliau juga Ketua Murid dan aktif dalam sukan di sekolahnya.

SUHAIZAN WAHID

Kuala Lumpur

Pegangan Melayu Sudah Terlepas

Pegangan tanah Melayu semakin mengecil, dihakis dan terus terhakis

Oleh Hassan Mohd. Noor

MINGGU lalu ketika melintasi kawasan bendang atau sawah padi di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, kelihatan anak-anak padi yang subur menghijau.

Syukurlah masih ada yang sanggup mengerjakan sawah ketika lebih ramai anak muda hanya berminat berada di bilik berhawa dingin walaupun sekadar operator pengeluaran.

Tidak pasti berapa lama tanah itu mampu bertahan sebagai sawah kerana di satu kawasan berhampiran jalan besar dan tali air, sawah itu sudah ditambak. Sebuah banglo juga sedang dalam pembinaan. Masih ada ruang kosong di situ yang khabarnya dijadikan tanah lot untuk dijual bagi membina rumah.

Di sebelah sawah yang sudah ditambak itu, masih kelihatan anak-anak padi yang sedang membesar. Adakah tanah itu mampu bertahan sebagai sawah? Lambat laun ia pasti mengikut ‘jirannya’ yang sudah ditambak dan bertukar status - tanah pertanian kepada perumahan - malahan mungkin akan bertukar pemilik.

Sebenarnya pemandangan sebegini sudah menjadi lumrah. Dulu sawah terbiar disebabkan tidak ada yang sanggup mengerjakannya. Ketika itu tanah terbiar akan bertukar menjadi kolam ikan, udang atau ditanam kelapa sawit. Kini tanah yang masih boleh dikerjakan itu juga sudah menjadi ‘buruan’ untuk ditukar statusnya.

Di kawasan Parlimen Permatang Pauh misalnya sudah lama sawah terbiar dan sesetengahnya masih subur telah dibangunkan dengan projek perumahan, kedai, pejabat, pusat membeli-belah dan institusi pendidikan. Ada juga sawah bertukar menjadi jalan raya atau lebuh raya.

Akhirnya saiz tanah sawah atau dikategorikan sebagai tanah pertanian yang kebanyakannya dimiliki orang Melayu semakin mengecil. Ini bermakna hak milik tanah orang Melayu terus berkurangan. Pada masa sama, tanah yang mampu menghasilkan makanan semakin berkurangan sementara jumlah penduduk termasuk yang tinggal di bekas tanah pertanian itu kian bertambah. Mereka juga memerlukan makanan.

Mungkin secara sinis kita boleh berkata, berapa sangat hasil tanah pertanian itu? Lebih baik kita mengimport makanan dari luar. Tetapi apabila harga makanan naik kerana diimport, maka siapakah yang akan mengeluh? Ketika negara pengeluar menghadapi bencana yang menyebabkan bekalan mereka juga berkurangan, kita juga gelisah. Ketika itu negara pengeluar makanan ini boleh ‘meletak harga’. Kita boleh membina kilang membuat makanan di atas tanah sawah tetapi tidak ada kilang mengeluarkan padi tiruan untuk dijadikan beras.

Hakikatnya, tanah terus berkurangan. Semakin ‘tua’ bumi ini, maka semakin berkurangan tanah - dihakis oleh pembangunan dan dihakis oleh pelbagai faktor alam. Mungkin inilah sebabnya kawasan pantai terpaksa ditambak untuk menambah keluasan tanah bagi tujuan pembangunan tetapi sekali lagi, kerja-kerja menambak itu juga memerlukan tanah. Akhirnya bukit bukau ditarah untuk menambak kawasan laut. Begitulah pusingan yang berlaku terhadap tanah di muka bumi ini.

Kembali ke Pulau Pinang, pegangan tanah Melayu di negeri itu juga semakin mengecil. Menurut satu laporan, ‘hakisan’ berlaku akibat tanah digadai termasuk kepada bukan Melayu atas pelbagai sebab. Tidak terkecuali kerana masalah hutang. Jika tidak tergadai kerana hutang pun, tanah Melayu hilang atas nama pembangunan. Baru-baru ini di daerah Timur Laut (sekitar kawasan Georgetown), dilaporkan tanah kubur pun turut diteroka untuk pembangunan. Akhirnya tanah perkuburan orang Islam juga semakin mengecil.

Justeru Melayu jangan cepat lupa diri lebih-lebih lagi apabila mereka mewarisi tanah pusaka nenek moyang. Ada sesetengah waris menjadi ‘gelap mata’ setelah mereka mendapat tanah pusaka sehingga akhirnya tanah itu terlepas ke tangan orang lain. Sikap tamak juga membelenggu golongan ini. Jika dulu tanah yang diteroka oleh nenek moyang dikongsi bersama untuk mereka sekurang-kurangnya membina rumah atau bercucuk tanam, kini tanah itu mahu dipecah dan dibahagikan mengikut waris. Akhirnya tanah itu menjadi kecil dan kemungkinan terlepas ke tangan orang lain. Kerana merebut tanah pusaka, ada juga saudara mara yang bermasam muka dan tidak bertegur sapa.

Orang sebegini sepatutnya malu kepada diri sendiri kerana hanya bergantung kepada tanah nenek moyang. Di tanah yang diwarisi itulah mereka membina rumah walaupun dalam keadaan sesak dan memusnahkan alam. Mereka tidak mampu membeli walau sebuah rumah apatah lagi sebidang tanah di kawasan lain yang dapat menambah pemilikan tanah atau harta keluarga yang diwarisi. Berapa ramai daripada kita mampu membeli tanah untuk menambah stok tanah yang diterokai keluarga terdahulu?

Ketika tanah yang diwarisi dibahagikan dalam jumlah yang kecil dan pada masa yang sama tidak ada penambahan stok tanah dilakukan, apakah yang bakal diwarisi generasi seterusnya? Lebih malang lagi apabila tanah itu terjual kepada orang lain. Ketika itu ke mana anak-anak cucu kita akan tinggal? Nak lari ke dalam hutan? Itu pun jika masih ada hutan dan hutan itu pula tidak menjadi milik sesiapa. Hari ini, boleh dikatakan setiap inci tanah sudah ada pemiliknya. Cuma apa yang akan berlaku ialah pertukaran hak milik daripada tangan A kepada B. Lebih malang lagi atas nama pembangunan, tanah itu akan terlepas juga. Pada era ini, kebanyakan tanah yang diambil tidak diganti dengan tanah sebaliknya ditukar kepada wang tunai atau mendapat sebuah rumah. Pertukaran hak milik juga berlaku apabila ada projek terbiar di tanah Melayu jatuh ke tangan orang lain. Begitulah hakisan pemilikan tanah yang melibatkan Melayu.

Di atas kertas, kita sudah hilang Tanah Melayu dan jangan sampai tanah yang menjadi milik Melayu akan turut lenyap dalam peredaran masa yang semakin mencabar ini. Mungkin jika tidak diawasi, suatu hari nanti tanah wakaf juga hanya tinggal nama. Jika dosa pahala, syurga neraka boleh diberi pelbagai tafsiran, inikan pula tanah wakaf. Ketika itu benarlah ‘bumi dipijak milik orang’. Semoga orang Melayu Islam tidak menerima nasib seperti Osama Bin Laden yang ‘dikuburkan’ di dalam laut.

TERIMA KASIH

Seperti yang diselak minggu lalu, penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara mara, sahabat handai dan pembaca yang menyampaikan ucapan takziah berikutan kematian Saleha Mohd. Noor pada 21 Mei lalu. Saya serta keluarga amat menghargai ucapan dan doa yang diberi. Semoga keluarga Allahyarham kakak saya diberi kekuatan untuk menghadapi semuanya ini. Kematian pasti datang cuma yang membezakannya hanya cara dan masa kematian itu. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.

Dipertahan

Taksubnya Nik Aziz pertahan Anwar

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my


Anwar Ibrahim berbincang dengan Nik Aziz Nik Mat pada Ceramah Mega Pengenalan calon pilihanraya kecil di Kampung Ladang, Kuala Terengganu pada 2009.

MENTERI Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi tampil sebagai 'wira' untuk membela Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terbaru di Sungai Buloh, kelmarin, Nik Abdul Aziz yang berucap di satu majlis menasihatkan pihak yang dianggap memfitnah Anwar tampil memohon maaf.

''Dosa orang yang buat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf dengan Anwar, itupun kalau Anwar bagi.''

Malahan Nik Abdul Aziz juga berhujah bahawa, kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam adalah faktor kemaraan politiknya disekat kepimpinan UMNO-Barisan Nasional (BN) yang khuatir kehilangan kuasa.

Demikianlah hebatnya 'ketaksuban' Nik Abdul Aziz mempertahankan Anwar. Bagi Menteri Besar Kelantan itu apa pun orang kata tentang Anwar semuanya fitnah, konspirasi dan mainan politik semata-mata.

Orang seperti Nik Abdul Aziz seolah-olah tidak mahu lagi mendengar hujah pihak lain sebaliknya hanya percaya kepada kata-kata Anwar sahaja.

Persoalannya sejak bila pula, Nik Abdul Aziz begitu mengambil berat soal fitnah ini, apakah hanya kerana melibatkan Anwar atau mana-mana pemimpin pembangkang, ia dianggap fitnah tetapi kalau melibatkan pemimpin UMNO atau BN, itu dianggap satu kebenaran?

Kenapa Nik Abdul Aziz tidak bersuara apabila pelbagai fitnah dilemparkan oleh pembangkang termasuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak?

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana tindakan yang sama pernah dilakukan ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Begitu juga dengan pelbagai tuduhan pembangkang kepada kerajaan BN dan pemimpin UMNO yang sebahagian besarnya menjurus kepada fitnah tetapi Nik Abdul Aziz hanya senyap sahaja.

Kepentingan politik telah menguasai pemikiran Nik Abdul Aziz sehinggakan beliau hanya akan mengeluarkan hujah-hujah berlandaskan al-Quran dan hadis jika sesuatu isu itu melibatkan kepentingan pembangkang.

Kalau benar Nik Abdul Aziz begitu percaya bahawa Anwar difitnah, kenapakah beliau tidak membantu ketua pembangkang itu untuk membersihkan namanya dengan menggunakan apa juga cara?

Anwar bukannya tidak diberi ruang untuk berbuat demikian, tetapi semuanya ditolak bulat-bulat manakala Nik Abdul Aziz sendiri menolak semua hujah biarpun dari semasa ke semasa kebenaran semakin tidak menyebelahi Ketua pembangkang tersebut.

Hujah Nik Abdul Aziz bahawa Anwar seorang pemimpin berlandaskan syiar Islam juga boleh dianggap sesuatu melucukan dan hanya kenyataan politik semata-mata.

Ia disebabkan tindak tanduk Anwar selama ini termasuklah berhadapan dengan dua tuduhan liwat tidak melayakkan beliau mendapat pengiktirafan seumpama itu.

Apatah lagi Anwar sendiri lebih mengutamakan persahabatan dengan DAP berbanding Pas, sebab itulah suatu ketika Anwar secara terbuka berkata, pembangkang sepakat bahawa isu perjuangan negara Islam tiada agenda mereka.

Malahan Anwar juga baru-baru ini menyinggung perasaan Pas apabila menyatakan bahawa parti itu memahami bahawa golongan gay dan lesbian harus diberi layanan sama seperti warga lain.

Semua fakta ini tidak dinilai oleh Nik Abdul Aziz, sebaliknya beliau bermati-matian mempertahankan Anwar sehingga keadaan itu turut merimaskan sesetengah ahli-ahli Pas.

Malahan ada antara mereka pernah mengesyorkan kepada penulis supaya jangan melaporkan apa juga kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz.

Ia kerana pada pandangan mereka, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan kepada Pas.

Begitulah juga dalam isu Anwar ini, Nik Abdul Aziz seolah-olah begitu teruja membela beliau biarpun semakin ramai ahli Pas meragui keikhlasan Anwar.

Tetapi Nik Abdul Aziz seperti biasa tidak akan mempedulikan apa pandangan orang lain, selagi ada kesempatan untuk membela Anwar, maka beliau akan berbuat demikian.

Mungkin Menteri Besar Kelantan itu sendiri tidak yakin bahawa ada orang lain yang boleh memimpin pembangkang selain Anwar.

Oleh itu, beliau terus berusaha untuk memastikan kredibiliti Anwar tidak terjejas biarpun ketua pembangkang itu semakin banyak berhadapan dengan isu-isu berkaitan dengan moral.

Keadaan itu menggembirakan Anwar dan juga pemimpin pembangkang lain kerana mereka tahu apa pun yang dilakukan pasti ada seorang mursyidul am yang akan membela mereka

Kesudahannya, walaupun ada pemimpin Pas yang tidak bersetuju dengan sesuatu perkara termasuklah dalam isu melibatkan Anwar mereka tidak akan berkata-kata apa-apa kerana bimbang bertentangan pendapat dengan Nik Abdul Aziz.

Sebenarnya, tindakan Nik Abdul Aziz meletakkan Pas di dalam bahaya kerana jika siasatan polis selepas ini tidak memihak kepada Anwar ia boleh memberikan kesan buruk kepada politik Pas.

Ia kerana sebagai Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz membawa suara Pas, oleh itu sudah pastilah apa yang beliau katakan akan dianggap pendirian Pas.

Jika itu berlaku, Pas akan terus ditolak oleh rakyat seperti mana berlaku dalam beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini yang jelas menunjukkan pengundi-pengundi atas pagar semakin meninggalkan Pas.

Semua itu berlaku kerana mereka melihat Pas tidak konsisten dalam mempertegaskan sesuatu isu dan ia menjadi betapa buruk apabila seolah-olah tidak ada sesiapa pun di dalam parti berkenaan yang berani menegur keterlanjuran dan tindak-tanduk Nik Abdul Aziz.

Malahan sebelum ini disebabkan tindak-tanduk Nik Abdul Aziz, ada pihak yang mendakwa kemerosotan pengaruh Pas adalah disebabkan oleh beliau.

Sememangnya kita tidak boleh menyatakan sejauh manakah dakwaan itu benar, tetapi kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz sememangnya kadang kala boleh 'memudaratkan imej' Pas sebagai parti Islam.

Atas sebab itulah, ada pihak di dalam Pas sendiri yang menaruh harapan agar ada perwakilan di dalam muktamar tahunan parti itu pada Jumaat ini akan menegur secara berhemah sikap Mursyidul Am tersebut.

''Teguran bukanlah dengan bahasa yang kesat atau kasar tetapi berlapik dan berhemah. Kita mahu sampaikan mesej kepada beliau bahawa tindakan-tindakannya banyak meresahkan ahli-ahli Pas di peringkat umbi,'' kata seorang ahli Pas ketika berbual-bual dengan penulis.

Kita tidak pasti sama ada perwakilan Pas mempunyai keberanian itu atau tidak, biarpun sebelum ini pemimpin mereka mendakwa perwakilan bebas bercakap apa sahaja isu.

Tetapi apa yang pasti dari semasa ke semasa imej Pas semakin tergugat kerana kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz.

Adalah lebih baik jika Menteri Besar Kelantan itu menumpukan perhatian sebagai mursyidul am yang menasihatkan parti dalam sesuatu isu dan bukannya melakukan tindakan politik yang dilihat seolah-olah di dalam Pas ada 'dua Presiden''.

Utusan Melayu


Api ini terus menyala

Oleh Zainudin Maidin


BANGUNAN Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 1958.

MEMASUKI usia 70-an, Utusan Melayu (Utusan Malaysia) menghadapi cabaran paling getir dalam sejarah perjuangannya yang bermula dengan semangat nasionalisme sempit tetapi bertukar kepada sosialisme dan komunisme antarabangsa dan akhirnya kepada nasionalisme liberal.

Penubuhan Utusan Melayu oleh Kesatuan Melayu Singapura pada 1938 dan penerbitannya pada 29 Mei 1939 adalah didorong oleh semangat anti Jawi Peranakan dan Keturunan Arab kerana mereka menghina dan mengeksploitasi ekonomi orang Melayu. Untuk pemisahan dari etnik Melayu, Utusan mentakrifkan mereka sebagai DKK (Darah Keturunan Keling) dan DKA (Darah Keturunan Arab).

Bagaimanapun, Presiden UMNO yang pertama Dato’ Onn Jaafar meluaskan takrifan itu dengan memasukkan keturunan Arab dan India sebagai Melayu kerana mereka berugama Islam dan mengamalkan adat-istiadat Melayu untuk membesarkan kelompok Melayu yang diperlukan untuk perjuangan besar bagi menentang Malayan Union dalam 1946.

Tabir perjuangan Utusan Melayu berubah dari semasa ke semasa oleh tuntutan dan tekanan politik tetapi terbukti, baik ketika didukung oleh pejuang kiri atau ketika dikuasai oleh pejuang kanan, namun kejatian diri Utusan tetap tidak berubah malah lebih menyerlah dalam keadaan yang tercabar.

Bekas-bekas wartawan dan sasterawan kiri Utusan Melayu yang menganggap Utusan Melayu menyeleweng dari dasar asalnya juga dapat merasakan akhbar itu tetap tegak di atas jati dirinya dalam usianya yang semakin lanjut. Umpamanya Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang dalam sajaknya Utusan Melayu dalam buku Di Sebalik Jendela Utusan Melayu yang diterbitkan sempena Utusan 50 tahun menyatakan:

Utusan Melayu

Wajah dan lenggangmu boleh berubah

Suara dan nadamu terkocak gundah

Namun jiwamu tetapi tidak mungkir

Untuk bangsa agama dan tanah air.

Ketika itu Usman seorang pejuang kiri dalam Utusan Melayu lebih 20 tahun meninggalkan akhbar itu setelah gagal mempertahankan Utusan Melayu daripada diambil alih oleh UMNO dalam satu pemogokan selama 3 bulan seluruh pekerja Utusan pada 1961 (Julai-Oktober) tetapi Usman masih melihat dan merasakan Utusan tetap tidak terkeluar daripada matlamat asalnya walaupun gayanya berubah.

Alasan pemogokan mereka adalah mempertahankan kebebasan akhbar tetapi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman yang memutuskan pengambilalihan itu melihat Utusan Melayu terkongkong oleh golongan kiri dan anasir-anasir Parti Sosialis Rakyat Malaysia yang pro Indonesia.

Utusan Melayu ketika itu berkeyakinan bahawa sosialisme adan komunisme adalah jambatan kepada konsep gagasan Nusantara Melayu Raya sebaliknya Tunku Abdul Rahman berpandangan oleh kerana kelemahan Indonesia dari segi ekonomi, sains dan teknologi terutama dari segi persenjataan maka yang akan menguasai Melayu Raya kelak adalah Parti Komunis China yang telah pun berkuku di Indonesia menerusi Parti Komunis Indonesia (PKI).

Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew juga mempunyai ketakutan sama dan kerana itu beliau bekerjasama dengan pemerintah Malaya untuk melumpuhkan mogok Utusan Melayu dengan kader-kader PAP di Utusan Melayu membantu bagi meneruskan penerbitan Utusan Melayu dalam masa mogok.

UMNO membiarkan “kebebasan” di Utusan Melayu itu walaupun telah menguasainya menerusi pembelian besar saham Utusan Melayu sejak 1953 dan hanya mengambil langkah drastik untuk pengambilalihan secara total pada 1961 kerana Utusan gagal menyesuaikan diri dengan perubahan politik semasa yang pro dasar pasaran bebas dan pro Barat.

Wartawan Utusan Melayu sejak zaman awal kelahirannya, Tan Sri A. Samad Ismail ialah orang yang memainkan peranan besar dalam menanam dan membangunkan roh ini dalam Utusan Melayu dengan secara halus dan bijak sehingga seluruh pekerja Utusan Melayu berkeyakinan bahawa Utusan Melayu dalam suatu perjuangan suci dan benar.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Sunday, May 29, 2011

Anak Yatim HuluLangat

Iktibar tragedi anak yatim Hulu Langat

KEJADIAN tanah runtuh yang mengorbankan 16 orang di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat bukan sekadar menyayatkan, tetapi menuntut kita untuk melihat lebih jauh daripada setakat menyiasat punca tragedi.

Ia seolah-olah menggamit kita, termasuk pihak kerajaan untuk meneliti setiap perkara yang berbangkit dan dibangkitkan. Jika tidak dibangkitkan, bolehlah juga difikirkan apa jua yang relevan dengan kebajikan anak-anak yatim secara menyeluruh.

Satu tulisan di Utusan Malaysia pada 25 Mei lalu mengocak fikiran pembaca. Diulang siar sebahagiannya:

"Pesanan SMS yang diterima pagi semalam daripada seorang kenalan terus mengejut benak fikiran saya ketika menelek akhbar tentang nasib anak-anak di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, Selangor.

"Katanya, semasa anak-anak yatim itu hidup, mereka tidak dijaga sendiri oleh ibu bapa. Mereka dihantar ke rumah kebajikan itu. Di sana mereka diserah kepada ustaz untuk diberi makan minum dan dididik dengan ilmu agama. Senang cerita tahulah pihak asrama dan madrasah itu hendak mencari dana untuk memelihara anak-anak mereka.

"Jadi soal makan minum, pakaian dan kesihatan sudah ada orang yang ambil peduli. Tidak perlu risau apa-apa lagi. Semua ditanggung beres.

"Maka dengan kemudahan sedia ada, ibu atau bapa serta saudara mara tidak datang menjenguk pun tak apa. Bukan sebulan sekali menjenguk anak-anak yatim, malah ada yang sudah terlalu lama hingga berbelas tahun tak datang bertanya khabar anak-anak sendiri.

"Paling malang, apabila anak-anak yatim itu meninggal dunia kerana tertimbus tanah bukit yang runtuh menimpa mereka, ada waris-waris tanpa segan silu terima wang simpati. Kata kenalan saya itu lagi, wang itu setelah diterima patut disumbang semula ke rumah anak yatim."

Pada hari yang sama turut disiarkan berita: '' Lebih RM 1 juta dijangka dikumpulkan sempena sambutan Hari Belia Negara bagi membantu keluarga mangsa kejadian tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, Selangor Sabtu lalu yang mengakibatkan 16 orang terkorban,".

Mencongak

Dua laporan ini boleh mendorong pembaca untuk mencongak berapa banyak sumbangan yang diberikan kepada waris-waris dan rumah anak yatim di Hulu Langat itu. Jika kutipan sudah terlalu banyak, tidakkah juga layak disalurkan kepada anak-anak yatim di tempat lain?

Maka hamba ingin mengajak semua pihak, termasuk kerajaan dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam negeri, melihat kepada nasib dan kebajikan anak-anak yatim secara lebih menyeluruh, bukan sekadar di Hulu Langat sahaja. Cuba kita jawab soalan-soalan berikut:

Berapa ramaikah anak yatim yang perlu dibantu di seluruh negara? Ada berapa buah rumah anak yatim? Adakah rumah-rumah anak dibantu secara bersistem, dengan adil dan saksama? Adakah mana-mana pihak yang mengambil tahu secara terurus dan berpusat mengenai hal ehwal anak yatim ini? Tidak mungkin tiada anak yatim yang tercicir daripada menerima bantuan.

Sekurang-kurangnya di peringkat negeri patut ada pihak berkuasa yang mengambil tahu semua hal anak yatim. Adakah ia menjadi tanggungjawab Jabatan Agama Islam atau Jabatan Kebajikan Masyarakat?

Tahukah kita bahawa terdapat rumah-rumah anak yatim yang kaya kerana berlokasi di bandar raya serta mendapat tajaan syarikat-syarikat besar dan para jutawan. Jika ingin menghulurkan bantuan kepada mereka, jangan tawarkan beras atau pakaian. Semuanya ditolak, kecuali wang ringgit sahaja.

Dalam masa yang sama, masih banyak rumah anak yatim yang daif dan dahagakan apa jua bantuan sama ada makanan atau pakaian yang sudah dipakai. Ada juga rumah anak yatim meminta bantuan kewangan daripada baitulmal, tetapi lambat menerima bantuan atau jumlah yang diberikan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.

Ada juga rumah anak yatim sangat agresif mengutip derma. Hampir di setiap stesen minyak ditempatkan remaja yang akan menghampiri setiap pemandu untuk merayu belas ehsan. Mereka ini dikerahkan dari Kedah ke bandar-bandar utama di seluruh Semenanjung pada setiap hujung minggu bermula hari Khamis. Menimbulkan pertanyaan, tidak pernah cukupkah sumbangan yang diterima?

Selain mereka, ada pula pengutip-pengutip derma profesional untuk rumah anak yatim yang menunggu di pintu-pintu bank setiap hari.

Dalam masa yang sama, di kebanyakan masjid terdapat tabung derma untuk anak-anak yatim. Biasanya tabung ini menerima lebih banyak sumbangan terutama pada bulan Ramadan. Ke mana wang ini disalurkan? Adakah ia hanya diagihkan setahun sekali kepada anak-anak yatim kariah masjid itu menjelang Aidilfitri? Kutipan antara masjid tentulah berbeza kerana ada yang ramai ahli kariah orang kaya.

Alangkah baiknya jika sumbangan orang ramai ini diuruskan secara berpusat, dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam atau Majlis Hal Ehwal Agama Islam negeri. Diagihkan bersama wang zakat dengan adil kepada anak yatim dan miskin, sama ada yang tinggal dengan keluarga atau menghuni rumah anak yatim.

Sesungguhnya Islam meletakkan kebajikan anak-anak yatim di makam amal soleh yang tinggi.

Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya. - 2 (Al Baqarah): 215

Kita umat Islam di Malaysia mempunyai keprihatinan yang amat tinggi terhadap nasib anak-anak yatim. Percayalah bahawa tiada siapa yang mampu, tidak pernah menghulurkan bantuan kepada mereka. Cuma yang diperlukan sebagai penambahbaikan ialah satu sistem pengurusan berpusat yang efisien untuk memastikan pengagihan yang lebih adil dan menyeluruh, tanpa pembaziran, ketirisan dan penyelewengan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Saturday, May 28, 2011

dap bangang

Fail kebiadapan DAP makin tebal

SAYA terbaca berita sifat kurang ajar terbaru wakil rakyat DAP yang mempersoalkan perkara baik seperti Klinik 1Malaysia. Kalau sudah akal di kepala lutut, tidak faham juga klinik itu untuk rawatan ringan sahaja dan tidak memerlukan doktor.

Sikap bodoh sombong golongan kiasu ini hanya menyusahkan rakyat di akar umbi yang rata-rata berpendapatan sederhana atau rendah.

Jelas dengan bantahan rakyat berbilang bangsa dan agama bahawa DAP yang ketandusan idea hanya tahu membangkitkan isu yang sensitif atau remeh yang akhirnya menyusahkan rakyat sahaja.

Jika boleh, saya sendiri nak saman DAP kerana menyebabkan saya tak senang duduk dan tidak tenteram sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ada sesiapa boleh cadangkan peguam yang sesuai?

RAKYAT MELUAT

Pulau Pinang

Nak Biasiswa Sokong BN

Semak penerima biasiswa JPA

APA perlunya diberikan biasiswa JPA kepada anak-anak golongan yang ingkar atau menyeleweng pembayaran cukai, meskipun mendapat 8A+ dalam SPM? Apakah sumbangan ibu bapa mereka kepada negara?

Sudahlah begitu, kemungkinan pekerja yang diambil untuk perniagaan mereka pula semuanya pendatang asing. Apa salahnya jika syarikat yang menganjurkan pembiayaan pelajaran anak mereka, umpamanya melalui yayasan yang ditubuhkan!

Pelik, kereta dan rumah mewah setiap tahun boleh dibeli atas nama syarikat. Bukankah ini menunjukkan mereka mampu? Saya sarankan agar polisi pemberian biasiswa JPA disemak semula dengan mengambil kira rekod pembayaran cukai, pendapatan tahunan dan jika perlu latar belakang politik ibu bapa atau penjaga.

Harus diingat, wang JPA tersebut adalah wang kami pembayar cukai yang setia, justeru haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya.

PEMBAYAR CUKAI SETIA

Ipoh, Perak

Thursday, May 26, 2011

Belum Memerintah ...


Belum DAP berkuasa, Majikan Cina besar kepala ...

Dibuang kerja kerana solat!

Hanya kerana mahu menunaikan solat, seorang pemandu lori sebuah syarikat simen konkrit di Rumbia, dekat sini mendakwa diberhentikan kerja oleh majikannya, kelmarin.

Semuanya kerana dia tiba lewat ke tempat ditujui selepas mengambil sedikit masa singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat Zohor.

Rosli Awang, 49, yang tinggal di Kampung Cerana Putih, Taboh Naning, di sini berkata, kejadian itu ternyata mengecewakannya.

Dia yang juga merupakan seorang pesara tentera tidak menyangka menerima hukuman sedemikian selepas mula berkerja di syarikat terbabit kira-kira tiga minggu lalu.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 1.40 petang itu, dia memandu lori keluar dari tempat kerjanya di Jalan Lendu, Rumbia untuk menghantar simen konkrit ke Taman Paya Rumput Permai.

“Kerana sudah masuk waktu solat, saya singgah di Masjid Jamek Kampung Paya Rumput sekejap untuk solat Zohor. Ketika itu saya nampak seorang rakan saya memandu lori di belakang sudah memintas lori saya dan menuju ke tempat diarahkan.

“Selesai solat, saya terus sambung kerja menghantar simen konkrit ke tempat diarahkan. Semasa saya menurunkan simen konkrit dari lori, rakan saya itu sudah bersiap sedia hendak bergerak menuju ke tempat kerja semula,” katanya.

Menurutnya, majikannya kemudian menghubunginya bertanya mengapa lewat, sedangkan sudah bergerak awal dari rakannya itu.

“Semasa saya beri penjelasan, dengan marah dia terus putuskan talian telefon. Sampai semula di tempat kerja, majikan memanggil saya ke dalam bilik pejabat,” katanya.

Rosli berkata, dia terkejut apabila majikannya mengarahkan dia membasuh lori berkenaan dan meletakkan ke parkir, sedangkan tugasan masih belum selesai.

“Majikan saya kata, dia tidak suka pekerja ingkar dan menganggap pergi solat sebagai membuang masa. Kemudian dia mengarahkan saya balik rumah dan tidak perlu datang kerja lagi,” katanya.

Berikutan tindakan itu, Rosli membuat laporan di Balai Polis Simpang Ampat, di sini.

Dia turut bercadang membawa perkara itu kepada Persatuan Pelindung Pengguna Negeri Melaka sebelum dirujuk ke Jabatan Buruh Negeri. - Sinar Harian
Posted by The Unspinners at 8:34 PM

Biasiswa


Adil bila semua biasiswa dia punya?

Setiap tahun JPA menawarkan 2,000 biasiswa. Dahulu 90 peratus daripada biasiswa itu diberi kepada pelajar bumiputera, tetapi nisbah itu di bawah skim baru biasiswa JPA yang masih mengekalkan jumlah biasiswa sedia ada kini diturunkan kepada 50 peratus bumiputera, 45 peratus bukan bumiputera dan lima peratus kaum-kaum lain.

Tidak adilkah Kerajaan BN terhadap semua kaum dalam memberikan tajaan biasiswa? Nak bagaimana lagi??

Sumber dari blog Unspinner

U UMNO

UMNO perlu tubuh universiti

SHARIAL OMAR AL-MUNSYI
Rawang, Selangor

Baru-baru ini Ahli Parlimen Jerlun merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan penubuhan Kolej UMNO dan memberi biasiswa kepada yang memerlukan. Cadangan ini wajar disambut baik.

Kita harus menyokong bukan sahaja untuk penubuhan Kolej, tetapi juga terus menyokong sehingga sebuah universiti UMNO dapat ditubuhkan! Mengapa tidak? Jika MCA dan MIC mampu mempuyai universiti dan kolej sendiri mengapa UMNO sebagai tulang belakang BN tidak boleh atau tidak berupaya?

Apakah pandangan Mukhriz ini harus dipandang sepi? Kita tidak nampak walau sekelumit pun sambutan dalam kalangan ahli UMNO mahu pun pemimpin UMNO lain berkenaan saranan ini.

Apakah setelah 53 tahun merdeka, UMNO yang diterajui oleh orang Melayu tidak mampu dan tidak berupaya mempuyai sebuah universiti sendiri? Adakah kita berpuas hati dengan satu-satunya universiti yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk bumiputra seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM)?

Pelajar Melayu kebanyakannya amat berharap untuk menyambung pengajian di Institut pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana hanya beberapa kerat sahaja mampu membayar yuran untuk menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Cuba bandingkan peratusan pelajar Melayu yang belajar di IPTS dengan pelajar bukan Melayu. Umpama langit dengan bumi!

Inilah masanya UMNO membantu anak-anak Melayu yang gagal mendapat tempat di universiti atau kolej lain untuk ditawarkan ke kolej atau universiti UMNO sendiri dengan menawarkan bisiswa atau pinjaman. Kita percaya UMNO mampu.

Universiti UMNO ini perlulah dimartabatkan menjadi universiti yang berkualiti tinggi dan berinovasi dengan menawarkan kursus sains, perubatan dan berteknologi tinggi.

UMNO perlu berani menongkah arus demi untuk membela untung nasib orang Melayu terutamanya dari kampung, kawasan luar dan pinggiran bandar serta tanah rancangan Felda yang selama ini terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) tanpa gagal.

Pembalasan yang setimpal perlulah diberikan kepada anak-anak Melayu ini untuk menjejak kaki ke menara gading. UMNO tidak perlu takut digelar rasis kerana kalau bukan UMNO, siapakah sekarang ini yang akan menolong orang Melayu? Adakah Pas dan PKR akan membantu? Jauh panggang dari api!

Di samping itu, UMNO juga perlu bertindak pantas memantau dan membantu memenuhi keperluan pelajar Melayu. Misalnya, dalam hal mendapatkan biasiswa, pinjaman.

Juga memperjuangkan nasib mereka bagi membolehkan mereka mendapat tempat di pusat pengajian tinggi, sama ada di dalam atau luar negara. Jangan hanya membiarkan urusan ini ditangani oleh pegawai daripada kementerian atau pihak kerajaan sahaja.

Kita melihat MCA (sebagaimana laporan Utusan Malaysia pada 18 Mei lalu) begitu pantas menubuhkan badan khas untuk membantu pelajar Cina yang gagal mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Badan ini dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong. Kita difahamkan, badan ini mendapat beratus e-mail dan surat daripada ibu bapa dan pelajar.

Adakah kita sudah ada jawatankuasa yang sebegini bagi membantu anak-anak kita atau sekurang-kurangnya ada tempat orang Melayu untuk mengadu? Kita perlu ingat, majoriti orang Melayu masih sayangkan UMNO!

Belia

Belia melakar sejarah zaman

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

MARK Zuckerberg melakar sejarah apabila mencipta laman sosial facebook yang mendapat sambutan luar biasa dari segi kegunaannya.

Tentu sekali anak muda ini tidak boleh melupakan peristiwa sewaktu berada di alam persekolahan apabila individu terkaya di dunia, Bill Gates menawarkan satu juta dolar kepadanya. Dan orang lain akan mengingati peristiwa itu kerana dia menolaknya.

Namun dengan penciptaan facebook, dalam usia 26 tahun, Zuckerberg muncul sebagai orang ke-35 paling kaya di dunia dengan nilai AS$6.9 bilion (lebih dari RM20 bilion). Inilah yang dikatakan belia yang telah melakar sejarah - meninggalkan kesan yang besar bukan sahaja kepada dirinya sendiri tetapi kepada dunia.

Zuckerberg adalah contoh terbaik individu dalam kategori belia diungkapkan oleh Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan apabila bercakap tentang topik Himpunan Sejuta Belia yang akan berlangsung di Putrajaya hujung minggu ini.

Sohaimi, 42, menarik perhatian bahawa untuk melakar sejarah, ia mestilah bermula dari alam belia.

"Ia tidak semestinya di alam persekolahan, tetapi langkah mesti dibuat apabila sahaja kita memulakan kehidupan sebagai belia. Ya, definisi belia ialah remaja seawal usia 15 tahun dan paling tua ialah 40 tahun, namun kekuatan mental dan fizikal yang bermula di awal usia 20-an adalah masa yang paling sesuai untuk melakar sejarah kehidupan," kata beliau kepada Utusan Malaysia semalam.

Bagi anak muda dalam lingkungan belia dan remaja, kata Sohaimi, mereka mempunyai tenaga. Mereka mempunyai akal dan fizikal yang mantap bagi mempertahankan idealisme mereka.

"Ini adalah zaman yang paling sesuai untuk melakar sejarah bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain.

"Setelah usia meningkat, fizikal akan menjadi semakin lemah, daya berfikir menjadi semakin perlahan dan dalam teori kreativiti manusia, yang tinggal hanya dua peratus. Apakah yang boleh dibuat oleh orang yang melampaui usia belia?" soal Sohaimi.

Bagi Sohaimi, jihad yang paling besar dan berkesan di zaman ini ialah jihad ekonomi. Anak-anak bangsa mesti berjuang untuk memantapkan ekonomi dan diri yang seterusnya akan membantu memantapkan ekonomi bangsa dan negara.

"Siapakah orang yang kita boleh harapkan untuk memperjuangkan agenda bangsa, kalau tidak dari kalangan belia?

Mereka sahaja yang boleh melakar sejarah besar yang sedang kerajaan gerakkan kini sebagai kesinambungan perjuangan pahlawan dahulu," kata beliau.

Sohaimi memberi contoh, selain Zuckerberg, ramai lagi golongan muda belia yang boleh dibanggakan. Tidak terkecuali belia tempatan. Beliau menyorot perkembangan "Restoran Sekinchan Ikan Bakar" yang diterajui seorang anak muda, Datuk Jamal Md. Yunos yang secara kebetulan berada dalam industri makanan dan restoran.

Bermula dengan kegiatan perniagaan menyediakan khemah untuk majlis-majlis keraian, ia bertukar menjadi saudagar ikan bakar. Kalau dikira dari segi membakar dan memasak makanan sebegitu yang dikira tradisional, tentulah orang tua, yang mahir dan pakar, tetapi kenapa anak muda yang menjalankan perniagaan ini?

"Pertamanya untuk menjalankan perniagaan sebegitu memerlukan tenaga, keduanya, yang paling penting ialah memerlukan kreativiti.

"Kedua-duanya ada pada belia, dan kebetulan belia tersebut ialah Datuk Jamal - orang yang telah melakar sejarah. Seorang rakan saya pernah berseloroh, "Sekinchan Ikan Bakar membuka cawangan baru setiap minggu," katanya.

Sekali lagi, beliau menarik perhatian tentang seorang lagi belia contoh iaitu Pengarah Urusan Sani United Sdn. Bhd. (SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh yang membuka syarikat pengangkutan Bas Sani Ekspres. Ceritanya, Wan Mohammad Sani pernah bankrap dan beberapa kali jatuh dalam perniagaan.

"Tetapi usia mudanya ada satu kelebihan. Beliau masih mampu dan bertenaga untuk bangkit kembali dalam melakar sejarah dan saya percaya ini adalah sejarah bangsa.

"Kini syarikat bas Sani Ekspres boleh bergaya dengan pemilikan sebanyak lebih daripada 50 buah bas dua tingkat yang canggih teknologinya dan telah dinobatkan sebagai Tokoh Usahawan Muda oleh dua buah institusi pendidikan, iaitu Universiti Malaya dan Kolej Poly-Tech Mara," kata Sohaimi lagi.

Ramai lagi anak-anak muda kita yang telah melakar sejarah baik di dalam atau di luar negara. Jika pada zaman dahulu mereka muncul sebagai pahlawan perang yang sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir dalam menegakkan maruah bangsa. Kini, mereka di arena sendiri yang kadang kala pentasnya tidak mereka faham.

Kita melihat sekarang kebanyakan anak muda menjadi begitu taksub dengan gajet komputer, permainan siber dan facebook. Kenapa tidak di dalam berseronok dan bersuka-ria itu, kita tanamkan sedikit wawasan untuk mencipta kewangan.

Bagaimana Irfan Khairi dan Azizi Ali menggunakan kemudahan internet dalam mencipta wang. Ia tentu sekali bermula dengan keseronokan berdepan dengan komputer sehingga mereka berupaya melakar sejarah mencipta wang untuk mereka.

Menurut pakar kanak-kanak, golongan itu memang dilahirkan kreatif. Tetapi apabila mereka tamat pengajian di universiti, kreativiti mereka hanya tinggal 25 peratus. Dan apabila mereka tamat perkhidmatan, kreativiti mereka paling tinggi pun masih ada cuma dua peratus sahaja. Ini bermakna untuk seseorang melakarkan sejarah dalam kehidupan mereka, ia hanya boleh berlaku dalam usia muda.

Pada masa zaman kanak-kanak, walaupun kreativiti seseorang itu tinggi tetapi kemampuan fizikal dan mental terbatas. Mereka tidak mampu menolak sergahan orang yang lebih dewasa daripada mereka. Sebab itu kanak-kanak gagal melakarkan sejarah mereka.

Contoh yang paling tepat ialah peristiwa Hang Nadim dibunuh kerana cuba menunjukkan kebijaksanaannya menggunakan batang pisang bagi menangani masalah serangan ikan todak di pantai Singapura pada zaman dahulu.

Sohaimi sekali lagi menarik perhatian bahawa masa kini adalah era teknologi dan dunia tanpa sempadan.

"Leftenan Muda Adnan Saidi menjadi wira negara dan meninggal dunia dibunuh askar Jepun dalam usia 28 tahun, begitu juga Datuk Sagor Pasir Salak dikatakan mati di tali gantung pada usia yang muda kerana menentang Inggeris.

"Para pejuang yang lahir di zaman era perjuangan bersenjata adalah dari golongan muda dan remaja. Mereka mencipta sejarah yang sukar dinukil dengan kata-kata, tetapi sejarah itu tetap terpahat dalam khazanah bangsa.

"Tidak ada lagi perjuangan bersenjata yang senang untuk dimenangi, semuanya menjadi canggih dan sofistikated, seolah-olah ilmu adalah punca segala kuasa," kata beliau.

Kata Sohaimi: "Masa yang ada amat singkat, usia remaja adalah terbatas dan masa ini sahaja kita mempunyai tenaga dan daya pemikiran yang kreatif untuk melakar sejarah bangsa. Belia tidak sepatutnya menjadi generasi yang berpeleseran tanpa arah dan tujuan."
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Cina Mau Semua Kasi Biasiswa

Biasiswa JPA: Tidak perlu Ka Siong, Soi Lek berlagak 'hero'

APA yang 'dok menangis' sangat?

Tidak menerima biasiswa bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN), adakah bermakna berakhirnya hidup?

Adakah dengan merasakan telah memperoleh kesemua A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), maka sepatutnya mendapat hak keistimewaan belajar ke luar negara.

Inilah yang peliknya apabila Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek cuba untuk menjadi 'hero' dengan mendakwa wujud salah guna kuasa di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam soal pengagihan biasiswa PILN ini.

Ka Siong mahukan kesemua 363 pelajar yang memperoleh kesemua A+ mendapat biasiswa tersebut manakala bosnya, Soi Lek pula mendesak dibatalkan sahaja amalan sesi temu duga pelajar sebelum mereka ditawarkan biasiswa luar negara itu.

Realitinya, dalam soal pemberian biasiswa ini, mestilah ada syarat-syarat dan kuota yang perlu dipenuhi.

Temu duga pelajar jika untuk jurusan perubatan, misalnya harus dikendalikan oleh barisan panel profesional berwibawa. Ini termasuk diadili oleh doktor-doktor.

Ia perlu dilepasi pelajar. Bukannya suka-suka diadakan. Dalam temu duga yang markahnya cuma lima peratus itu, pelajar akan dinilai dari segi perawakan, cara bercakap selain latar belakang keluarga dan pengetahuan am tentang jurusan yang diambil.

Katakan bidang kejuruteraan, sudah tentu dalam SPM tidak diajar jurusan itu. Tetapi sekurang-kurangnya dia faham tentang bidang yang akan diikutinya nanti.

Kerajaan sebenarnya telah banyak berkorban dalam mengusahakan biasiswa untuk pelajar ke luar negara. Pada 3 Mei lalu, sejumlah 30 pelajar dengan kuota seimbang masing-masing 15 pelajar bumiputera dan 15 lagi bukan bumiputera yang memperoleh A+ bagi semua mata pelajaran dalam SPM 2010 ditawarkan Biasiswa Nasional 2011.

Takkanlah mahu dituntut pula - atas pertimbangan mungkin tamak - biasiswa untuk hampir 400 pelajar lagi ke luar negara. Apakah dengan belajar di universiti-universiti luar negara akan lebih terhormat dan dipandang tinggi daripada belajar dalam negara?

Adakah dengan memiliki kesemua A+ dalam SPM, bermakna inilah upah yang perlu dibayar oleh kerajaan hasil penat jerih pelajar memperoleh keputusan terbaik itu.

Sepatutnya dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 Mei lepas tentang pembukaan institusi pengajian dan penyelidikan perubatan Universiti Johns Hopkins di negara ini pada September ini 'membuka mata' semua pihak khususnya pelajar SPM untuk belajar dalam negara.

Tetapi ini tidak direnung sebaik-baiknya oleh Ka Siong dan Soi Lek. Johns Hopkins terkenal kerana merintis pelbagai hasil bidang perubatan.

Program perubatan Johns Hopkins itu adalah hasil kerjasama dengan Universiti Perdana yang menawarkan hospital pengajian swasta yang mempunyai kemudahan perubatan kelas pertama. Ia akan dibina di Serdang oleh kumpulan Chase Perdana.

Ketika sibuk pelajar terbaik kita mencari tempat di luar negara dengan kos mengikuti jurusan perubatan di United Kingdom dan Amerika Syarikat sahaja mencecah RM1.5 juta untuk seorang pelajar, tiba-tiba orang luar pula mengisi tempat di Universiti Johns Hopkins, Serdang itu nanti.

Dikatakan universiti itu menjadi tarikan pelajar dari Timur Tengah dan India yang mungkin bijak menilai akan kos dan suasana kondusif di Malaysia.

Kerana itu, baik Ka Siong mahupun Soi Lek dan MCA khususnya harus memberi pertimbangan wajar dalam isu ini. Bukan dengan cuba berlagak jaguh politik.

Dengan majoriti 'brain drain' daripada kaum Cina, sepatutnya MCA berbuat sesuatu untuk membawa mereka pulang berkhidmat ke tanah air.

Sokonglah usaha pentadbiran Perdana Menteri yang kini sedang bekerja keras merangka pelan untuk mencari dan menggalakkan rakyat Malaysia yang bekerja di seberang laut untuk pulang berkhidmat di Malaysia.

Ketepikan sementara elemen atau motif politik dalam isu biasiswa luar negara ini.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Kepala Babi

Kepala babi tergantung di gerai cendol

NIBONG TEBAL 25 Mei – Jemaah Masjid Lama Sungai Bakap di sini yang baru selesai menunaikan solat Subuh pagi ini terkejut apabila melihat kepala babi tergantung di sebuah gerai cendol berhampiran masjid tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, gerai berkenaan turut disimbah cat merah dipercayai akibat perbuatan khianat pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob bagaimanapun memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengaitkan kejadian tersebut dengan isu perkauman dan agama.

Menurut beliau, kejadian itu dipercayai membabitkan individu tertentu yang membuat khianat dan tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan rasa iri hati.

‘‘Justeru, kita meminta orang ramai tidak melakukan sesuatu di luar batasan undang-undang dan biarkan pihak polis menyiasat perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di tempat kejadian hari ini.

Ayub memberitahu, siasatan awal mendapati, peniaga cendol terbabit pernah menerima satu panggilan melalui telefon awam pada Mac lalu yang memberi kata-kata amaran kepadanya.

‘‘Pemanggil meminta agar peniaga terbabit berhati-hati tetapi tidak dinyatakan secara terperinci kenapa dia berkata demikian,” jelasnya.

Dalam kejadian pagi ini, Ayub berkata, salah seorang jemaah masjid berkenaan yang melihat kejadian tersebut telah menghubungi anak peniaga terbabit sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Sungai Bakap.

Polis kemudian datang membuat siasatan sebelum mengambil kepala babi berkenaan.

Ayub berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menakutkan orang secara jenayah dan Seksyen 427 kanun yang sama untuk kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan.

Blog Hina Islam

Perkasa buat laporan blog hina Islam

KUALA LUMPUR 25 Mei - Bimbang keamanan negara ini tergugat ekoran tindakan sebuah blog yang menghina kesucian Islam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis berhubung kewujudan blog itu hari ini.

Laporan pada pukul 4.20 petang itu dibuat Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Irwan Fahmi ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berkata, Perkasa mendesak pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya segera mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog berkenaan.

Katanya, ini kerana, blog di alamat http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com. itu boleh diakses semua masyarakat tanpa sebarang sekatan.

"Perbuatan penulis blog itu dengan jelas cuba menghasut dan menimbulkan ketegangan kaum dan penganut agama di negara ini sehingga dikhuatiri boleh menimbulkan keadaan huru hara," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
TAJUK-TAJUK BE

Wednesday, May 25, 2011

Anak Yatim Keluarga Berada

Rupa-rupanya ramai ahli keluarga anak yatim!

PESANAN sms yang diterima pagi semalam daripada seorang kenalan terus mengejut benak fikiran saya ketika menelek akhbar tentang nasib anak-anak di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, Selangor.

Katanya, semasa anak-anak yatim itu hidup, mereka tidak dijaga sendiri oleh ibu bapa. Mereka di hantar ke rumah kebajikan itu. Di sana mereka diserah kepada ustaz untuk diberi makan minum dan dididik dengan ilmu agama. Senang cerita tahulah pihak asrama dan madrasah itu hendak mencari dana untuk memelihara anak-anak mereka.

Mereka pun anak-anak yatim, tentu banyak sumbangan derma dihulurkan oleh orang ramai yang bersimpati.

Jadi soal makan minum, pakaian dan kesihatan sudah ada orang yang ambil peduli. Tidak perlu risau apa-apa lagi. Semua ditanggung beres.

Maka dengan 'kemudahan' sedia ada, ibu atau bapa serta saudara mara tidak datang menjenguk pun tak apa. Bukan sebulan sekali menjenguk anak-anak yatim, malah ada yang sudah terlalu lama hingga berbelas tahun tak datang bertanya khabar anak-anak sendiri.

Paling malang, apabila anak-anak yatim itu meninggal dunia kerana tertimbus tanah bukit yang runtuh menimpa mereka, ada waris-waris tanpa segan silu terima wang simpati.

Kata kenalan saya itu lagi, wang itu setelah diterima patut disumbang semula ke rumah anak yatim.

Betul juga pandangannya itu. Itu yang semolek-moleknya. Tetapi resmi orang kita, nampak duit mata pun jadi kelabu. Lupa tentang cerita duka, sebaliknya mula terbayang apa hendak dilakukan pada wang derma itu.

Melihat kepada trend orang Melayu bukan sahaja sekarang tetapi sejak dahulu lagi, ada kalangan kita baru hadapi dugaan menjadi janda atau duda dan baru ada dua atau tiga orang anak kecil, sudah mengaku kalah untuk menjaga mereka. Ada yang tanpa malu-malu serah kepada rumah kebajikan atau rumah anak yatim.

Memang pada permulaan hidup ini susah tetapi apabila sudah berkemampuan, ambillah anak-anak itu daripada rumah kebajikan. Rasalah sendiri bagaimana susah senang untuk membesar dan mendidik mereka. Jangan langsung membiarkan anak-anak tinggal di rumah anak yatim.

Pemikiran orang Melayu terhadap rumah kebajikan dan rumah anak yatim patut diperbetulkan. Pihak pengurusan rumah kebajikan pun perlu betul, jangan menerima sahaja orang awam menyerahkan anak-anak mereka.

Kena selidik dan periksa dahulu kemampuan mereka dan saudara mara mereka. Pastikan anak-anak yatim yang diterima masuk terdiri daripada mereka yang telah hilang tempat bergantung.

Jika ada saudara mara yang berkemampuan, minta mereka membantu ambil alih menanggung kos hidup anak yatim berkenaan.

Sebagai Melayu, tak malukah kita melihat anak-anak waris sendiri hidup di rumah kebajikan.

Sesungguhnya Allah nak tunjukkan kepada kita bagaimana sikap waris keluarga anak-anak yatim.

Tuesday, May 24, 2011

Sewa Naik


Derita peniaga Taman Warisan

Oleh ZULKIFLI JALIL
kota@utusangroup.com.my


Masa depan peniaga makanan di Taman Warisan Pertanian di Putrajaya kini menjadi tanda tanya berikutan kenaikan kadar sewa yang disifatkan terlalu tinggi mulai 1 Mei lalu.


Tengku Adnan akan hantar rayuan

PUTRAJAYA 23 Mei - Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) akan menghantar rayuan kepada Sinar Tunggal Sdn. Bhd. supaya mengkaji semula kadar sewa yang dikenakan kepada peniaga di Taman Warisan Pertanian.

Menurutnya, beliau juga meminta supaya peniaga yang sudah diberikan notis keluar supaya dibenarkan terus berniaga di situ dengan dikenakan kadar sewa yang lebih berpatutan.

"Selaku wakil rakyat kawasan Parlimen Putrajaya, saya akan berusaha membantu mereka termasuk dipertimbangkan supaya tidak diarah mengosongkan lot niaga mereka," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh pihak Perbadanan Putrajaya yang memberi hak menguruskan premis perniagaan itu kepada syarikat Sinar Tunggal Sdn. Bhd., bahawa sebelum ini peniaga di situ agak liat untuk membayar sewa.

Bagaimanapun, kumpulan peniaga yang menemuinya menafikan mereka berbuat demikian malah bersedia mengemukakan bukti resit bayaran sewa.

Utusan Malaysia yang turut memperoleh salinan notis keluar yang ditandatangani oleh Pengarah Sinar Tunggal Sdn. Bhd., Rosle Hassan antara lain memberi tempoh sehingga 12 tengah malam 21 Mei lalu kepada seorang peniaga untuk mengosongkan premisnya.

Menurut notis itu, pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda peniaga terbabit jika gagal mematuhi notis yang dikeluarkan itu.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

PUTRAJAYA 23 Mei – Cekik darah. Itulah dilema yang dihadapi peniaga Melayu di Taman Warisan Pertanian di Presint 16 di sini apabila kadar sewaan sebuah lot niaga di situ dinaikkan dari RM3,000 kepada RM9,000 sebulan berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Lebih memburukkan keadaan lagi, beberapa peniaga di situ diarah mengosongkan premis berikutan tidak mampu membayar kadar baru sewa setelah kontrak lama tamat 30 April lalu.

Beberapa peniaga yang ditemui Utusan Malaysia di sini berkata, mengikut kadar kontrak sewa yang baru, peniaga perlu melunaskan tiga bulan deposit dan sebulan sewa yang kesemuanya berjumlah RM36,000 untuk memulakan perniagaan di situ.

“Pada 30 April lepas, kami menerima surat daripada Syarikat Sinar Tunggal Sdn. Bhd. yang tiba-tiba menawarkan penyewaan ruang niaga di Penanggah dan gerai tolak Taman Warisan Pertanian dengan mengenakan syarat-syarat baru yang agak keterlaluan dan tidak bertimbang rasa.

“Dari kadar sewa RM3,000, ia kini dinaikkan secara mendadak ke RM9,000 sebulan. Jumlah ini tidak masuk akal langsung.

“Ditambah dengan himpitan harga barang-barang mentah yang meningkat menyebabkan harga makanan di sini terpaksa dinaikkan dan ini akan menjejaskan jualan keseluruhannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Terdahulu, para peniaga terbabit menemui Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Pusat Khidmat Ahli Parlimen itu di Presint 15 untuk mengadu masalah tersebut.

Salah seorang peniaga yang enggan namanya disiarkan berkata, masalah itu tidak berlaku ketika premis berkenaan di bawah Pengurusan FDI Fresh Drink Food Industry.

Menurutnya, kebanyakan peniaga di situ menjual makanan dan mereka tidak mampu membayar sewa yang tinggi berikutan persaingan sengit daripada peniaga makanan di Pusat Kejiranan di Presint 16 dan Alamanda tidak jauh dari situ.

Sehubungan itu, peniaga terbabit merayu Tengku Adnan membantu menyelesaikan masalah mereka itu, selain mengharapkan Perbadanan Putrajaya memahami bebanan yang bakal mereka tanggung dengan kadar sewa setinggi itu.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

UDA


Letak UDA di bawah Mara

Oleh DR. SITI NABIHA ABDUL KHALID
DR. SITI NABIHA ABDUL KHALID ialah pensyarah di Universiti Sains Malaysia


UNTUK memastikan peningkatan dalam peratus pemilikan hartanah Melayu di kawasan bandar, UDA dicadangkan diletak di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).

APAKAH zaman emas ini telah kembali setelah Lembaga Kemajuan Bandar (UDA) dimiliknegarakan? Jelas, polisi dan pelaksanaannya tidak seiring.

Faktor keuntungan kini mengatasi agenda sosial dalam membina masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputra. Adakah ini satu polisi baru UDA atau adakah ini polisi baru kerajaan yang diterjemahkan oleh tindakan UDA?

UDA harus ingat kepada hasrat penubuhannya dan kenapa ia dimiliknegarakan dan mendapat tanah pada premium yang rendah. Sebagai contoh, tanah kampung Melayu Tanjong Tokong di Pulau Pinang diberi secara percuma kepada UDA dengan bayaran nominal RM1. Pemberian tanah ini berdasarkan dengan amanah Allahyarham Tun Abdul Razak yang melawat dan meninjau keadaan kampung tersebut pada 1972.

Setelah mendengar ucapan pemimpin kampung mengenai sejarah kampung, dengan pesanan Tun Abdul Razak "sejarah biarlah tinggal kenangan, marilah menuju pembangunan", kampung yang berusia lebih 100 tahun diamanahkan kepada UDA. Janji Tun Abdul Razak adalah untuk membangunkan persekitaran perumahan yang selesa untuk penduduk kampung itu supaya taraf sosio-ekonomi penduduk ditingkatkan.

Namun, perumahan yang dibangunkan oleh UDA dan kesan pembangunan adalah amat menyedihkan sekali. Kawasan tersebut menjadi high rise slum. Pembangunan yang dibuat adalah berdasarkan takrifan sempit konsep perumahan. Penempatan semula penduduk kampung dibuat tanpa melihat kepada sosio budaya penduduk dan kesan daripada pembangunan tidak mesra.

Janji Tun Abdul Razak masih tidak tertunai. Jelas sekali, penempatan semula penduduk kampung yang telah dibuat tidak mencapai objektifnya.

Adalah tidak hairan jika penduduk kampung mempunyai pandangan yang amat sinis pada UDA.

Kini, pembangunan kedua akan dijalankan di kampung tersebut. Diuar-uarkan bahawa tanah kampung itu milik UDA, dan penduduk pula mendudukinya tanah secara haram. Apakah hukum apabila pihak yang diberi amanah, lupa kepada amanahnya, dan menganggap harta yang diamanahkan sebagai hakmiliknya.

Takrifan sempit perumahan masih lagi digunapakai. Penduduk kampung dirasakan harus bersyukur kerana UDA akan mengamalkan konsep ganti rumah secara percuma. Apakah pelan UDA untuk keseluruhan tanah kampong tersebut. Apakah dibuat perumahan dan persekitarannya yang bakal meningkatkan kualiti hidup penduduk kampung? Ataupun pembangunannya juga termasuk pusat komersial dan lain-lain bagi menjana keuntungan?

Pada masa dulu, anak-anak kampung bermain layang-layang mahupun berenang di tepi laut. Ibu-ibu pula beriadah mencari siput remis atau melihat anak-anak bermain layang layang ditepi pantai. Sekarang, pantai telah hilang disebabkan oleh tebusguna tanah sebanyak 1,000 ekar di hadapan kampung.

Projek perumahan mewah dan pusat membeli belah dibina di tanah tebusguna di hadapan kampung ini. Pantai tempat rekreasi penduduk telah hilang dan digantikan dengan kawasan perumahan eksklusif untuk pihak lain. Oleh itu, pembangunan ini untuk siapa? Sebahagian kampung ini terdiri atas tanah tebusguna yang dibuat pada 1950an sebelum kemerdekaan.

Di atas tanah tebusguna inilah dibina perumahan untuk penduduk kampung. Rumah-rumah itu dijual dengan harga RM1,500 pada 1956 kepada penduduk jati kampong tersebut. Tetapi selepas kemerdekaan lain pula berlaku.

Selepas memegang tampuk pemerintahan pada 2008, antara langkah awal yang dibuat oleh ketua menteri yang baru adalah melawat kampong tersebut. Beliau disambut dengan harapan kerajaan negeri yang baru ini dapat menyelesaikan permasalahan kampung melayu tertua yang merupakan antara saki baki kampung melayu yang masih wujud di kawasan pulau di Pulau Pinang.

Namun, dikatakan pula selepas itu, projek kampong ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Agak menghairankan pendirian kerajaan negeri sebegitu memandangkan kelulusan projek pembangunan adalah di bawah bidang kuasa majlis perbandaran yang sememangnya di bawah kawalan kerajaan negeri.

Kini beberapa kali banjir berlaku di kampung ini, terutama selepas adanya projek mewah di hadapan kampung. Walaupun permasaalahan banjir dan nyamuk yang disebabkan oleh rumah yang dirobohkan tidak dibersihkan di bawa kepada ADUN dan EXCO yang bertanggungjawab, ia masih tidak diatasi.

Dengan rumah pangsa yang dibina, tempat rekreasi tiada, di manakah kanak-kanak dan remaja kampung akan pergi? Melepak di pusat membeli belah? Perumahan dan persekitarannya mempunyai implikasi kepada tahap pelajaran dan kualiti hidup dan keadaan sosial sesebuah komuniti. Perumahan bukan hanya menyediakan dinding dan bumbung sebagai tempat berteduh sahaja. Persekitaran perumahan adalah amat penting.

Pembangunan perumahan di kampung itu seharusnya untuk memperbaiki kualiti hidup tanpa memusnahkan alam sekitar selaras dengan tujuan tanah diberi kepada UDA dan juga polisi perumahan negara.

UDA telah mengalami pelbagai transformasi. Daripada sebuah perbadanan bertukar menjadi syarikat dan kemudiannya dimiliknegarakan. Namun, posisi UDA masih sama, masih terdapat kesamaran dan kekaburan dalam menjalankan program tindakan dalam menterjemahkan polisi kerajaan menstruktur masyarakat melalui pembangunan perbandaran.

Polisi yang dirangka dan tindakan terjemahan adalah tidak seiring. Apakah masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera dapat dilahirkan apabila objektif pembangunan di kawasan strategik adalah menyediakan ruang niaga mahupun perumahan untuk bumiputera yang kaya?

Apakah ini dikatakan keadilan sosial dan membantu bumiputra yang sepatutnya dibantu? Adakah tujuan untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera telah lebur dan digantikan dengan masyarakat pelabur hartanah bumiputera? Apakah sasaran pemilikan ditingkatkan dengan cara pelaburan melalui skim hartanah kerajaan sahaja?

Untuk memastikan pemilikan hartanah bumiputera kekal, Pengerusi UDA menyarankan agar dirizabkan hartanah Melayu. Untuk memastikan peningkatan dalam peratus pemilikan hartanah Melayu di kawasan bandar, yang kini pada tahap rendah, dan seterusnya menjanakan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera, UDA patut diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Tambahan pula, dengan cara ini usaha untuk membangunkan masyarakat pedagang dan perindustrian bumiputra dapat di koordinasi dengan lebih sempurna. Salah satu permasalahan berkaitan pelaksanaan agenda bumiputera ini adalah pelbagai agensi yang bertanggungjawab, jadi timbul kelemahan dalam koordinasi mahupun perselisihan tugas dan tanggungjawab antara agensi-agensi ini.

Pihak manakah yang memantau pelaksanaan agenda ini dan pencapaiannya? Siapakah akhirnya bertanggungjawab atas pencapaian sasaran ini?

Oleh itu, dengan adanya UDA di bawah Mara, koordinasi dapat dibuat dan juga Mara menjadi satu badan one stop center untuk pembangunan usahawan bumiputera.

Mara pada asalnya berperanan menjana pembangunan bumiputera di kawasan luar bandar sedangkan UDA pula di kawasan bandar. Adalah lebih baik pembangunan bumiputera sama ada di bandar ataupun di luar bandar disatukan.

Tambahan pula, penyusunan semula Mara lebih tertumpu kepada usaha membantu golongan usahawan bumiputera dari segi pengisian modal insan dan tidak lagi dilihat dari aspek membina bangunan semata-mata.

Dengan adanya UDA sebagai sebuah unit di bawah Mara, keseluruhan rantaian pelaksanaan dapat dinilai dan tindakan pembetulan dapat dibuat dengan lebih pantas. Lebih-lebih lagi, dengan cara ini, peranan Mara dapat dimantapkan.

Oleh itu, UDA patut diletakkan di bawah Mara supaya tujuannya adalah jelas. UDA ditubuhkan bukan untuk kepentingan UDA meraih keuntungan semata-mata. Jika tidak, bubarkan sahaja UDA.

dap mau Malaysia

Jangan terperangkap 'hajat besar' DAP

CITA-CITA DAP dalam politik Malaysia bukan setakat mahu menawan Pulau Pinang sebaliknya lebih jauh daripada itu. Parti pembangkang tersebut sebenarnya mengimpikan untuk memerintah Malaysia.

Mungkin ramai yang sukar mempercayai 'hajat besar' DAP itu. Malah mungkin ada yang menganggapnya tidak logik. Ini memandangkan DAP tidak diterima majoriti rakyat sebaliknya ditolak pula terutama di kalangan orang Melayu.

Namun hakikatnya, itulah yang sedang direncanakan DAP menerusi gerakan sistematik untuk menawan Malaysia seperti mana dilakukan 'abangnya' iaitu parti PAP di Singapura.

Pendedahan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam, mengenai gerakan sistematik DAP untuk menawan Perak, Melaka dan Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, perlulah dipandang serius oleh orang Melayu.

Bukan sahaja orang Melayu di tiga negeri terbabit malah di seluruh negara perlu berhati-hati dengan gerakan DAP itu.

DAP hanya mencari orang Melayu untuk dijadikan calon pilihan raya semata-mata bagi memastikan sekiranya menang, Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri majoriti Melayu terbabit daripada parti itu.

Sejarahnya, parti tersebut tidak pernah pun berasa senang atau selesa malah tidak pernah jujur dengan orang Melayu dan Islam di Malaysia. Atas nama demokrasi dan hak sama rata, DAP secara terang-terangan sering kali mempersoalkan kedudukan serta hak istimewa orang Melayu.

Tetapi demi mencapai matlamat menawan lebih banyak kerajaan negeri dan seterusnya kerajaan Persekutuan, parti itu sanggup melakukan apa sahaja termasuk berpura-pura memperjuang Melayu.

Jika tidak kerana kegagalan wakil DAP menjadi Menteri Besar Perak selepas PRU-12 disebabkan perlembagaan negeri mensyaratkan jawatan itu mesti disandang oleh orang Melayu, DAP tidak akan beria-ia mencari orang Melayu untuk menjadi calon parti itu pada PRU-13.

Mana-mana orang Melayu yang sanggup menjadi calon DAP dalam PRU-13, akan menjadi alat dan 'kuda tunggangan' untuk mengkhianati bangsa sendiri dan memenuhi matlamat politik parti itu.

Sebagai perbandingan, orang Melayu harus melihat nasib orang Melayu di Singapura sama ada diperjuangkan atau sebaliknya, walaupun ada orang Melayu menjadi calon atas tiket parti PAP. Ini mungkin dianggap DAP sebagai berbau rasis dan menyekat kebebasan dalam sebuah negara demokrasi. Namun, biarlah DAP membuat apa sahaja tanggapannya kerana orang Melayu tahu bahawa merekalah 'raja rasis' yang berselindung dengan menuduh orang lain rasis.

Kepada orang Melayu di Pulau Pinang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan negeri lain, usahlah gadaikan maruah bangsa semata-mata janji manis daripada DAP yang bersifat 'dedalu atas pokok'.

Orang Melayu dalam parti pembangkang termasuk Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sepatutnya nampak dan sedar tahap kejujuran DAP kini. DAP mahu lebih kuasa berbanding sekarang. DAP tidak mempedulikan rakan-rakan apabila merancang gerakan sistematik tersebut. Sekali lagi, orang Melayu tiada alasan untuk membenarkan diri mereka masuk ke dalam perangkap DAP dalam memenuhi 'hajat besar' parti itu.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Monday, May 23, 2011

Uda


JANJI TAK PINGGIR, TAPI AKHIRNYA SEPAK BUMIPUTERA!!!!
Author: CUCU TOK WAN | Posted at: 4:00 PM | |
Nur Jazlan Mohammad menegaskan projek Bukit Bintang City Centre tidak akan meminggirkan Bumiputera. Kemelut tersebut muncul apabila Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Musa Syeikh Fazhil mendakwa, projek yang akan dibangunkan di atas tapak Penjara Pudu, lebih mementingkan syarikat dari China berbanding menggunakan khidmat Bumiputera.

Walau apa pun alasan yang diberikan olehl Nur Jazlan, sebenarnya kemelut kontraktor Bumiputera mahupun peluang perniagaan kepada Bumiputera sudah terlalu lama berlarutan. Bahkan Pudu itu sendiri adalah bukti betapa Bumiputera akhirnya terpinggir dan Pudu menjadi pekan Cina sampai sekarang.

Pudu merupakan sebahagian daripada kawasan yang dipertanggungjawab kepada Penghulu Melayu Kuala Lumpur pada awal kewujudan Kuala Lumpur. Bagaimanapun, perubahan masa telah menyaksikan, tiada lagi Melayu yang tinggal di Pudu melainkan sebagai ahli bomba, anggota polis dan penagih dadah serta golongan yang tidak berumah. Mencari pemastautin Melayu di Pudu, ibarat mencari seorang China di Zambia!

Apakah jaminan yang boleh diberikan oleh UDA Holdings kepada Bumiputera sungguhpun UDA ditubuhkan untuk mengangkat martabat ekonomi Melayu di kawasan bandar? Semenjak UDA bertukar menjadi syarikat korporat, kebanyakan projek UDA terlalu banyak bersifat kapitalis. Tanggungjawab sosial UDA kepada Bumiputera juga nampaknya semakin kurang kerana membantu Bumiputera bererti UDA akan hilang profit besar.

Pada masa yang sama, Nur Jazlan sudah pun mengakui, UDA tidak lagi mampu memperjuangkan agenda Bumiputera sepertimana yang digariskan ketika UDA ditubuhkan. Secara tidak langsung, Nur Jazlan juga mengakui, Bumiputera boleh melihat UDA seperti syarikat-syarikat pemaju yang lain. Bezanya UDA dahulu bermula dengan modal daripada kerajaan, tetapi sekarang seperti yang dikatakan oleh Nur Jazlan tidak lagi menerima suntikan modal atau bank tanah. Manakala syarikat pemaju bukan Bumiputera yang begitu galak membina rumah bukan untuk Bumiputera pula, memang tidak menerima suntikan daripada kerajaan dan tidak menerima bank tanah, tetapi mereka sentiasa berpegang kepada agenda untuk memperbanyakkan hartanah bukan Bumiputera di merata-rata tempat khususnya di kawasan yang dikuasai oleh Bumiputera.

ANDA BOLEH RUJUK DI SINI

13 M


FAKTA - Melayu Di Bunuh Dan Di Bakar Oleh DAPig




Sebahagian besar rakyat Malaysia hanya mengetahui bahawa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 adalah satu-satunya kejadian rusuhan kaum di negara ini. Tetapi masih ramai yg tidak tahu bahawa jauh sebelum itu telah berlaku beberapa kejadian pergaduhan kaum yg dianggap sbg kes terpencil.

Di bawah ini, dicatatkan 3 kejadian pergaduhan kaum yg pernah berlaku sebelum peristiwa 13 Mei 1969:


1. Rusuhan Kaum di Georgetown, P. Pinang

Kejadian bermula apabila berlangsungnya perarakan bagi meraikan Georgetown dinaiktaraf kepada status bandaraya. Perarakan yg diadakan pada 2 Januari 1957 itu melibatkan hampir keseluruhannya orang Cina, manakala UMNO mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian atas sebab tertentu.

Berita angin tersebar mengatakan akan berlaku kekacauan semasa perarakan tersebut diadakan. Lalu, kenderaan polis yg mengepalai perarakan itu telah diarahkan menyiasat perkara tersebut. Kenderaan tersebut telah berpatah balik ke belakang perarakan itu.

Ia kemudian disalahtafsirkan oleh org Cina bahawa org Melayu akan menyerang mereka dari arah belakang perarakan. Jadi, mereka telah memperlengkapkan diri mereka dengan senjata seperti parang, kapak dan sebagainya yg diperolehi dr rumah-rumah yg berada di sepanjang perarakan itu.

Akibat keadaan telah semakin tegang, polis terpaksa menyuraikan perarakan itu. Sekumpulan org Cina sambil bersurai telah mengejar beberapa org Melayu ke sebuah rumah berhampiran. Polis terpaksa melepaskan tembakan menyebabkan seorang dr kumpulan terbabit mati, manakala seorang lagi cedera.

Akibat peristiwa tersebut, berlaku kejadian serang-menyerang di antara dua kaum tersebut. Rusuhan kaum ini yg berlanjutan sehingga 8 Januari 1957 telah mengakibatkan seramai 4 orang terkorban, manakala 48 orang lagi cedera.


2. Rusuhan Kaum di Pulau Pangkor, Perak

Kejadian bermula apabila berlaku pergaduhan di antara seorang Cina dengan seorang pemuda Melayu di Sungai Pinang pada 1 Mei 1959. Perbalahan tersebut telah merebak menjadi dendam antara org Melayu dengan org Cina.

Tiga org Melayu telah cedera, manakala banyak harta musnah dalam satu pergaduhan dengan org Cina. Akibatnya, org Melayu telah membalas dendam. Seramai 20 org Melayu yg lengkap bersenjata telah bersiap-siap untuk menyerang 30 org Cina yg juga lengkap bersenjata. Pergaduhan dapat dielakkan apabila polis tiba & menyuraikan kumpulan tersebut.


Pada 2 Mei 1959, sebuah rumah kongsi dan 6 buah rumah org Cina telah dibakar oleh org Melayu dlm satu pergaduhan. Kejadian berlaku akibat salah faham. Mesyuarat yg dihadiri oleh org Melayu di masjid untuk membincangkan langkah mengawal keselamatan telah dianggap oleh org Cina untuk mengancam mereka. Akibatnya, berlakulah pertempuran antara org Cina dengan org Melayu.

Beberapa pertempuran terus berlanjutan. Akibatnya, seorang Melayu telah terbunuh, manakala 5 lagi cedera. Di pihak Cina, seorang terkorban, manakala 2 lagi cedera. Kejadian membalas dendam telah menyebabkan berlakunya huru-hara di pulau dan kawasan berhampirannya. Nasib baik, ketegasan pihak berkuasa menangani kejadian tersebut berjaya meredakan keadaan.

Perintah berkurung telah diisytiharkan pada 3 Mei 1959 di Pulau Pangkor. Beberapa org yg disyaki sbg dalang rusuhan kaum itu telah ditangkap. Sebuah Jawatankuasa Muhibbah telah dibentuk, manakala pihak polis telah memperhebatkan kawalan.


3. Rusuhan Kaum di Bukit Mertajam, P. Pinang

Kejadian tercetus akibat pertengkaran kecil di pasar Bukit Mertajam pada 11 Julai 1964. Seorang pekerja Melayu telah dipukul dengan cangkul oleh seorang penjaja Cina berusia 15 tahun. Akibatnya, pekerja Melayu itu telah pergi ke pejabat ketuanya untuk mengadu. Namun, 40 org Cina telah muncul dan menyerang pekerja Melayu itu.


Kemudian, pekerja Melayu itu dengan diiringi ahli UMNO telah membuat laporan kpd Pengerusi Majlis Daerah dan Pegawai Daerah tetapi mereka tiada. Kerana kes tersebut, seramai 30 org Melayu telah menyerang org Cina di pasar Bukit Mertajam untuk membalas dendam, lalu mengakibatkan seorang Cina dan seorang Melayu cedera (tetapi mati keesokan harinya).

Pertempuran terus berlaku di daerah Bukit Mertajam. Dilaporkan seorang Cina terkorban, manakala beberapa yg lain cedera.

*Sumber : Gerakan Anti DAP

Sunday, May 22, 2011

hidup Utusan

Terima Kasih

Oleh Bisik-Bisik Awang Selamat

AWANG bersyukur dan terharu dengan sokongan banyak pihak kepada Utusan Malaysia. Sejak minggu lalu, banyak panggilan telefon, e-mel dan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) diterima daripada pelbagai kalangan.

Yang tinggi kedudukan seperti Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu, menteri kabinet, Menteri Besar, Mufti, para pemimpin UMNO, para pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik sehinggalah kepada pembaca setia dan rakyat biasa.

Begitu juga sokongan jitu daripada banyak pengendali blog yang turut sama mempertahankan Utusan.

Kelmarin, Angkatan Muda Keadilan PKR, yang membuat kecoh di dalam masjid di Sentul dan mahkamah baru-baru ini, tidak jadi muncul di perkarangan ibu pejabat Utusan sebagaimana dirancang.

AMK yang mengancam untuk mengadakan demonstrasi terhadap Utusan membatalkan rancangan itu kerana tidak mendapat sambutan selain menyedari akan ‘bertembung’ dengan banyak penyokong Utusan.

Sebaik sahaja mengetahui AMK membatalkan demonstrasi itu, Awang difahamkan, ribuan aktivis penyokong Utusan juga tidak jadi tampil. Matlamat mereka hanya mahu berhadapan dengan AMK demi Utusan.

Namun ratusan wakil daripada pelbagai NGO termasuk Perkasa, ProWaris, Pekida dan Kimma tetap berhimpun sebagai tanda sokongan padu. Ia disemarakkan oleh ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang berikrar berdiri teguh bersama akhbar tersebut. Menurut para pemimpin NGO dan Pemuda UMNO, ia adalah mesej jelas dan tegas kepada semua pihak terutama DAP dan PKR. Inilah kali pertama, tidak silap Awang, wakil-wakil NGO dan Pemuda UMNO berhimpun bagi mempertahankan Utusan daripada apa sahaja ancaman.

Awang mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua. Tiada kata-kata yang boleh digambarkan sebagai tanda penghargaan. Yang menjadikan Utusan terus istimewa adalah pembaca dan penyokongnya. Utusan bukan sekadar akhbar, Utusan adalah institusi Melayu yang bergerak mengikut arus pemodenan tetapi tidak pernah pudar obor nasionalisme.

Perlembagaan tetap menjadi panji-panji Utusan. Suka atau tidak, itu menjadikan Utusan berbeza dengan kebanyakan akhbar lain.

Tunggu Apa Lagi...

Apa lagi Anwar...

Oleh Bisik-Bisik Awang Selamat

RUANGAN pojok ini pernah menyiarkan kisah ramai pemimpin dan tokoh di seluruh dunia yang meletak jawatan selepas skandal seks mereka terdedah. Jumlahnya berpuluh-puluh orang yang mengambil tanggungjawab berbuat demikian atas nama integriti sama ada di negara Barat mahupun di Asia.

Terbaru, Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn, 62, berundur selepas ditahan polis berhubung serangan seksual ke atas seorang pengemas bilik di New York. (Dalam kes itu, ketegasan Amerika Syarikat wajar menjadi contoh.)

Anehnya Malaysia cukup berbeza dalam kes melibatkan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau enggan berundur sebaliknya terpaksa dipecat selepas didakwa terlibat gejala liwat tidak lama dulu.

Apabila menghadapi tuduhan liwat kedua, Anwar seperti dijangka menafikannya. Sedangkan bukti di mahkamah mendapati beliau adalah ‘lelaki Y’ yang meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan . Pun begitu, Anwar enggan meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang.

Lebih menghairankan apabila video rakaman seks pemimpin pembangkang mirip beliau bersama seorang pelacur disahkan tulen oleh pakar di Korea Selatan dan Amerika Syarikat, Anwar masih mahu menegakkan benang yang basah. Hakikatnya, beliau telah memalukan rakyat Malaysia dan umat Islam. Belum pernah dalam sejarah dunia politik moden, pembangkang diketuai oleh seorang yang sangat buruk rekod moralnya. Kini ia berlaku di Malaysia. Sudah terbukti Anwar adalah individu dalam video itu tetapi ada lagi di kalangan kita yang boleh tertipu atau sengaja mahu ditipu. Pegangan kepada nilai kebenaran amat nipis, yang Awang tidak boleh percaya itu diizinkan di Malaysia.

Pakatan pembangkang di Malaysia perlu ada kelas sebagaimana pembangkang di negara-negara lain yang masih menjunjung moral dan integriti. Awang berharap Pas yang dipimpin oleh Hadi Awang tidak akan terheret ke lembah kehinaan dengan terus bernaung di bawah ketua pembangkang seperti Anwar. Sebagai parti menggunakan label Islam, Pas mesti menjaga imej dan kesucian agama. Awang percaya Hadi, yang mendapat mandat baru sebagai Presiden, akan ada kekuatan membetulkan keadaan atau setidak-tidaknya mengelakkan Pas daripada bersubahat.

Awang juga bingung kerana pihak berkuasa enggan mendedahkan identiti sebenar pelaku dalam video itu. Memandangkan isu tersebut menjadi perhatian ramai dan ada kaitan dengan keselamatan nasional, adalah sangat mendesak untuk polis dedahkan pelakunya. Apatah lagi Anwar dalam laporan polisnya sebelum ini menafikan penglibatan beliau dalam video seks tersebut. Persoalannya lagi, apakah Anwar bercakap benar kepada polis, yang hal ini perlu dileraikan secepat mungkin bagi mengelakkan kekeliruan.

Dalam pada itu, Awang menyokong cabaran Senator Mohd. Ezam Mohd. Noor agar Anwar bersama isterinya Wan Azizah selaku Presiden PKR dan anaknya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden didesak melakukan empat perkara bagi membersihkan nama mereka.

Keempat-empat perkara itu ialah:

1. Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.

2. Menjalani ujian poligraf membuktikan mereka tidak berbohong.

3. Menyaman Syazryl Eskay Abdullah.

4. Tuduh Syazryl Eskay sebagai pembohong.

Setakat ini, ketiga-tiga beranak itu enggan berbuat demikian walaupun perkara itu cukup asas dan mudah dilakukan. Mengapa perlu gentar untuk mencari kebenaran atau mereka sememangnya perlu terus berbohong. Sekali lagi, hal sebegini tidak berlaku di negara lain. Agaknya, bumi yang bertuah ini memang tempat Anwar mudah terlepas dengan pembohongannya.

uda

Di manakah agenda bumiputera UDA?

Oleh DR. SITI NABIHA ABDUL KHALID
Universiti Sains Malaysia

INDEKS prestasi utama (KPI) yang ditetapkan ialah pemilikan hartanah bumiputra di kawasan bandar, sasarannya 30 peratus, jangka masa pencapaian 20 tahun. Pelan tindakan merangkumi penubuhan agensi pelaksana berserta dengan penggubalan polisi dan akta parlimen. Setelah perdebatan di Parlimen, Akta 46, Pembangunan Bandar 1971 diluluskan. Lahirlah Lembaga Kemajuan Bandar (UDA) pada 12 November, 1971 dengan harapan yang tinggi, mengalas amanah mengisi kemerdekaan.

Fungsi UDA jelas termaktub dalam akta tersebut. UDA bertanggungjawab untuk "mempromosi dan menjalankan projek dalam kawasan pembangunan bandar dengan fokus untuk mencapai keseimbangan peluang antara kaum dalam bidang perdagangan dan industri , perumahan dan aktiviti-aktiviti lain" UDA juga adalah agensi yang bertanggungjawab untuk "menterjemahkan polisi kerajaan mengstruktur masyarakat melalui pembangunan perbandaran kepada program-program tindakan"

Pelbagai hak dan keistemewaaan diberikan pada UDA supaya dapat menjalankan tanggungjawabnya memaju dan melaksanakan projek-projek di kawasan pembangunan bandar bagi mengimbangikan kedudukan taraf sosio ekonomi antara kaum di Malaysia. Pelan tindakan merangkumi pembinaan premis perniagaan bagi menyediakan peluang bagi kaum bumiputera berniaga di kawasan yang strategik disamping pembangunan atau penempatan semula di kawasan bandar dan pembangunan bandar-bandar baru.

Setelah hampir 40 tahun, adakah sasaran dicapai? Adakah hak milik hartanah bumiputera di kawasan bandar melebihi sasaran 30 peratus? Data menunjukkan pemilikan bumiputra untuk premis industri hanya 4.5 peratus dan bangunan pula pada tahap 12.7 perarus. Terlalu jelas sasaran tidak dicapai, kita telah gagal. Apakah tindakan pembetulan yang telah dibuat? Apakah tindakan diperhebat untuk mencapai sasaran? Atau sasarannya dikira mustahil untuk dicapai, lalu pencapaiannya bukan lagi menjadi sasaran? Atau indek prestasinya telah diabaikan sama sekali, ia bukannya matlamat pada masa kini? Atau tindakan lain diajukan? Rizabkan hartanah Melayu supaya mereka tidak menjual pegangan hakmilik sebagai jalan pintas mendapat keuntungan? Apakah tindakan UDA sebagai agensi pelaksana yang ditubuhkan untuk mencapai sasaran 30 peratus pegangan hartanah bumiputra di kawasan bandar dalam projek-projek barunya?

Kata pengerusi UDA, "Realiti ekonomi kini memaksa untuk berpisah daripada amalan biasa menetapkan kuota pemilikan bumiputra dalam projek-projek kami. Model perniagaan sekarang akan mempunyai campuran optimal pembeli yang mempunyai kelebihan kuasa pembelian untuk memastikan peningkatan nilai hartanah di masa hadapan UDA tidak boleh lagi mensubsidikan agenda bumiputera tanpa mengambil kira pulangan atas pelaburan".

Strategik

Tidak hairanlah jika projek pembangunan UDA di kawasan strategik di bekas Penjara Pudu di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur akan dibuat berdasarkan permintaan pasaran. UDA akan membina projek pembangunan bercampur yang menempatkan pusat transit, service apartment, pejabat, pusat rekreasi, hotel dan ruang niaga. UDA akan membangunkan projek yang bertaraf tinggi, walaupun ianya diluar kemampuan sebilangan besar kaum bumiputera, tetapi masih boleh dimiliki oleh bumiputra yang kaya. UDA ingin menghidupkan persekitaran perniagaan yang lebih kompetitif. Hasilnya, UDA sekarang akan memberikan fokus kepada aspek keberuntungan dalam projek pembangunannya. Hasilnya, tiada kuota bumiputra ditentukan dalam projek tersebut walaupun UDA membayar harga premium yang rendah untuk tanah tersebut. Hasilnya, keseimbangan ekonomi antara kaum dan agenda sosial bukan lagi menjadi matlamat utama UDA.

Adalah ironik sekali, kritikan pengerusi UDA kepada bumiputera juga boleh ditujukan juga kepada UDA. Tidakkah tindakan UDA ini sama dengan bumiputera lain yang menjual rumah dibeli dengan harga diskaun kepada kaum lain untuk mendapat keuntungan? UDA merasakan ia mempunyai kekangan untuk melaksanakan dan seterusnya mencapai matlamat asalnya iaitu untuk membantu dan mempastikan penyertaan bumiputera baik dari segi pegangan hakmilik rumah mahupun premis perniagaan di kawasan bandar. Jadi dikatakan tindakan UDA in adalah untuk menjana dana supaya dapat mengalas agenda bumiputra di masa depan. Jika pada masa kini, agenda bumiputra tidak diperdulikan, apakah jaminan, ianya akan dibuat dimasa hadapan?

Jika itu adalah pelan strategik UDA, bukannya lebih baik bagi kerajaan untuk membuat tender terbuka dan menjual tanah dibekas penjara pudu pada harga semasa yang tinggi. Pulangan ini dapat digunakan untuk projek sosial membantu rakyat Malaysia, yang lebih memerlukan bantuan yang majoritinya terdiri daripada golongan bumiputera.

Data juga menunjukkan bahawa 79 peratus daripada mereka yang berpendapatan rendah, iaitu kurang daripada RM1,000 adalah golongan bumiputera. Adakah agenda bumiputra akan tercapai jika pembangunan baru UDA adalah untuk bumiputera yang kaya. Apakah perbezaan UDA dengan syarikat-syarikat hartanah yang lain? Bagaimana dengan usaha untuk mengupayakan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang hanya tercapai apabila ada komitmen untuk menyediakan ruang berniaga kepada usahawan bumiputera dan juga perumahan mampu milik di kawasan bandar? Adakah UDA telah lari daripada agenda bumiputra? Apakah sasaran memperkasa dan melahirkan MPPB akan timbul dengan cara ini?

l Bersambung esok

Saturday, May 21, 2011

Madah

Madah berhelah Anwar berterusan

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

SESIAPA juga yang mengikuti segmen interaktif Yahoo! Malaysia Question Time menerusi platform Cover It Live, kelmarin yang mana Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi panelnya - akan membuat satu sahaja kesimpulan iaitu hujah Anwar penuh madah berhelah.

Ia kerana sepanjang tempoh interaktif itu berlangsung, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut tidak menjawab persoalan yang dikemukakan oleh orang ramai dengan jujur dan ikhlas.

Sebaliknya Anwar terus menggambarkan dirinya sebagai insan teraniaya, menjadi mangsa konspirasi, dihumban dalam penjara kerana mahu memperjuangkan keadilan dan semua sistem dalam negara ini tidak boleh dipercayai.

Malahan Anwar juga seolah-olah ingin menggambarkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejahat-jahatnya kerajaan di muka bumi Allah ini.

Ternyata sekali lagi, kita terpaksa menyaksikan gelagat madah berhelah Anwar dalam menjawab kontroversi yang melibatkan dirinya.

Bagi Anwar, kes liwat pembantu peribadinya dan rakaman video seks yang dikatakan mirip wajahnya, segala-galanya adalah konspirasi.

Malahan untuk menyelamatkan diri atau menyembunyikan kebenaran, ada ketikanya dalam interaktif tersebut Anwar membidas kembali mereka yang bertanya soalan sensitif kepadanya.

Turut diseret bagi mempertahankan dirinya ialah fatwa Dr. Yusuf Qaradawi terutamanya dalam isu liwat. Anwar juga tidak mahu mengiktiraf keputusan dua pakar luar negara yang mengesahkan rakaman video seks tersebut adalah tulen.

Jelaslah, Anwar kini semakin tersepit dan tertekan. Namun beliau masih mahu terus bersandiwara dengan menggunakan kepetahannya berhujah.

Dalam hujah-hujahnya tiada satu pun menunjukkan bahawa beliau ikhlas ingin menegakkan kebenaran, apa yang lebih ditekankannya ialah beliaulah insan yang teraniaya kononnya akibat konspirasi UMNO, Perkasa dan BN.

Tetapi apa yang anehnya, Anwar tidak pula mengemukakan bukti terhadap setiap tuduhannya kepada UMNO termasuklah dalam soal rakaman video seks tersebut.

Anwar sengaja cuba menutupi fakta sebenar bahawa rakaman itu tiada kaitan sama sekali dengan UMNO mahupun BN.

Tetapi ia adalah pendedahan orang yang pernah menjadi sahabat baiknya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah oleh itu kenapa pula hendak dikaitkan dengan kedua-dua pihak tersebut?

Kalau Anwar begitu yakin bahawa dirinya teraniaya kenapa beliau tidak mahu melaksanakan empat perkara yang boleh membersihkan namanya seperti mana dicadangkan oleh bekas rakan seperjuangannya dalam PKR iaitu Senator Ezam Mohd. Noor.

Empat perkara tersebut ialah sumpah laknat, menjalani ujian poligraf bagi membuktikan dirinya tidak berbohong, menyaman Shazryl Eskay Abdullah dan tuduh Shazryl Ezkay sebagai pembohong.

Namun Anwar tidak mahu melakukan perkara itu biarpun dalam interaktif tersebut beliau antara lain ketika ditanya buku apa dan tulisan siapa yang paling banyak mempengaruhi beliau dengan penuh bangga menjawab, ''Al-Quran, kitab hadis...''

Jika benar pemikiran Anwar dipengaruhi oleh al-Quran dan hadis kenapa takut jika berada di pihak yang benar.

Tidakkah Anwar memahami hadis Qudsi yang mana Allah SWT berfirman: "Demi kemuliaan-Ku, Aku akan tolong orang yang teraniaya itu dalam waktu dekat."

Malahan Allah juga berjanji bahawa doa orang teraniaya tidak ada hijab antaranya dengan Allah SWT.

Oleh itu kenapa Anwar takut jika beliau begitu yakin dan cuba meyakinkan orang lain bahawa dirinya tidak bersalah dan semua yang berlaku adalah konspirasi politik.

Anwar sememangnya sedang berusaha menggunakan segala saluran termasuklah interaktif di Yahoo! tersebut bagi menunjukkan kepada dunia bahawa dirinya tidak bersalah.

Kita percaya gelagat Anwar dalam berhadapan isu moral melibatkan dirinya tidak akan terhenti begitu sahaja.

Ia kerana keinginan Anwar untuk menawan Putrajaya dan sekali gus meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri tidak pernah pupus.

Impian Anwar itu jelas apabila dalam interaktif itu beliau mahu orang ramai membaca buku jingga yang dikeluarkan oleh pakatan pembangkang.

Buku itu mengandungi perancangan pakatan pembangkang jika berjaya menawan Putrajaya.

Malahan Anwar juga memberikan keyakinan bahawa bukan sahaja Perak akan ditawan semula malahan Putrajaya juga akan berada dalam genggaman.

Demikianlah hebatnya mainan politik putar belit Anwar. Isu moral yang dihadapi tidak dijawab dengan telus sebaliknya cuba mengajak rakyat mempercayai pembohongannya bahawa kerajaan BN adalah dalang di sebalik apa yang berlaku ke atas dirinya.

Anwar juga menuduh pemimpin-pemimpin yang meninggalkan perjuangan PKR adalah orang yang sudah dibeli oleh UMNO biarpun hakikatnya golongan tersebut yang suatu ketika dulu sanggup menggadaikan segala-galanya demi mempertahankan beliau.

Mereka meninggalkan Anwar bukan kerana wang atau kedudukan tetapi melihat Anwar seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai dan sanggup melakukan apa sahaja demi menjadi Perdana Menteri.

Namun semua itu tidak diketengahkan, sebaliknya Anwar terus berbohong dan berbohong. Medan interaktif tersebut bagaikan satu lagi platform beliau untuk memutar-belitkan fakta, biarpun dari semasa ke semasa kebenaran semakin tidak memihak kepadanya.

Tetapi Anwar perlu faham bahawa dalam kehidupan ini pembohongan tidak akan mampu menghalang munculnya kebenaran. Kepetahan bercakap tidak selamanya mampu menutupi kebatilan dan fikiran manusia tidak selamanya boleh dikelirukan.

Jika Anwar terus mempertahankan perkara yang tidak benar, percayalah hukuman bukan sahaja datang daripada manusia tetapi lebih dahsyat daripada Allah SWT.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN: